backup og meta

Kalau Sakit Sendi, Kena Elak 6 Jenis Makanan Ini, Termasuk Sayur Yang Berangin!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/05/2023

    Kalau Sakit Sendi, Kena Elak 6 Jenis Makanan Ini, Termasuk Sayur Yang Berangin!

    Apabila berlaku sebarang masalah pada sendi, anda bukan sahaja harus berwaspada dengan aktiviti fizikal malah dari segi diet. Ini kerana mungkin ada makanan yang perlu dielakkan untuk sakit sendi! Benarkah?

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Tulang/Otot, anda boleh klik di sini.

    Apa punca sebenar di sebalik isu sakit sendi?

    Di dalam tubuh badan manusia, terdapat tulang yang berfungsi bagi menyokong dan membentuk asas kepada rangka individu. Tanpanya, kita semua tidak mampu untuk bergerak atau berdiri.

    Di antara ratusan jumlah tulang ini pula, terdapat struktur sendi yang bertindak menyambungkan dan menggerakkan setiap tulang-tulang itu, Malangnya, kawasan sendi juga boleh muncul banyak masalah.

    Masalah yang biasa wujud pada sendi adalah keradangan punca kesakitan akibat faktor risiko tertentu termasuk:

    • Usia – golongan tua lebih berisiko
    • Jantina – golongan wanita lebih berisiko
    • Keturunan ahli keluarga individu
    • Sejarah sakit sendi yang lampau
    • Beberapa keadaan kesihatan seperti gout, artritis, osteoporosis, obesiti dan lain-lain

    makanan yang perlu dielakkan untuk sakit sendi

    Apabila masalah pada sendi terjadi, ramai individu akan mula mengelak senaman dan mengambil ubatan tetapi sering terlupa untuk mempertimbangkan perkara penting iaitu makanan untuk orang sakit sendi!

    Makanan yang perlu dielakkan untuk sakit sendi!

    Individu dengan masalah pada sendi, mereka mungkin akan akur dengan makanan untuk orang sakit sendi dan antara yang paling popular adalah pengambilan makanan tinggi dengan kalsium serta vitamin D.

    Namun, usah fokus itu sahaja kerana kalian juga wajar ambil tahu makanan yang perlu dielakkan untuk sakit sendi. Antaranya:

    #1. Jenis sayur yang berangin (solanaceae)

    Ya, ramai yang mungkin belum tahu kalau wujud sayur yang berangin. Sebenarnya, sayur dalam kategori solanaceae seperti terung, tomato, lada dan ubi kentang mengandungi bahan berbahaya bernama solanin.

    Solanin yang pada asalnya bertindak sebagai mekanisme pertahanan semula jadi sayuran ini daripada anasir luar, ia boleh menghasilkan reaksi pada sendi tulang lantas mengakibatkan keradangan dan kesakitan!

    Makanan yang perlu dielakkan untuk sakit sendi #2. Gandum

    Kedua, makanan yang berasaskan gandum atau gluten seperti roti, lempeng dan banyak lagi mungkin tidak begitu baik jika anda ada sakit sendi serta alahan kerana ia boleh menyebabkan tindak balas berbahaya.

    Dalam pada itu, ia turut boleh membawa kepada masalah usus bocor di mana aliran darah tercemar dengan kotoran di dalam usus sekali gus memicu kepada keradangan dan kesakitan teruk pada bahagian sendi.

    makanan yang perlu dielakkan untuk sakit sendi

    Makanan yang perlu dielakkan untuk sakit sendi #3. Gula

    Ketiga, makanan yang tinggi dengan gula turut tidak sesuai buat penderita masalah sakit sendi kerana ia menghasilkan cytokins yakni sekumpulan glikoprotein, peptida dan protein yang menjejaskan sendi kalian.

    Ketahuilah bahawa gula juga terdiri daripada pelbagai jenis yang perlu diawasi iaitu fruktosa, glukosa, sukrosa, laktosa, maltosa serta lain-lain. Maka, baca label dengan teliti sebelum memilih dan membeli produk.

    #4. Makanan yang diproses dan digoreng

    Seterusnya, kalian juga harus menghindari makanan yang diproses serta digoreng seperti nuget, sosej, salami, burger dan banyak lagi kerana ia sarat dengan garam, lemak dan bahan-bahan pemprosesan lain.

    Kandungan bahan-bahan pengawet, pewarna dan perasa berserta garam serta lemak itu kemudiannya mungkin boleh menjejaskan struktur sendi anda lantas mengakibatkan keradangan punca kesakitan sendi.

    #5. Produk tenusu tinggi kandungan lemak

    Eh, bukankah produk tenusu terutama susu mempunyai kandungan kalsium yang tertinggi? Kenapa pula ia perlu dielakkan?

    makanan yang perlu dielakkan untuk sakit sendi

    Untuk pengetahuan anda semua, ada beberapa produk hasil tenusu seperti keju, mentega, marjerin dan mayones yang mengandungi lemak tepu serta advanced glycation end products (AGEs) tetapi bukan semua.

    Apabila produk-produk tenusu itu memiliki bahan-bahan seperti di atas, ia boleh menjadi pencetus paling besar bagi masalah keradangan dan kesakitan pada sendi. Jadi, sila prihatin dengan sumber kalsium anda.

    #6. Alkohol juga tidak bagus untuk sendi?

    Antara petua tradisional hilangkan sakit sendi paling popular adalah individu harus tegah diri daripada tabiat buruk dan mengamalkan alkohol itu merupakan salah satu contoh yang berisiko serta berbahaya.

    Menurut Pakar Reumatologi, Karen Costenbader, minum terlalu banyak alkohol akan meningkatkan tahap protein C-reaktif (CRP) dalam tubuh badan yang boleh menyebabkan keradangan dan kesakitan pada sendi.

    Konklusinya, ada banyak makanan yang perlu dielakkan untuk sakit sendi agar ia dapat dikurangkan atau dihilangkan sementara meskipun bukan selamanya. Jadi, sayangi sendi anda dengan diet pemakanan yang ideal ya?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan