backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Sindrom rembesan hormon diuretik yang tidak sesuai

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nur Shawani Zakaria · Disemak pada 13/09/2019

Definisi

Apa itu Sindrom rembesan hormon diuretik yang tidak sesuai?

Sindrom rembesan hormon antidiuretik yang tidak sesuai (SIADH) adalah sindrom yang menjejaskan keseimbangan air dan mineral dalam badan anda, terutamanya natrium.

ADH adalah bahan yang dihasilkan secara semulajadi oleh hipotalamus dan dikeluarkan oleh kelenjar pituitari. Hormon ini mengawal jumlah air dalam badan anda yang hilang melalui air kencing.

ADH menjejaskan buah pinggang dan saluran. Buah pinggang yang terjejas oleh ADH akan menyimpan dan menembusi lebih banyak air, mengurangkan perkumuhan air daripada badan. Oleh kerana terdapat kurang banyak air dalam air kencing, air kencing akan menebal. Saluran darah di bawah pengaruh ADH akan menyempit / penguncupan membuatkan tekanan darah lebih tinggi dan air menembusi lebih banyak ke sel-sel.

Terlalu banyak ADH akan membawa kepada SIADH. Tubuh tidak dapat menyingkirkan air (pengekalan air) dan mempunyai tahap natrium darah yang lebih rendah.

Apakah kebarangkalian Sindrom rembesan hormon diuretik yang tidak sesuai?

SIADH jarang berlaku pada kanak-kanak. Majoriti pesakit SIADH mempunyai kanser paru-paru atau penyakit paru-paru yang kronik. Di samping itu, penyakit kardiovaskular (seperti tekanan darah tinggi) juga meningkatkan risiko SIADH.

Simptom-simptom

Apakah gejala-gejala bagi sindrom rembesan hormon diuretik yang tidak sesuai?

SIADH pada awalnya tidak mempunyai sebarang gejala. Walau bagaimanapun, SIADH yang tidak dirawat boleh menyebabkan:

  • Loya atau muntah-muntah;
  • Kejang atau tangan, kaki menggeletar;
  • Mood yang murung, kerosakan memori;
  • Tidak selesa;
  • Perubahan personaliti, seperti daya tahan, kekeliruan, dan halusinasi;
  • Sawan, dalam beberapa kes, boleh menyebabkan koma.

Jika dengan apa jua sebab, kadar natrium serum cepat jatuh, individu-individu akan mengalami gejala-gejala yang lebih teruk dan kemungkinan sawan.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau gejala yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang apa jua gejala, sila berunding dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Gejala-gejala ini mudah dikelirukan dengan penyakit-penyakit lain. Jika anda mengesyaki diri anda mempunyai SIADH, sila pergi ke doktor untuk mengenal pasti dan merawatnya awal-awal. Terutama apabila anda merasakan kemerosotan ingatan dan epilepsi, atau penyakit yang menjejaskan kehidupan seharian seperti membuat anda merasa lemah atau selalu penat.

Punca

Apakah yang meningkatkan risiko saya untuk sindrom rembesan hormon diuretik yang tidak sesuai?

SIADH berkaitan dengan tahap hidrat dan natrium dalam badan anda. Jika satu atau kedua-duanya tidak seimbang, ia boleh meningkatkan risiko anda untuk membangunkan SIADH, faktor-faktor risiko termasuk:

  • Tahap natrium darah rendah;
  • Mempunyai pembedahan atau dirawat untuk tumor otak;
  • Gangguan autoimun, kanser paru-paru, atau penyakit-penyakit kronik lain;
  • Meningitis;
  • Kecederaan kepala dan kecederaan otak traumatik.

Tidak mempunyai faktor-faktor risiko tidak bermakna anda tidak boleh mendapatkan ketegangan hamstring. Faktor-faktor ini hanya untuk rujukan sahaja. Anda perlu berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Sindrom rembesan hormon diuretik yang tidak sesuai?

SIADH berkaitan dengan tahap hidrat dan natrium dalam badan anda. Jika satu atau kedua-duanya tidak seimbang, ia boleh meningkatkan risiko anda untuk membangunkan SIADH, faktor-faktor risiko termasuk:

  • Tahap natrium darah rendah;
  • Mempunyai pembedahan atau dirawat untuk tumor otak;
  • Gangguan autoimun, kanser paru-paru, atau penyakit-penyakit kronik lain;
  • Meningitis;
  • Kecederaan kepala dan kecederaan otak traumatik.
  • Tidak mempunyai faktor-faktor risiko tidak bermakna anda tidak boleh mendapatkan ketegangan hamstring. Faktor-faktor ini hanya untuk rujukan sahaja. Anda perlu berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

    Diagnosis dan Rawatan

    Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

    Bagaimana pesakit Sindrom rembesan hormon diuretik yang tidak sesuai didiagnosis?

    SIADH boleh dirawat dengan menghapuskan penyebabnya (ubat atau tumor).

    Pembatasan air membenarkan kadar natrium serum meningkat secara normal. Jumlah maksimum air yang dibenarkan adalah lebih sedikit daripada jumlah air kencing yang mereka hasilkan.

    Sesetengah individu mungkin memerlukan ubat yang dipanggil demeclocycline. Dalam keadaan kecemasan, doktor anda mungkin menetapkan diuretik yang kuat seperti furosemide untuk membantu menghilangkan cecair yang berlebihan.

    Bagaimana pesakit Sindrom rembesan hormon diuretik yang tidak sesuai dirawat?

    Doktor boleh membuat diagnosis dengan ujian darah dan air kencing yang menunjukkan bahawa tubuh mempunyai terlalu banyak air berhubung dengan jumlah natrium. Penyebab lain yang menyebabkan tahap natrium yang rendah, seperti tiroid yang tidak aktif (hipotiroidisme) atau kekurangan adrenal (penyakit Addison), mesti diketepikan sebelum SIADH dapat didiagnosis.

    Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

    Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Sindrom rembesan hormon diuretik yang tidak sesuai?

    Berikutnya merupakan gaya hidup dan rawatan sampingan di rumah yang mungkin membantu anda mengatasi sindrom rembesan hormon antidiuretik yang tidak sesuai:

    • Hadkan jumlah air yang anda minum. Ini mungkin satu-satunya rawatan yang anda perlukan.
    • Fahami sebab untuk SIADH anda. Sekiranya anda merawat penyebabnya, SIADH akan hilang.
    • Buat susulan yang kerap untuk pengukuran sodium serum.
    • Jangan menganggap bahawa anda mempunyai SIADH hanya kerana anda mempunyai tahap natrium darah yang rendah. Gangguan lain mesti dikecualikan.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nur Shawani Zakaria · Disemak pada 13/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan