Bagi kebiasaan individu dewasa, minyak habbatussauda diambil dengan dos antara 1 hingga 2.5 gram setiap hari selama 4 hingga 12 minggu.
Bagi jenis serbuk pula, ia biasa diambil dengan jumlah antara 1 hingga 2 gram setiap hari selama 8 hingga 12 minggu.
Memandangkan minyak habbatussauda ini dianggap sebagai suplemen, anda perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambilnya, lebih-lebih lagi jika anda mempunyai keadaan kesihatan tertentu.
Doktor boleh membantu menentukan dos selamat yang bersesuaian dengan tubuh anda.
Ini kesan sampingan makan habbatussauda berlebihan!

Pengambilan minyak atau kapsul serbuk habbatussauda sebagai makanan tambahan atau suplemen tidaklah salah.
Namun, kita tidak boleh terlalu obses sehingga mengambil minyak habbatussauda ini tanpa kawalan setiap hari.
Setiap yang kita makan perlulah dikawal kuantiti atau dosnya agar tidak menyebabkan kesan sampingan kepada tubuh.
Walaupun habbatussauda mungkin mempunyai khasiat kepada tubuh, ia masih lagi boleh menyebabkan kesan sampingan kepada anda jika diambil secara berlebihan.
Antara kesan sampingan makan habbatussauda ialah:
#1. Kesan terlebih makan habbatussauda: Interaksi dengan ubat-ubatan
Tidak mustahil jika minyak atau serbuk habbatussauda boleh berinteraksi dengan kebanyakan ubat-ubatan seperti ubat darah tinggi, ubat kencing manis, ubat pencair darah, dan ubat diuretik.
Jika ini berlaku, ia mungkin boleh menyebabkan tindak balas yang mengurangkan keberkesanan ubat-ubatan tersebut.
#2. Kesan sampingan makan habbatussauda: Interaksi dengan persediaan herba atau suplemen
Selain daripada ubat-ubatan moden, kesan terlebih makan habbatussauda juga mungkin boleh berinteraksi dengan beberapa jenis herba dan juga suplemen.
Antara jenis herba dan suplemen tersebut ialah:
- Herba dan suplemen yang boleh menurunkan paras gula darah (kromium, peria katak)
- Herba dan suplemen yang boleh menurunkan tekanan darah (kasein, peptida)
- Herba dan suplemen yang memperlahankan pembekuan darah (bawang putih, halia)
- Suplemen zat besi
#3. Kesan terlebih makan habbatussauda: Sebabkan masalah pencernaan
Jika anda menelan minyak habbatussauda secara berlebihan, ia juga mungkin boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan berkaitan pencernaan.
Antaranya seperti loya, kembung perut, rasa terbakar, ketidakhadaman, masalah sembelit dan gula darah rendah.
5 golongan ini perlu hati-hati, ada kesan sampingan makan habbatussauda!
Kesan sampingan makan habbatussauda secara berlebihan sememangnya boleh berlaku.
Namun bagi lima golongan ini, mereka masih perlu berhati-hati dengan pengambilan minyak atau serbuk habbatussauda walaupun dalam jumlah yang kecil.
Lima golongan tersebut ialah:
#1. Ibu hamil
Pengambilan habbatussauda mungkin tidak begitu selamat untuk ibu yang sedang hamil.
Ini kerana, habbatussauda boleh memperlahankan atau menghentikan janin daripada berkontraksi dalam rahim.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen