backup og meta

Badan Bengkak Selepas Bersalin? Buat 6 Langkah Mudah Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/03/2022

    Badan Bengkak Selepas Bersalin? Buat 6 Langkah Mudah Ini!

    Masalah badan bengkak selepas bersalin itu adalah normal dan mungkin biasa berlaku kepada hampir semua wanita hamil. Pun begitu, ia tidak wajar dibiarkan begitu sahaja.

    Ini kerana pembengkakan pada kawasan perut, wajah, lengan, kaki dan lain-lain bahagian tubuh badan sudah tentu akan menjejaskan proses pemulihan selepas melahirkan.

    Jadi, apa yang anda boleh buat jika badan bengkak setelah bersalin? Ayuh teruskan baca artikel!

    Apa punca badan bengkak selepas bersalin?

    Ketika sedang hamil, bukan sahaja kawasan perut anda yang akan membesar dan membengkak malah seluruh bahagian tubuh badan termasuklah pada lengan kaki dan wajah.

    Ia disebabkan oleh 50% lebih banyak darah dan cecair yang dihasilkan oleh tubuh badan wanita agar sesuai untuk memenuhi keperluan ibu hamil serta bayi dalam kandungan.

    Selain itu juga, punca lain badan wanita bengkak semasa dan selepas hamil adalah angkara hormon progesteron yang menyerap air dan garam natrium di dalam tubuh badan.

    Pembengkakan ini pula seterusnya akan mampu bertahan sehingga beberapa minggu selepas melahirkan dan kondisi tersebut dikenali juga dengan nama edema postpartum.

    badan bengkak selepas bersalin

    Anda perlu untuk beri lebih perhatian tentangnya agar dapat berpantang dengan lebih aman!

    Bagaimana cara untuk cegah badan bengkak?

    Sebenarnya, adalah tidak sukar untuk menyelesaikan masalah badan bengkak setelah bersalin. Anda mungkin hanya perlu buat beberapa langkah mudah seperti di bawah ini:

    #1. Amal diet yang sihat

    Pengamalan diet yang sihat bukan sahaja penting semasa hamil malah juga selepas itu kerana ia mungkin akan mampu untuk bantu anda menyingkirkan bengkak yang ada.

    Anda amat disarankan untuk ambil diet yang tinggi dengan nutrien seperti protein, serat, kalium dan karbohidrat kompleks bagi membuat pembengkakan ini lebih mudah susut.

    Anda juga dinasihatkan untuk elak diet yang tinggi dengan nutrien seperti natrium kerana ia mungkin akan hanya membuat pembengkakan angkara edema ini jadi lebih teruk lagi.

    #2. Minum banyak air kosong

    Menurut sebuah kajian, ternyata bahawa minum 2 liter air kosong setiap hari mungkin akan dapat membantu individu membakar sekitar 95 kalori di dalam tubuh badan mereka.

    Penelitian lain juga menunjukkan bahawa ia mungkin akan dapat mengurangkan badan bengkak selepas bersalin selain sangat bagus untuk kesihatan organ hati dan ginjal individu.

    Ia dipercayai angkara wanita yang banyak minum air kosong itu akan lebih kerap ke tandas untuk membuang air kecil sekali gus akan membuang cecair yang masih kekal di dalam tubuh.

    #3. Guna kasut yang sesuai

    badan bengkak selepas bersalin

    Untuk pengetahuan anda semua, kondisi badan bengkak selepas bersalin akan lebih cenderung ke bawah yakni ke bahagian kaki. Jadi, sila guna kasut yang sesuai ketika berada di luar.

    Sila elak daripada menggunakan kasut tinggi, ketat atau tiada tapak lembut kerana ia hanya akan mendatangkan tekanan atau geseran berlebihan di antara kaki dan juga kasut.

    Sebaiknya, sila pilih kasut yang sesuai jenis, saiz dan dengan tapak lembut agar dapat mengelakkan tekanan atau geseran di samping melancarkan sirkulasi salur darah di kaki.

    #4. Angkat kaki ketika baring

    Proses bersalin itu memang sangat memenatkan lagi menghabiskan tenaga ibu hamil. Disebabkan itu, ramai yang pilih untuk hanya berehat dan berbaring ketika berpantang.

    Ya, mungkin tidak salah untuk beristirahat ketika itu namun ia perlu dilakukan dengan cara yang betul yakni memastikan kaki anda berada di posisi ke atas ketika sedang baring.

    Selain itu, sila pastikan juga anda tidak berdiri terlalu lama kerana kedua-dua perbuatan ini akan menghambat kelancaran sirkulasi salur darah di bahagian sekitar kaki anda.

    Jika badan bengkak selepas bersalin #5. Urut

    Perasan tidak, ketika sedang berpantang usai bersalin, akan ada banyak aktiviti urutan tubuh badan? Ini kerana ia sangat penting dalam usaha mengurangkan badan bengkak.

    badan bengkak selepas bersalin

    Antara manfaat daripada urutan ini adalah ia mungkin mampu untuk melancarkan sirkulasi salur darah serta menyingkirkan cecair di dalam tubuh badan yang berlebihan.

    Namun, sila elak daripada mengurut tubuh badan anda secara sendiri kerana urutan ini mungkin hanya boleh dilakukan oleh golongan pakar dan profesional dalam perbidanan.

    #6. Jangan lupa untuk bersenam

    Akhir sekali, wanita dengan masalah badan bengkak selepas bersalin tidak harus menjadikan itu sebagai alasan untuk anda tidak bersenam ya? Ia juga usaha yang agak penting.

    Dengan senaman, ia akan mampu membuat anda membuang cecair berlebihan di dalam tubuh badan selain membantu organ jantung agar sirkulasi salur darah lebih lancar.

    Apa yang penting, sila buat aktiviti yang ringan dan elak daripada melakukan aktiviti yang berat agar proses ketika berpantang anda itu dapat berjalan dengan baik tanpa ada kesan sampingan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/03/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan