International Society for the Study of Fatty Acids and Lipids (ISSFAL) menyarankan pengambilan minimum dos asid lemak Omega-3 yang mengandungi EPA dan DHA seperti berikut:
Bayi (1-18 bulan): 32 mg/lb EPA+DHA
Kanak-kanak (1 setengah tahun- 15 tahun): 15 mg/lb EPA+DHA
Orang dewasa (15-115 tahun): 500 mg/lb EPA+DHA, dengan minimum 200 mg EPA dan 220 mg DHA
Wanita hamil dan menyusukan bayi: 300 mg DHA setiap hari
Anak lebih bijak dengan suplemen DHA?
Meskipun ada yang mengaitkan pengambilan DHA dapat menjadikan anak lebih bijak, namun masih belum ada kajian yang secara khusus mengiyakannya.
Kajian dari Cochrane Library meta-analysis yang dilakukan kepada 1,889 bayi menunjukkan tiada bukti yang jelas bahawa pengambilan suplemen DHA boleh meningkatkan perkembangan otak bayi. Mengulas mengenai hasil kajian tersebut, Profesor Pediatrik di Dell Medical School di University of Texas di Austin, Steven Abrams berkata, meskipun tiada bukti jelas yang menunjukkan keberkesanan DHA kepada otak bayi, namun pengambilannya masih selamat dan tiada salah jika diletakkan dalam produk makanan atau minuman bayi.
Walau bagaimanapun, terdapat kajian yang membuktikan bahawa kanak-kanak yang menerima DHA mencukupi dapat membantunya menumpukan perhatian di dalam kelas. Malah, ada juga kajian yang menunjukkan bahawa fungsi otak kanak-kanak meningkat jika dia mendapat DHA yang mencukupi.
Kanak-kanak yang kurang DHA dalam badan dikaitkan dengan masalah perangai, sukar mengingat dan lambat membaca.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen