backup og meta

Anak Kurus Kering Sebab Kurang Zat? Apa Lagi Salah Faham Tentang Malnutrisi? #6 Paling Top

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 23/09/2021

    Anak Kurus Kering Sebab Kurang Zat? Apa Lagi Salah Faham Tentang Malnutrisi? #6 Paling Top

    Penyakit malnutrisi adalah luas dan bukan hanya spesifik kepada orang yang kurus kering sahaja, tetapi diet yang kekurangan nutrien dan zat juga boleh dianggap sebagai masalah malnutrisi.

    Selain itu, begitu banyak mitos yang disalahertikan oleh orang ramai mengenai penyakit malnutrisi ini.

    Artike ini akan membongkar mitos-mitos yang berada dalam kalangan masyarakat, oleh itu teruskan membaca ya!

    Apa itu penyakit malnutrisi?

    Malnutrisi merujuk kepada kekurangan, kelebihan atau ketidakseimbangan dalam tahap nutrien dan zat seseorang individu.

    Istilah kekurangan nutrien makanan pula merangkumi 2 kumpulan iaitu:

    • Undernutrition yang merangkumi stunting (ketinggian rendah untuk usia)
    • Pembaziran (berat rendah untuk tinggi badan)
    • Kekurangan berat badan (berat badan rendah untuk usia)
    • Kekurangan mikronutrien (kekurangan vitamin dan mineral penting)

    Yang selebihnya pula merangkumi, berat badan berlebihan, obesiti dan penyakit tidak berkaitan dengan diet pemakanan seperti penyakit jantung, strok, diabetes dan barah.

    Sekarang tiba masanya untuk kita bongkar bersama-sama satu per satu mitos mengenai penyakit malnutrisi yang sering kedengaran dalam kalangan orang ramai.

    Mitos penyakit malnutrisi

    1. Malnutrisi sama dengan kelaparan

    kelaparan

    Tidak sama sekali! Salah tanggapan anda jika menyamakan kekurangan nutrisi makanan seperti kelaparan.

    Walau bagaimanapun, ramai individu di seluruh dunia menderita akibat kekurangan zat makanan yang diperlukan, walaupun mereka sebenarnya cukup makan, namun akibat diet golongan ini kekurangan nutrisi.

    Program Makanan Sedunia (WFP) mengatasi masalah ini dengan menekankan kepentingan makanan, misalnya di Panama; makanan utamanya adalah nasi.

    WFP memberikan sokongan teknikal kepada Kerajan Panama untuk meluaskan pasaran padi.

    Mitos 2: Hanya individu kurus mempunyai penyakit malnutrisi

    Ini sebenarnya tidak betul!

    Walaupun benar banyak bayi dan kanak-kanak yang kekurangan zat makanan hingga mengakibatkan rendah berat badan, tapi adalah salah tanggapan umum yang mengaitkannya dengan individu kurus.

    Kanak-kanak memerlukan makanan berkhasiat untuk tumbesaran yang sihat, tetapi makanan yang mengandungi cukup vitamin dan mineral biasanya lebih mahal daripada makanan yang tidak sihat.

    3. Nutrien bermula ketika anak dilahirkan

    Kekurangan nutrien makanan ketika berada di dalam rahim boleh menyebabkan janin tidak mampu untuk berkembang dengan baik.

    Ini akan menghalang perkembangan mental dan fizikal anak kecil pada tahun-tahun awal kehidupannya.

    Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan memberi inisiatif makanan, latihan dan pendidikan masyarakat kepada para wanita dan ibu yang menyusu.

    Mitos #4 Kesan penyakit malnutrisi hanya berkaitan dengan kesihatan

    Kekurangan zat makanan tidak hanya memberi kesan besar kepada kesihatan, tetapi juga mempengaruhi kualiti hidup seseorang.

    Contohnya, kanak-kanak yang kurang nutrien akan memberi kesan terhadap prestasi mereka di sekolah.

    Ini sekali gus mempengaruhi kehidupan mereka ketika dewasa; cenderung hidup dalam keadaan ekonomi yang teruk dan kekurangan nutrisi sebagai orang dewasa.

    5. Penyakit malnutrisi hanya mempengaruhi individu

    Masalah malnutrisi ini sering diremehkan dan disalahertikan.

    Ini boleh membawa kesan yang langsung kepada mobiliti, kematian, produktiviti, pertumbuhan ekonomi, dan memerangkap negara-negara dalam lingkaran kemiskinan.

    Untuk mengelakkan indeks malnutrisi yang lebih tinggi di negara-negara yang mengalami bencana, WFP memberikan Specialized Nutritious Foods sebagai bantuan.

    Mitos 6, malnutrisi sering dikaitkan dengan kanak-kanak Afrika

    kanak-kanak afrika kelaparan

    Kita sering disajikan dengan gambar anak-anak yang kelaparan di Afrika.

    Walaupun benar banyak negara di Afrika menderita akibat kekurangan zat dan nutrien makanan, tapi kita tidak harus melupakan kanak-kanak di negara lain.

    Menurut World Hunger Map oleh WFP, bagi negara Haiti, sebanyak 44.5% penduduk mereka mengalami masalah malnutrisi.

    7. Mitos: Malnutrisi tidak serius seperti penyakit lain di dunia

    Tahukah anda bahawa malnutrisi adalah risiko nombor satu kesihatan di seluruh dunia! Ia juga menyumbang terhadap 11% daripada semua penyakit di dunia.

    Tambahan pula, 50% daripada kematian kanak-kanak adalah disebabkan oleh kekurangan zat dan nutrisi makanan.

    Setiap tahun, masalah ini membunuh sebanyak 3.5 juta kanak-kanak di bawah umur lima tahun!

    Untuk memecahkan kitaran ini, WFP di Ecuador berusaha untuk membanteras dengan pelbagai cara seperti menganjurkan School Meals, Food for Assets, Food Rations, Purchase for Progress (P4P), pemerkasaan wanita dan pendidikan pemakanan.

    Sekarang dapat kita lihat sebanyak mana mitos-mitos yang sering memberikan pemahaman yang salah terhadap masyarakat.

    Moga artikel ini membantu anda dalam memahami fakta-fakta mengenai masalah malnutrisi dan memberikan kefahaman yang lebih jelas mengenainya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 23/09/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan