backup og meta

Ingin Beli Minyak Ikan Omega 3 Di Farmasi Untuk Turunkan Kolesterol? Lihat 6 Perkara Ini Dulu!

Ingin Beli Minyak Ikan Omega 3 Di Farmasi Untuk Turunkan Kolesterol? Lihat 6 Perkara Ini Dulu!

Mungkin ramai yang tidak begitu pasti berkenaan kepentingan omega 3 terhadap kesihatan tubuh. Oleh sebab itu, kami di Hello Doktor ingin menerangkan sedikit sebanyak berkenaan faedah pengambilan omega 3 dan cara memilih minyak ikan omega 3 terbaik di farmasi.

Teruskan pembacaan anda menerusi artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Apa itu minyak ikan?

minyak ikan omega 3 terbaik di farmasi

Minyak ikan bukanlah seperti minyak kelapa sawit yang digunakan untuk memasak.

Ia merupakan sejenis suplemen untuk meningkatkan tahap kesihatan tubuh.

Untuk penerangan yang lebih terperinci, ia merupakan sejenis asid lemak yang diperoleh daripada tisu ikan berminyak.

Minyak ini mengandungi sejumlah besar asid lemak omega-3 yang sihat dan bagus untuk jantung kita.

Kebanyakan ikan berminyak berasal dari lautan dan ia diperoleh daripada sumber ikan seperti salmon, herring, tuna, tenggiri, ikan bilis, dan juga sardin.

Selain itu, minyak ikan juga boleh dihasilkan daripada jenis haiwan bercangkerang kecil (Crustacean) yang dikenali sebagai krill.

Untuk mendapatkan manfaat omega-3, anda boleh memakan ikan ini secara langsung atau melalui pengambilan suplemen.

Kebanyakan minyak ikan mengandungi asid lemak omega-3 yang terdiri daripada asid docosahexaenoic (DHA) dan asid eicosapentaenoic (EPA).

Vitamin semula jadi lain yang terdapat dalam minyak ikan termasuklah sejumlah kecil vitamin A, vitamin E, dan juga vitamin D3.

Apakah kepentingan omega 3?

Apabila menyebut berkenaan kebaikan omega 3, ia terdiri daripada beberapa khasiat yang mungkin anda tidak pernah sangka.

Antaranya ialah:

Bagaimana memilih minyak ikan omega 3 terbaik di farmasi?

minyak ikan omega 3 terbaik di farmasi

Untuk mendapatkan suplemen minyak ikan, ia boleh didapati dengan mudah di farmasi atau kedai-kedai ubatan kosmetik.

Namun, ada beberapa pertimbangan yang perlu anda lakukan sebelum membeli minyak ikan omega 3 terbaik di farmasi.

Antara perkara-perkara yang perlu dilihat ialah:

#1. Sumber omega-3

Kita semua tahu bahawa minyak ikan diperbuat daripada jenis ikan berminyak.

Namun, anda mesti mengetahui jenis ikan dan sumber ikan yang digunakan oleh pengilang suplemen.

Suplemen yang dihasilkan daripada sejenis ikan sahaja mempunyai kualiti yang lebih baik berbanding daripada beberapa jenis ikan.

#2. Jenis omega-3

Kebanyakan suplemen minyak ikan yang dijual di pasaran mengandungi hanya sedikit jumlah EPA dan DHA dalam kandungannya.

Oleh itu, pastikan jenama suplemen yang dipilih mempunyai kandungan EPA dan DHA di dalamnya. 

#3. Jumlah omega-3

Salah satu ciri minyak ikan omega 3 terbaik di farmasi adalah yang mengandungi omega 3 yang tinggi.

Biasanya, produk suplemen menyatakan bahawa ia mengandungi 1,000 mg minyak ikan dalam setiap kapsul.

Namun, jika anda lihat pada kandungan produk, kandungan EPA dan DHA di dalamnya mungkin sekitar 300 mg sahaja.

Oleh itu, cuba dapatkan produk dengan kandungan DHA dan EPA yang lebih tinggi.

#4. Ketulenan minyak ikan

Dapatkan minyak ikan omega 3 terbaik di farmasi daripada pengilang dan pengedar yang sah sahaja.

Produk daripada pengeluar yang terkenal biasanya dijamin ketulenan minyak ikan yang dikeluarkan.

Selain itu, pastikan produk tersebut mendapat pengesahan jaminan keselamatan daripada pihak berautoriti. 

#5. Bentuk omega-3

Untuk penyerapan omega-3 yang lebih baik, pastikan ia dalam bentuk FFA (asid lemak bebas), TG, rTG (trigliserida dan trigliserida yang diubah suai), dan PL (fosfolipid).

Elakkan omega-3 dalam bentuk EE (etil ester).

#6. Kesegaran produk suplemen

Pastikan anda membeli minyak ikan omega 3 terbaik di farmasi yang masih baharu dan tidak tamat tarikh luput.

Ini kerana, omega-3 mudah untuk menjadi tengik.

Sekiranya minyak ikan telah lama atau telah tamat tarikh luput, ia akan berbau tengik dan kepentingan omega 3 tidak akan dapat diperoleh.

Malah, ia juga mungkin berbahaya jika terus dimakan. 

Produk manakah yang terbaik?

minyak ikan omega 3 terbaik di farmasi

Perlu diketahui, kebanyakan jenama suplemen minyak ikan yang terdapat di pasaran hanya mengandungi sekitar 30% EPA dan DHA.

Oleh itu, anda boleh cuba mencari jenama minyak ikan dengan kandungan EPA dan DHA yang lebih tinggi.

Ada sesetengah jenama yang mempunyai kandungan EPA dan DHA sehingga 90%.

Untuk hasil terbaik, cari jenama yang mengandungi omega-3 dalam bentuk asid lemak bebas, trigliserida atau fosfolipid.

Kesimpulan

Jika anda mahu cuba mengamalkan suplemen minyak ikan, perkara pertama yang perlu diutamakan ialah komposisi kandungan DHA dan juga EPA.

Semakin tinggi kandungan DHA dan EPA, maka semakin bagus produk minyak ikan tersebut.

Bertanyalah kepada ahli farmasi berkenaan produk minyak ikan omega 3 terbaik di farmasi tersebut.

Satu lagi petua untuk anda, suplemen minyak ikan ini lebih baik diambil bersama makanan yang mengandungi lemak. Ini kerana lemak boleh meningkatkan penyerapan omega-3 dalam badan anda.

Selamat mencuba!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Omega-3 Supplements: In Depth. https://www.nccih.nih.gov/health/omega3-supplements-in-depth. Accessed on July 18, 2022. 

Choosing the Best Marine-derived Omega-3 Products for Therapeutic Use: An Evaluation of the Evidence. https://www.pointinstitute.org/wp-content/uploads/2012/10/Choosing-Best-Omega-3.pdf. Accessed on July 18, 2022.

Omega-3 Fatty Acids. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/17290-omega-3-fatty-acids. Accessed on July 18, 2022.

Omega-3 fatty acids. https://www.mountsinai.org/health-library/supplement/omega-3-fatty-acids#:~:text=Omega%2D3%20fatty%20acids%20from%20fish%20oil%20can%20help%20lower,same%20benefit%20as%20fish%20oil. Accessed on July 18, 2022.

Choosing an Omega-3 Supplement. https://studenthealth.ucsd.edu/_files/resources/health-links/omega3supp.pdf. Accessed on July 18, 2022.

Versi Terbaru

17/10/2022

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

Risiko Masalah Jantung MENINGKAT Jika Makan Minyak Ikan, AWAS! Golongan Ini Kena Elak Omega-3

Benarkah Anak Lebih Bijak Jika Ambil DHA?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 17/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan