backup og meta

Elokkah Makan Lewat Malam? Ini Antara Kesan Makan Lewat Malam Terhadap Kesihatan!

Elokkah Makan Lewat Malam? Ini Antara Kesan Makan Lewat Malam Terhadap Kesihatan!

Kita semua pasti pernah pergi ke dapur, berjalan ke peti sejuk pada lewat tengah malam dan memanaskan semula makanan dalam peti sejuk seperti spagheti, piza atau nasi goreng. Tetapi, tahukah anda apa keburukan dan kesan makan lewat malam terhadap kesihatan?

Sesekali makan lewat malam pastinya menjadi antara sesi makan terbaik untuk kita, dan ia akan menjadi satu rutin apabila waktu tidur terganggu.

Tetapi adakah anda kerap makan lewat malam? Dan jika ya, adakah rutin makan lewat malam bagus untuk anda?

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Apakah kesan makan lewat malam?

kesan makan lewat malam

Sudah tentu anda pernah mendengar – makan lewat malam tidak bagus untuk anda dan akan menganggu tidur malam yang baik. Kenyataan tersebut ada benarnya.

Ini kerana selepas makan lewat malam, pada waktu yang sepatutnya badan anda berehat setelah seharian berkerja, sebaliknya, badan anda perlu mencerna dan memproses makanan yang baru anda makan, sekali gus menganggu corak tidur anda.

Namun bukan itu sahaja, makan lewat malam adalah satu tabiat buruk dari pelbagai aspek. Antara keburukan makan lewat malam ialah:

1. Menyukarkan proses pengurangan berat badan

Makan lewat malam akan menggalakkan kepada penambahan berat badan. Terdapat penyelidikan membuktikan bahawa makan lewat boleh mempengaruhi proses penurunan berat badan. Ini kerana kalori yang diambil pada lewat malam lebih cenderung untuk disimpan sebagai lemak dalam tubuh.

2. Menurunkan metabolisme badan

Jika anda seorang individu yang tidak kisah tentang kenaikan berat badan, berikut mungkin sesuatu yang dapat menghalang anda dari menghampiri peti sejuk ketika lewat malam.

Kajian menunjukkan bahawa makan lewat malam dikaitkan dengan penurunan penggunaan tenaga rehat dan mengurangkan toleransi glukosa.

Dalam bahasa mudah, makan lewat malam akan memudaratkan kesihatan metabolisme anda. Secara tidak langsung akan meningkatkan risiko anda terhadap ketahanan insulin, pra-diabetes, diabetes jenis 2 dan penyakit jantung.

3. Mempengaruhi konsentrasi antara kesan makan lewat malam

Makan lewat malam tidak hanya membuatkan buah pinggang anda menderita. Ternyata makan lewat malam juga tidak baik untuk kesihatan otak anda. Percaya atau tidak, saintis mendapati bahawa masa makan mempunyai kesan luas pada fisiologi otak dan tingkah laku.

Corak makan yang tidak menentu akan mempengaruhi sistem circadian dan seterusnya mempengaruhi keupayaan pembelajaran dan menghafal otak.

4. Kualiti tidur

kesan makan lewat malam

Makan lewat malam boleh membuatkan anda tidak tidur dan akan memberi kesan negatif kepada kualiti tidur.

Terdapat penyelidik menyatakan ini boleh berlaku kerana pola makan secara langsung memberi kesan negatif pada pola tidur dan mimpi.

Antara makanan yang harus dielakkan adalah makanan tenusu dan makanan pedas.

5. Tingkatkan risiko asid refluks

Makan sebelum tidur boleh meningkatkan risiko untuk asid refluks waktu malam.

Apabila perut anda sedang bergelut untuk mencerna makanan semasa anda berbaring di tempat tidur, tekanan metabolisme makanan boleh menyebabkan LES (Lower Esophageal Sphincter) menjadi longgar, yang menyebabkan makanan dan asid perut yang tidak tercerna bergerak kembali ke esofagus.

Jika anda mengalami refluks, sebaiknya buat jurang masa 2 jam antara makan dan tidur untuk mengelakkan refluks waktu malam.

Kesan makan lewat malam 6: Gangguan pemakanan

Jika anda mendapati diri anda memiliki keinginan untuk snek pada lewat malam, malam demi malam, anda mungkin menghadapi masalah yang lebih serius.

Seandainya anda mempunyai keinginan berulang untuk makan lewat malam walaupun tidak berasa lapar, anda mungkin menghadapi masalah NES (Night Eating Syndrome).

7. Rasa lapar pada waktu pagi kesan makan lewat malam

Antara kesan makan lewat malam adalah ia boleh membuatkan anda berasa lebih lapar apabila anda bangun pada keesokan harinya. Ini disebabkan insulin yang dikeluarkan oleh pankreas selepas makan.

Ia seterusnya akan menyebabkan lebih banyak glukosa yang terhasil dan mencetuskan hormon yang dipanggil ‘ghrelin’ yang berfungsi menyebabkan kelaparan.

[embed-health-tool-bmi]

Bagaimana menghentikan tabiat ini?

Setelah anda mengetahui tentang keburukan kesan makan lewat malam ini ke atas sistem metabolisma anda, anda mungkin berminat  mengetahui kaedah untuk mencegah tabiat tersebut.

1. Ambil makanan seimbang

Jangan terlalu mengawal pengambilan kalori anda semasa waktu makan malam.

Sebaiknya seimbangkan makanan anda daripada protein, karbohidrat dan lemak yang sihat antara pukul 7.00 hingga 7.30 malam.

Makanan yang seimbang akan membantu mengawal keinginan makan lewat malam sehingga anda tidur.

2. Elakkan makanan ringan

kesan makan lewat malam

Elakkan dari membeli makanan ringan. Makan beberapa potong epal pasti tidak akan menganggu tidur anda, sebaliknya satu bungkus keropok kentang pasti akan menganggu anda.

Ramai antara kita menghidangkan makanan ringan lewat malam bukan kerana kelaparan, tetapi kerana rasa bosan, kesunyian atau penyesalan. Sekiranya tiada makanan ringan di rumah anda, pasti anda tidak akan mencarinya.

3. Alas perut untuk elak kesan makan lewat malam

Jika anda masih belum tidur ketika sekitar pukul 10 malam dan makan malam awal, anda mungkin boleh memasukan beberapa makanan ringan sihat ke dalam rutin makan anda, sebaiknya satu jam sebelum anda tidur.

Beberapa potong epal atau sedikit badam pasti dapat membantu menghindari rasa lapar ketika anda cuba hendak tidur.

Baca juga:

4. Minum segelas air

Ada masanya badan akan silap mentafsir rasa dahaga sebagai kelaparan dan mengakibatkan anda mungkin mengidam makanan ringan lewat malam walaupun telah memakan makanan seimbang ketika makan malam.

Minum segelas air dan tunggu beberapa minit sebelum melayani keinginan anda itu. Kemungkinan besar anda hanya haus.

5. Kawal emosi

Emosi yang tertekan sebelum tidur pasti akan memburukkan lagi keinginan makan lewat malam. Sebaiknya pastikan anda dalam keadaan dan emosi yang tenang dan santai.

Jika keinginan anda akibat pergolakan emosi sebelum tidur seperti teringat tarikh akhir kerja atau pergaduhan dengan pasangan anda, cuba beberapa teknik pernafasan mendalam dan bukan dengan mencari makanan ringan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 3 Pros and 3 Cons of Late Night Eating. https://selecthealth.org/blog/2021/03/pros-and-cons-of-late-night-eating. Accessed on February 7, 2023.
  2. Late-Night Eating Impact. https://hms.harvard.edu/news/late-night-eating-impact. Accessed on February 7, 2023.
  3. Is Eating Before Bed Bad for You? https://health.clevelandclinic.org/is-eating-before-bed-bad-for-you/. Accessed on February 7, 2023.
  4. The Health Impact of Nighttime Eating: Old and New Perspectives. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4425165/. Accessed on February 7, 2023.
  5. True or False: Eating at Night Will Make You Gain Weight. https://www.winchesterhospital.org/health-library/article?id=156995. Accessed on February 7, 2023.

Versi Terbaru

07/02/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Jadual Kerja Terlalu Padat Punca Individu Ambil Makanan Ringan, Ini Kata Kajian

Siapa Kata Orang Berdiet Tak Boleh Makan Malam? Ini 9 Jenis Makanan Yang Sesuai!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 07/02/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan