#5. Bentuk omega-3
Untuk penyerapan omega-3 yang lebih baik, pastikan ia dalam bentuk FFA (asid lemak bebas), TG, rTG (trigliserida dan trigliserida yang diubah suai), dan PL (fosfolipid).
Elakkan omega-3 dalam bentuk EE (etil ester).
#6. Kesegaran produk suplemen
Pastikan anda membeli minyak ikan omega 3 terbaik di farmasi yang masih baharu dan tidak tamat tarikh luput.
Ini kerana, omega-3 mudah untuk menjadi tengik.
Sekiranya minyak ikan telah lama atau telah tamat tarikh luput, ia akan berbau tengik dan kepentingan omega 3 tidak akan dapat diperoleh.
Malah, ia juga mungkin berbahaya jika terus dimakan.
Produk manakah yang terbaik?

Perlu diketahui, kebanyakan jenama suplemen minyak ikan yang terdapat di pasaran hanya mengandungi sekitar 30% EPA dan DHA.
Oleh itu, anda boleh cuba mencari jenama minyak ikan dengan kandungan EPA dan DHA yang lebih tinggi.
Ada sesetengah jenama yang mempunyai kandungan EPA dan DHA sehingga 90%.
Untuk hasil terbaik, cari jenama yang mengandungi omega-3 dalam bentuk asid lemak bebas, trigliserida atau fosfolipid.
Kesimpulan
Jika anda mahu cuba mengamalkan suplemen minyak ikan, perkara pertama yang perlu diutamakan ialah komposisi kandungan DHA dan juga EPA.
Semakin tinggi kandungan DHA dan EPA, maka semakin bagus produk minyak ikan tersebut.
Bertanyalah kepada ahli farmasi berkenaan produk minyak ikan omega 3 terbaik di farmasi tersebut.
Satu lagi petua untuk anda, suplemen minyak ikan ini lebih baik diambil bersama makanan yang mengandungi lemak. Ini kerana lemak boleh meningkatkan penyerapan omega-3 dalam badan anda.
Selamat mencuba!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen