Buat 6 Cara Ini Sekarang Kalau Nak Kurangkan Sakit Lutut Anda, Memang Berkesan!

    Buat 6 Cara Ini Sekarang Kalau Nak Kurangkan Sakit Lutut Anda, Memang Berkesan!

    Anda tahu tak cara hilangkan sakit lutut atau petua hilangkan sakit lutut yang berkesan? Ini kerana sakit lutut adalah hal yang sangat kerap berlaku, baik dalam kalangan orang tua, mahupun golongan muda.

    Sendi ini adalah antara sendi yang paling penting dan paling banyak digunakan. Namun, ia tidak terlepas daripada mengalami kecederaan.

    Memandangkan ia sangat penting, sakit lutut sering mengganggu pergerakan dan aktiviti harian. Untuk menyelesaikan masalah tersebut, baca artikel sehingga akhir untuk mendapatkan petua hilangkan sakit lutut.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Otot dan Tulang, sila dapatkannya di sini.

    Cara hilangkan sakit lutut

    Sakit yang ringan hingga sederhana boleh dirawat di rumah. Sama ada terseliuh atau disebabkan artritis, ada banyak cara untuk mengatasinya.

    Tetapi jika ia pada tahap yang teruk sehingga anda tidak mampu bangun, bantuan perubatan mungkin diperlukan. Sesetengah sakit lutut memerlukan ubat-ubatan tertentu atau bahkan pembedahan.

    Walau bagaimanapun, jika sakit lutut tersebut adalah ringan, ada banyak pilihan yang anda boleh ambil untuk mengurangkan sakit tersebut.

    Baca artikel ini sehingga akhir untuk mendapatkan petua hilangkan sakit lutut.

    1. Gunakan teknik “RICE”

    Salah satu cara hilangkan sakit lutut ialah dengan menggunakan teknik RICE. RICE adalah:

    2. Senaman dan kurangkan berat badan

    Untuk pesakit artritis, membiarkan lutut anda tidak bergerak mungkin bukan satu idea yang baik. Ia boleh membuatkan sendi menjadi lebih kaku dan susah untuk digerakkan. Senaman berkala mungkin membantu.

    cara hilangkan sakit lutut

    Berat badan juga memberikan kesan terhadap lutut. Lebih tinggi berat badan, lebih banyak tekanan ke atas lutut.

    3. Cara hilangkan sakit lutut: Pad panas dan sejuk

    Pad panas membantu mengelakkan sendi anda dari menjadi kaku dan keras. Pad sejuk pula boleh mengurangkan sakit dan bengkak.

    Cuba gunakan kedua-duanya berselang-seli tapi lebihkan pad sejuk pada 24 jam pertama selepas mengalami kecederaan pada lutut.

    4. Cara hilangkan sakit lutut: Salap herba

    Dalam satu kajian yang dimuatkan di dalam Pakistan Journal of Biological Science, pengkaji membuat kajian tentang salap yang dibuat daripada kayu manis, mastic gum, halia dan minyak bijan.

    Kajian ini menemui bahawa salap tersebut adalah efektif sama seperti krim artritis yang mengandungi salicylate.

    5. Cara hilangkan sakit lutut: Estrak halia

    cara hilangkan sakit lutut

    Halia memang terkenal dengan khasiatnya untuk banyak penyakit. Ia merupakan herba tradisional sejak turun temurun. Ia boleh didapatkan dalam bentuknya asal, serbuk atau di dalam teh.

    Antara khasiatnya termasuk mengurangkan masalah perut, mual serta mengurangkan sakit dalam banyak keadaan. Kajian melibatkan pesakit artritis menemui bahawa halia membantu mengurangkan sakit jika digabungkan bersama ubat-ubatan.

    6. Suplemen glukosamin dan kondroitin sulfat

    Dua suplemen ini memang sudah sinonim dengan sakit sendi. Ia telah banyak dijual di pasaran. Kajian menunjukkan bahawa suplemen ini tidak memberikan kesan yang banyak ke atas sakit yang ringan atau sederhana. Walau bagaimanapun, ia menunjukkan kesan yang signifikan bagi mereka yang mengalami sakit teruk.

    Sebelum anda menggunakan apa-apa rawatan di rumah, seeloknya untuk berbincang dengan doktor, terutamanya jika anda mengalami sakit yang teruk.

    Sesetengah herba atau suplemen mungkin akan bertindak balas dengan ubat yang anda ambil. Jadi, penting untuk membiarkan doktor tahu tentang hal tersebut.

    Selain itu, sakit lutut yang anda alami mungkin hanya salah satu daripada simptom kepada penyakit lain. Pemeriksaan doktor adalah penting untuk mencari punca yang sebenar.

    Kini anda telah mengetahui enam cara atau petua hilangkan sakit lutut yang paling ampuh!

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 07/09/2022

    Iklan
    Iklan
    Iklan
    Iklan