Makan lebih kerap dapat membantu menghilangkan berat. Apabila anda memakan satu hidangan besar ia akan membuatkan anda kenyang untuk tempoh yang lama dan menjadi kadar metabolisme anda rendah dan perlahan. Mengambil snek sihat dalam kuantiti yang kecil setiap 3 hingga 4 jam, mengejutkan metabolisme dan ia menyebabkan pembakaran kalori akan menjadi lebih dari biasa.
-
Makanan pedas
Cili mengandungi capsaicin – bahan kimia semula jadi yang boleh meningkatkan metabolisme menjadi lebih tinggi. Kesannya mungkin bersifat sementara, tetapi jika anda kerap memakan makanan pedas, ia mungkin dapat mempertingkatkan manfaatnya. Namun, bukan semua individu boleh menerima makanan pedas.
-
Protein
Badan anda membakar lebih banyak kalori yang dicerna protein berbanding makanan berlemak atau karbohidrat. Untuk diet yang seimbang, anda boleh gantikan beberapa karbohidrat dengan makanan tanpa lemak yang kaya protein untuk meningkatkan metabolisme pada waktu malam. Antara sumber protein yang baik adalah termasuk daging tanpa lemak, ayam belanda, ikan, ayam tanpa kulit, tauhu, kekacang, kacang, telur dan produk tenusu rendah lemak.
-
Kopi
Jika anda seorang penggemar kopi, anda pasti sukakan tenaga dan peningkatan tumpuan yang diperolehi. Diambil dalam kuantiti yang sederhana, salah satu manfaat jangka pendek kopi adalah dapat meningkatkan kadar metabolisme dengan 3-11% dan sama seperti teh hijau – ia juga membantu pembakaran lemak. Kopi membantu anda mengurangkan keletihan dan meningkatkan ketahanan ketika bersenam.
-
Tidur
Kekurangan tidur cenderung menyebabkan risiko obesiti. Ini mungkin disebabkan kesan negatif tidak mendapat tidur yang mencukupi kepada metabolisme badan. Tidak cukup tidur juga mempunyai kaitan dengan peningkatan kadar gula dalam darah dan rintangan insulin, yang berhubung kait dengan risiko perkembangan diabetes type 2.
Anda mungkin berminat untuk membaca:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen