backup og meta

Pssttt.. Ini Rahsia Anda Boleh Kekal Cergas Walaupun Sibuk, Amalkan Minum Susu!

Pssttt.. Ini Rahsia Anda Boleh Kekal Cergas Walaupun Sibuk, Amalkan Minum Susu!

Sebenarnya, kesibukan dalam pekerjaan atau pembelajaran itu bukan penghalang untuk anda menjaga tahap kesihatan diri yang baik. Oleh itu, ramai individu mencari produk minuman kesihatan yang boleh membantu.

Jadi, kami akan membantu anda mengenali apa itu produk minuman kesihatan dan bagaimana mendapatkan produk yang boleh membantu anda. 

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Dilema individu dewasa & kesibukan dalam kehidupan 

Hampir setengah juta rakyat di negara kita didapati mengalami simptom tekanan atau depresi, menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) pada tahun 2019.1

Angka ini juga dipercayai mungkin akan meningkat dari tahun ke tahun jika tiada langkah atau inisiatif untuk mencegah.

Akibat terlalu sibuk dengan pekerjaan, individu mungkin akan kurang atau hilang kesedaran tentang betapa pentingnya menjaga kecergasan dan kesihatan lantas membuatkan anda memasuki fasa burnout.2

tips atasi stres di tempat kerja

Persoalannya, benarkah tiada solusi untuk orang dewasa muda atau belia boleh lakukan untuk elakkan situasi sebegini?

Jangan cepat berkata tidak! Bagi yang bekerja sama ada di kilang atau pejabat dan pelajar kolej atau universiti yang berusia 20 ke 30-an, anda masih lagi berpeluang untuk kekal cergas dan sihat meskipun sedang sibuk. 

Sesibuk mana pun kita, penjagaan kesihatan perlu bermula dari usia muda lagi. Jangan tunggu sampai kita mengalami pelbagai gejala penyakit atau apabila usia lanjut, baru hendak bertindak! Caranya adalah dengan mendapatkan diet seimbang dan amalan gaya hidup sihat.

Mungkin disebabkan itu juga, sudah banyak produk minuman kesihatan untuk lelaki dan minuman kesihatan wanita dijual di pasaran. Cuma, anda perlu lebih bijak memilih dan membuat pilihan! 

Anda perlu memastikan bahawa produk minuman kesihatan yang anda pilih adalah benar-benar berkhasiat serta mengandungi nutrien yang diperlukan sebelum membelinya.

Tanda amaran jika badan anda kurang nutrisi

Kita bukan sahaja perlu makan dan minum untuk terus hidup, tetapi juga demi melancarkan lagi fungsi serta sistem tubuh badan agar dapat berfungsi dengan baik.3

Apabila terlalu sibuk atau tidak dapat mengambil diet yang sihat, anda mungkin kurang mendapatkan nutrisi yang diperlukan, maka tubuh badan akan mula menimbulkan tanda-tanda amaran sebelum timbul masalah yang lebih besar.3

Sekiranya anda gagal untuk mengambil nutrien dengan cukup, beberapa perkara berikut boleh menjadi petanda badan kurang nutrisi:3

  • Keletihan melampau
  • Daya pemikiran yang lemah
  • Proses penyembuhan yang perlahan
  • Masalah pada kulit, kuku dan rambut
  • Lemah otot dan kesihatan tulang yang lemah 

Dalam erti kata mudah, kekurangan nutrisi akan mengakibatkan tahap kesihatan anda terjejas secara keseluruhan!

Sekiranya anda tidak mahu masalah ini mengganggu prestasi di tempat kerja atau kolej, ambil semua nutrien penting untuk tubuh badan dengan secukupnya. 

Keperluan nutrisi untuk kesihatan yang lebih baik

Umpama bahan bakar kenderaan, tubuh badan memerlukan nutrisi untuk bekerja. Pelan diet yang sihat sangat penting dalam menyediakan anda dengan nutrien yang diperlukan oleh tubuh.4

Bagi memastikan anda kekal cergas dan kuat walaupun sedang sibuk, adalah penting untuk mengambil makanan yang mengandungi nutrien berikut:5

  1. Kalsium & vitamin D – Penting untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat.
  2. Protein Nutrisi paling penting untuk pertumbuhan, perkembangan dan pemulihan otot tubuh badan.
  3. Kolagen & vitamin C – Penting untuk menyokong sendi.
  4. Vitamin A – Merupakan nutrien yang bagus untuk meningkatkan fungsi dua organ penting iaitu mata dan kulit, selain menguatkan sistem imuniti tubuh badan.
  5. Vitamin B – Vitamin B2 membebaskan tenaga daripada makanan.
  6. Inulin – Sejenis serat makanan yang membantu melancarkan sistem penghadaman, dan merupakan “sumber makanan” atau prebiotik untuk bakteria baik dalam usus kita.
  7. Zat besi & zink – Kedua-dua zat ini mampu menyokong sistem imuniti agar tubuh badan tetap dilindungi.

Amalan diet seimbang dan gaya hidup sihat akan membantu mengelakkan kelesuan.4 Ini bukanlah satu hal yang rumit, hanya memerlukan anda membuat pilihan makanan secara bijak.

Antara usaha yang anda boleh cuba adalah dengan mendapatkan produk minuman kesihatan yang mengandungi nutrisi seperti di atas tadi!

produk minuman kesihatan

Produk minuman kesihatan di pasaran

Air minuman bertenaga atau isotonik sering menjadi pilihan ramai individu dewasa terutama buat mereka yang aktif dalam sukan atau sibuk dalam kerja masing-masing.6

Buktinya, ia merupakan produk paling popular dalam kalangan remaja dan belia Amerika, selain multivitamin.6

Namun begitu, produk ini bukanlah produk minuman kesihatan yang sebenar ya! 

Minuman lain yang menjadi pilihan ialah jus, herba dan susu.

Puncanya, golongan muda ini tidak berkesempatan untuk makan hidangan penuh atau lengkap sekali gus ingin menggantikannya dengan produk minuman kesihatan.

Ini merupakan salah satu cara mereka untuk mendapatkan keperluan nutrisi yang kurang di dalam diet mereka.

Namun, bukan semua produk minuman kesihatan ini boleh dijadikan diet seharian kerana ada yang mengandungi tinggi gula dan kafein. 

Jadi, produk minuman kesihatan mana yang anda boleh ambil setiap hari? 

produk minuman kesihatan

Susu berkhasiat tinggi sesuai untuk setiap peringkat usia

Stigma masyarakat kita, susu itu hanya untuk kanak-kanak. Tidak! Ia merupakan minuman yang memberi tenaga dan sesuai untuk segenap lapisan usia termasuk orang dewasa.7

Walaupun proses tumbesaran tidak lagi berlaku di usia ini, orang dewasa masih memerlukan khasiat daripada minuman susu sebagai sebahagian daripada diet seimbang bertujuan mengekalkan tahap kesihatan agar berada di paras yang terbaik.

Sistem muskuloskeletal termasuk otot, tulang dan sendi akan mula merosot saban hari akibat gaya hidup kurang aktif, peningkatan usia dan amalan diet tidak sihat.8 Jika tiada langkah diambil, anda akan cepat ‘tua’ sebelum sampai usia!

Akibat tubuh badan yang sudah mula hilang kecergasan dan kekuatan, anda pasti akan merasai kesannya. Selain fizikal yang cepat penat dan sering sakit, mental anda juga akan turut terjejas.

Maka, pengambilan susu yang sarat nutrien ini amat penting untuk orang dewasa dan juga kepada warga emas.7

Anlene Total 10, susu diperkaya sarat nutrisi!

Buat yang masih belajar atau sudah bekerja, jangan biarkan badan terus lemah serta lesu! Kesibukan bukan alasan untuk anda mengabaikan kesihatan tubuh badan sendiri.

produk minuman kesihatan

Langkah utama yang anda perlu buat adalah dengan mengamalkan diet seimbang. Caranya, anda boleh cuba mendapatkan khasiat daripada minuman seperti susu yang sarat dengan khasiat sebagai sebahagian dari diet seimbang harian anda.7

Anlene dikenali sebagai jenama susu tepung dewasa nombor satu di Malaysia, kini telah memperkenalkan rangkaian minuman terbaru, Anlene Total 10! 

Anlene Total 10 dirumus secara saintifik dengan 28 ramuan bermanfaat termasuk kalsium, kolagen, protein, zat besi dan zink, inulin, vitamin (A, B2, B6, B12, C, D, E) serta MFGM Active; kesemuanya nutrisi penting yang diperlukan untuk orang dewasa. 

Dengan pengambilan susu yang sarat nutrisi ini dalam diet seharian, ia merupakan salah satu langkah penjagaan demi tulang, otot dan sendi yang kuat.8

Dalam masa yang sama, ia juga mengandungi nutrien-nutrien yang dapat menyokong sistem imuniti tubuh anda.9

Susu ini dapat membantu memenuhi keperluan nutrisi harian anda. Dengan nutrisi yang baik dan amalan gaya hidup yang sihat, kita dapat mengurangkan risiko penyakit berbahaya seperti diabetes, obesiti, masalah jantung dan lain-lain.10

Sesuai untuk golongan belia dan dewasa yang ingin kekal sihat meskipun sibuk bekerja, Anlene Total 10 boleh dijadikan antara pilihan minuman untuk menuju ke arah kehidupan yang penuh bermakna dan usia tua yang lebih sejahtera kelak.

BELI SEKARANG di Shopee – Diskaun RM5.00 dengan kod promosi ini: SELBYJI1

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Hampir setengah juta rakyat Malaysia alami simptom depresi, https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/10/740400/hampir-setengah-juta-rakyat-malaysia-alami-simptom-depresi, Accessed Oct 25 2023.
  2. Job burnout: How to spot it and take action, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/adult-health/in-depth/burnout/art-20046642, Accessed Oct 25 2023.
  3. 5 Signs of Poor Nutrition, https://clinicas.org/blog/2020/03/19/5-signs-poor-nutrition, Accessed Oct 25 2023.
  4. The Importance of Good Nutrition, https://www.tuftsmedicarepreferred.org/healthy-living/importance-good-nutrition, Accessed Oct 25 2023.
  5. Essential Nutrients, https://www.stlukeshealth.org/resources/essential-nutrients, Accessed Oct 25 2023.
  6. The buzz on energy drinks, https://www.mayoclinichealthsystem.org/hometown-health/speaking-of-health/the-buzz-on-energy-drinks, Accessed Oct 25 2023.
  7. Is Dairy Milk Good for You?, https://health.clevelandclinic.org/is-milk-good-for-you/, Accessed Oct 25 2023.
  8. Aging changes in the bones – muscles – joints, https://www.mountsinai.org/health-library/special-topic/aging-changes-in-the-bones-muscles-joints, Accessed Oct 25 2023.
  9. The Immune System, https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/the-immune-system, Accessed Oct 25 2023.
  10. Dairy Foods Offer Unique Health Benefits, https://www.healthyeating.org/blog/detail/dairy-foods-offer-unique-health-benefits, Accessed Oct 25 2023.

Versi Terbaru

24/06/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

5 Cara Hilangkan Sakit Lutut. Ketahui Bagaimana Anda Boleh Cegahnya!

Badan Selalu Lemah & Lesu? Ada 4 Punca Anda Perlu Tahu Berserta Solusinya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 24/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan