Dakwaan ini ternyata TIDAK BENAR.
Untuk pengetahuan anda, minyak masak polibag dengan berat 1 kilogram ini merupakan jenis minyak masak yang disubsidikan oleh Kerajaan Malaysia.
Memandangkan ia telah disubsidi, maka harganya telah dikawal dan hanya boleh dijual dengan harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Selain itu, ia juga lebih murah berbanding minyak kemasan botol dengan kuantiti yang sama kerana ia hanya dibungkus dengan plastik polibag sahaja.
Oleh itu, kos pengeluaran juga menjadi lebih murah dan ia boleh dijual semula dengan harga yang lebih rendah.
Untuk minyak dalam kemasan botol pula, ia tidak disubsidikan oleh kerajaan dan menyebabkan harganya tidak dikawal.
Pengilang boleh menentukan harga mereka sendiri bagi produk minyak sawit botol keluaran mereka berdasarkan harga pasaran semasa.
#2. Minyak masak polibag bukan minyak kitar semula
Dakwaan ini juga bukanlah satu dakwaan yang benar dan ia sama sekali tidak berasas.
Ini kerana, pihak Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOB) hanya memberikan lesen mengitar semula minyak masak terpakai untuk dijadikan bahan biodiesel atau bahan-bahan lain seperti makanan haiwan atau sabun sahaja.
Ia sama sekali tidak digunakan untuk menghasilkan semula minyak masak terpakai.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen