Hujah utama yang tidak menggalakkan penggunaan minyak kelapa sawit sebagai minyak yang boleh dimakan adalah fakta bahawa ia mengandungi asid palmitik, yang merupakan asid lemak tepu, lantas berisiko meningkatkan jumlah kolesterol dan kadar kolesterol LDL (kolesterol jahat). Walau bagaimanapun, terdapat banyak kajian saintifik, baik dalam haiwan dan manusia yang jelas menunjukkan bahawa penggunaan minyak sawit tidak meningkatkan tahap kolesterol dan tidak menyumbat saluran darah (aterogenik).
Selain daripada asid palmitik, minyak kelapa sawit terdiri daripada asid oleik dan linoleat yang merupakan minyak tidak tepu monounsaturated dan polyunsaturated. Minyak sawit juga mengandungi vitamin A dan E, yang merupakan antioksidan yang kuat. Minyak kelapa sawit telah dibuktikan secara saintifik melindungi jantung dan saluran darah dari plak dan kecederaan iskemia. Minyak sawit yang diambil dalam diet yang seimbang didapati tidak menyebabkan risiko tambahan terhadap penyakit kardiovaskular.
Walaupun lemak tepu meningkatkan kadar kolesterol dan dikaitkan dengan risiko penyakit kardiovaskular, tidak semua lemak tepu mempunyai kesan buruk. Asid palmitik, lemak tepu utama dalam minyak kelapa sawit mempunyai kesan yang sama terhadap seperti asid lemak oleik monounsaturated. Selain asid oleik dan linoleat, minyak kelapa sawit mengandungi vitamin E tocotrienols, antioksidan yang kuat dan menghalang pembentukan kolesterol.
Menariknya, dalam satu kajian pada tahun 2017 yang melibatkan penghasilan yogurt daripada kambing yang diberikan minyak kelapa sawit mendapati bahawa yogurt yang dihasilkan daripada kambing yang diberikan 4% dan 6% minyak kelapa sawit dalam diet mereka mempunyai kandungan lemak tepu yang rendah dan kandungan lemak tak tepu monounsaturated dan polyunsaturated yang lebih tinggi. Ini menjadikan komposisi yogurt yang terhasil lebih sihat.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen