backup og meta

Ini 5 Jenis Ubat Kencing Manis Cara Kampung, No 1 Paling Ramai Orang Amalkan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 30/08/2022

    Ini 5 Jenis Ubat Kencing Manis Cara Kampung, No 1 Paling Ramai Orang Amalkan!

    Walaupun sudah wujud banyak jenis ubat untuk mengawal dan merawat diabetes, namun masih ada individu yang mungkin lebih percaya ubat kencing manis cara kampung.

    Ya, perkara ini tidak salah kerana ubat tradisional itu juga salah satu ikhtiar dalam perubatan. Cuma, anda perlu tahu bahawa ia mungkin ada risiko atau hanya plasebo.

    Persoalannya, selamat ke jika guna ubat kencing manis cara kampung? Jom terus baca artikel ini!

    Ubat kencing manis era moden…

    Kini, masalah diabetes itu mungkin boleh dikawal atau dirawat dengan penggunaan ubat-ubatan yang telah disarankan dan dipreskripsikan oleh doktor atau ahli farmasi.

    Antara yang paling popular adalah insulin. Ia sangat penting buat pesakit diabetes jenis 1 kerana tubuh badan mereka tidak dapat menghasilkan insulin secara semula jadi.

    Pun begitu, mungkin ada juga pesakit diabetes jenis 2 yang perlu ambil suntikan insulin angkara tubuh badan mereka tidak dapat menggunakan hormon ini dengan baik.

    ubat kencing manis cara kampung

    Dalam pada itu, ada banyak lagi jenis ubat kencing manis era moden untuk tujuan sama yakni memastikan kadar gula dalam darah kekal di paras baik. Contohnya Sulphonylurea, Metformin, Meglitinides, Thiazolidinediones dan lain-lain.

    Ubat-ubatan di atas ini hanya boleh didapatkan di klinik, hospital atau farmasi dengan preskripsi daripada doktor. Ia selamat selagi anda ambil dengan tatacara yang betul!

    Ubat kencing manis cara kampung…

    Berbalik pada topik utama artikel iaitu selamat ke jika guna ubat kencing manis cara kampung?

    Sebenarnya, semua jenis penyakit ada rawatan atau ubatan tradisional sebagai alternatif dan tentu sahaja kencing manis juga tidak terkecuali kerana ia penyakit yang sangat umum.

    Sebaiknya, kita tidak boleh menyalahkan mereka yang mengamalkan ubat kencing manis cara kampung kerana ia juga adalah satu satu ikhtiar bagi individu masing-masing.

    Berikut adalah ubat tradisional yang ramai percaya boleh jadi penawar penyakit kencing manis:

    #1. Peria katak

    Peria katak ini mengandungi lektin yang mampu menurunkan kadar glukosa dalam darah selepas bertindak balas dengan tisu utama dan menghilangkan selera makan individu.

    Lektin adalah juga punca utama kepada perkembangan hipoglemik. Jadi, salah satu langkah yang boleh diamalkan adalah dengan cara pengambilan air jus berasaskan sayur ini.

    Dalam pada itu, jus ini juga disarankan untuk diambil dengan mencampurkannya bersama bahan yang lain seperti epal hijau, lada benggala, daun saderi atau timun dan lain-lain.

    ubat kencing manis cara kampung

    #2. Halia putih

    Halia putih ini dikatakan berupaya membantu pesakit diabetes dalam mengawal kadar glisemik, menggalakkan penghasilan insulin serta mengelak masalah katarak pada mata.

    Menurut sebuah kajian, didapati bahawa hanya 2 gram serbuk halia putih yang diambil pada setiap hari mampu untuk menurunkan paras gula dalam darah sebanyak 12%.

    Selain itu juga, didapati juga bahawa ia sebenarnya mampu untuk membantu meningkatkan kepekaan insulin sekali gus melindungi individu daripada penyakit kencing manis.

    #3. Bunga cengkih

    Bunga cengkih ini terdiri daripada 30% fenol antioksidan, quercetin serta anthocyanin – sebatian antiseptik yang mempunyai banyak manfaat seperti antiradang dan lain-lain.

    Menurut sebuah kajian, didapati bahawa ia mungkin akan dapat membantu mengawal paras gula, trigliserida serta kolesterol LDL di dalam darah penderita kencing manis.

    #4. Kayu manis

    Kayu manis ini adalah sejenis tumbuhan yang mampu mengawal glukosa dalam darah lantas menjadikannya sangat bagus untuk membantu melawan penyakit kencing manis.

    Menurut sebuah kajian, didapati bahawa ia mungkin dapat membantu meningkatkan keupayaan insulin selain berupaya mencegah tanda dan gejala diabetes itu sendiri.

    Ubat kencing manis cara kampung #5. Ginseng

    Ginseng adalah herba ajaib yang dipercayai mampu untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit termasuk kencing manis. Adakah ia benar? Ya, ia sukar untuk dinafikan!

    ubat kencing manis cara kampung

    Ini kerana setiap bahagian tumbuhan ini daripada akar, daun dan buah dipercayai mampu membantu mengatur penyerapan glukosa serta mengawal kadar ia naik dan turun.

    Apa yang lebih menarik adalah ia dikatakan mampu meningkatkan tenaga dan stamina. Ia sudah tentu sangat penting buat pesakit diabetes yang kerap lesu dan lemah.

    Selamat ke jika guna ubat diabetes tradisional?

    Sebenarnya, tiada kata putus yang kami boleh kata sama ada ubat diabetes tradisional itu selamat atau tidak. Semuanya, adalah bergantung kepada individu itu sendiri.

    Apa yang mungkin kami boleh nyatakan adalah kebanyakan rawatan atau ubatan cara kampung ini tidak wujud risiko yang terlalu besar kerana ia banyak menggunakan bahan alami.

    Pun begitu, adalah lebih baik untuk anda dapatkan informasi dan nasihat daripada doktor tentang segala jenis pengubatan yang anda ingin cuba sama ada bersifat klinikal atau tradisional ya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 30/08/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan