Elakkan kandungan lemak dalam makanan anak sebab tak elok untuk mereka? Ini kepentingan lemak pada si kecil yang parents kena fahami. Barulah anak membesar dengan sihat!
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Elakkan kandungan lemak dalam makanan anak sebab tak elok untuk mereka? Ini kepentingan lemak pada si kecil yang parents kena fahami. Barulah anak membesar dengan sihat!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.
Asid lemak penting (EFA) adalah jenis lemak yang penting dalam diet kerana tubuh anda tidak boleh menghasilkan asid lemak asid sendiri. Lemak ini boleh:
Asid lemak penting termasuk omega-6 (asid linoleik) dan omega-3 (asid linolenik).
Baca juga:
Kedua-duanya adalah lemak tak tepu yang membantu mengurangkan kolesterol, mengurangkan keradangan dan menjaga kesihatan jantung.
Kebanyakan orang mengambil lebih banyak lemak omega-6 daripada lemak omega-3.
Sesetengah pakar berpendapat bahawa ketidakseimbangan lemak omega-6 dan lemak omega-3 boleh menjejaskan tindak balas imun dan radang dalam tubuh.
Keadaan itu juga boleh menyumbang kepada penyakit seperti penyakit jantung dan diabetes jenis II.
1-3 tahun:
4-8 tahun:
Lemak omega-6 biasanya banyak dalam diet, dan anda mungkin perlu memberi tumpuan untuk memastikan anak anda mendapat omega-3 yang mencukupi.
Kebanyakan lemak omega-6 datang daripada makanan yang diproses yang mengandungi minyak seperti minyak kacang soya.
Anak anda tidak perlu mendapatkan asid lemak penting setiap hari.
Sebaliknya, bertujuan untuk mendapatkan jumlah yang dicadangkan sebagai purata selama beberapa hari atau seminggu.
Cari sumber lemak dalam makanan yang telah diperkaya dengan omega-3, seperti mentega kacang, susu, yogurt, jus oren, marjerin dan telur.
Kandungan omega-3 akan berubah mengikut jenama, jadi anda perlu membaca label.
Contohnya, anda akan mendapati telur yang mengandungi 100 hingga 200 mg atau lebih banyak asid lemak omega-3.
Kebanyakan kita mendapat lebih banyak omega-6 (terutamanya dari minyak sayuran). Pilih lemak yang kaya omega-3, pastikan anak anda mendapatkannya secukupnya.
Hanya satu sudu teh minyak canola, misalnya, mengandungi kira-kira separuh omega-3 yang kebanyakan kanak-kanak perlukan dalam sehari.
Anak anda kemungkinan besar akan mendapat semua lemak omega-6 yang dia perlukan dari makanan yang diproses yang mengandungi minyak bunga matahari, jagung dan soya:
Walaupun terdapat kepentingan lemak dalam diet harian si kecil, pakar menyarankan bahawa anak anda tidak boleh mengambil terlalu banyak EFA.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen