Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Susu Yang ‘Mesra Diabetes’? Ini 4 Jenis Susu Sesuai Untuk Anda!
Susu untuk diabetes dan kolesterol kini menjadi pilihan ramai yang ingin menjaga kesihatan tanpa mengorbankan nutrisi. Dengan formula rendah gula dan lemak, susu khas ini membantu mengawal paras gula darah dan kolesterol, sambil menyokong gaya hidup sihat.
Dalam artikel ini kami akan kongsikan jenis susu apa yang patut penghidap kencing manis ambil.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.
Ada ke susu untuk diabetes?
Secara umumnya, susu selain susu untuk diabetes memang sangat tinggi dengan gula, lemak, karbohidrat dan kolesterol – kesemua ini adalah musuh ketat dan pantang bagi penderita penyakit kencing manis.
Namun apa yang akan mengelirukan individu adalah fakta di mana ia turut mengandungi pelbagai jenis nutrisi dan zat seperti protein, serat serta pelbagai lagi jenis vitamin atau mineral yang turut sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan individu itu sendiri!
Penjagaan pemakanan penting untuk individu dengan diabetes.
“Sama dengan makanan atau minuman terutama produk tenusu yang lain, susu juga tinggi risiko untuk meningkatkan kadar glukosa dalam darah, lantas memburukkan lagi kondisi diabetes,” jelas Pengamal Perubatan, Dr Sarah Brewer.
Anda perlu lebih bijak dalam memilih dan membeli produk yang terbaik untuk diri sendiri. Ini kerana terdapat banyak jenis susu untuk diabetes dan kolesterol di dalam pasaran.
Berikut adalah antara jenis susu untuk diabetes dan kolesterol terbaik buat individu:
Jenis susu untuk diabetes dan kolesterol #1. Susu rendah gula
Pemilihan susu yang betul penting.
Sudah terang lagi bersuluh, penderita penyakit diabetes itu perlu kawal pengambilan gula mereka. Maka, adalah penting untuk anda hanya ambil susu yang rendah gula untuk tujuan ini.
Ini kerana tubuh badan mereka yang ada kondisi ini tidak dapat menghasilkan atau menggunakan insulin (hormon yang akan membantu mengatur glukosa dalam darah) dengan efektif.
Kebiasaannya, secawan susu biasa mengandungi sekitar sepuluh atau lebih gram gula. Maka, sila pilih dan beli produk susu yang mempunyai kurang gula daripada jumlah yang disebutkan.
Jenis susu untuk diabetes dan kolesterol #2. Susu rendah lemak
Selain daripada gula, mereka yang ada kencing manis juga perlu ambil susu untuk kolesterol tinggi seperti susu rendah lemak.
Ini kerana kondisi diabetes berisiko menyebabkan penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung akibat peningkatan kolesterol jahat dan penurunan kolesterol baik di dalam tubuh badan.
American Diabetes Association menyarankan agar pesakit diabetes mengambil susu rendah lemak yang kurang daripada 5 gram lemak penuh dalam secawan untuk elak risiko tersebut.
Susu kencing manis farmasi #3. Susu tinggi kalsium
Diabetes turut akan meningkatkan risiko penderita penyakit ini untuk mengalami tulang rapuh. Pengambilan susu tinggi kalsium akan dapat membantu membuat tulang lebih tumpat dan kuat. Keadaan itu sekali gus dapat melindungi daripada masalah seperti osteoporosis dan lain-lain.
Disarankan untuk individu dengan diabetes agar minum susu tinggi kalsium sekurang-kurangnya 200 ml sehari sekali. Ia mungkin mampu menyelesaikan masalah tulang yang rapuh.
Sebenarnya, ada banyak lagi alternatif susu haiwan yang mungkin lebih sihat seperti susu kacang soya, susu kacang badam dan lain-lain. Ia mungkin lebih ideal jika ada kondisi diabetes.
Dalam erti kata lebih mudah, ada banyak jenis susu diabetes Malaysia yang anda boleh pilih dan beli. Dapatkan informasi dan nasihat lanjut daripada doktor tentangnya.
Kawal makan dan minum jika ada diabetes!
Konklusinya, anda bukan sahaja perlu fokus kepada susu untuk diabetes dan kolesterol jika ada penyakit kencing manis sebaliknya sila ubah juga diet pemakanan anda bermula dari hari ini, agar kondisi itu dapat dikawal dan kesihatan tubuh badan mampu dijaga dengan baik.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Dairy And Diabetes, https://www.diabetes.org.uk/guide-to-diabetes/enjoy-food/eating-with-diabetes/food-groups/dairy-and-diabetes, Accessed May 25 2022.
Dairy And Diabetes: The Science, https://www.dairymax.org/sites/default/files/Dairy_Diabetes_Science_Handout.pdf, Accessed May 25 2022.
Is Dairy Really Bad for Diabetics?, https://www.freedomfromdiabetes.org/blog/post/three-reasons-why-diabetics-should-stay-off-m/389, Accessed May 25 2022.
Diabetes diet: Create your healthy-eating plan, https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/diabetes/in-depth/diabetes-diet/art-20044295, Accessed May 25 2022.
Ask the Experts: What is the ADA Diet?, https://www.diabetesfoodhub.org/articles/ask-the-experts-what-is-the-ada-diet.html, Accessed May 25 2022.