backup og meta

Suka Makan Jajan? Buat 9 Cara Ini Untuk Hentikan Tabiat Makan Makanan Ringan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 20/07/2022

    Suka Makan Jajan? Buat 9 Cara Ini Untuk Hentikan Tabiat Makan Makanan Ringan!

    Siapa sahaja yang tidak suka makan makanan ringan. Namun, disebabkan oleh kesan buruknya terhadap kesihatan, kita perlu menghentikan tabiat pengambilan makanan ringan ini.

    Mungkin ada yang sudah terbiasa dengan makanan ringan sebelum ini sehingga agak sukar untuk menghentikan pengambilannya.

    Jadi, apa yang boleh anda lakukan untuk menghentikan tabiat ini? Baca tip di bawah ini.

    Cara hentikan makan makanan ringan 1: Makan banyak protein

    pengambilan makanan ringan

    Tahukah anda, sumber makanan berprotein boleh membantu anda untuk berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama.

    Apabila anda mengambil lebih banyak makanan berprotein, ia boleh membantu mengurangkan selera makan selain mengelakkan anda makan secara berlebihan.

    Ada kajian menyatakan, jika kita mengambil lebih banyak protein, kita akan kurang cenderung untuk mengambil snek pada waktu malam. 

    Cara hentikan pengambilan makanan ringan 2: Jangan skip waktu makan

    Apabila anda skip satu waktu makan anda, maka anda akan berasa lebih lapar dan akan makan secara berlebihan pada waktu makan yang seterusnya.

    Selain itu juga, anda akan cenderung untuk mengisi perut anda yang kelaparan dengan snek yang tidak sihat sementara menunggu waktu makan yang berikutnya.

    Oleh sebab itu, jangan sesekali skip waktu makan anda untuk elakkan anda mengambil makanan ringan yang tidak sihat. 

    Cara hentikan makan makanan ringan 3: Minum banyak air

    Air yang dimaksudkan di sini ialah air kosong atau air mineral sahaja.

    Salah satu cara yang berkesan untuk mengelakkan anda mengidam makanan ringan adalah melalui minum air.

    Caranya, setiap kali anda berasa ingin memakan makanan ringan, minum segelas besar air kosong.

    Kaedah ini boleh membantu perut anda untuk berasa kenyang dengan pantas.

    Anda juga digalakkan untuk meminum air kosong sebelum makan bagi mengurangkan selera makan anda. 

    Cara hentikan pengambilan makanan ringan 4: Kunyah gula-gula getah

    makan makanan ringan

    Ada individu yang mungkin gemarkan makanan manis sehingga menyebabkan dirinya mengidam untuk mengambil snek yang manis.

    Salah satu cara untuk menghentikan tabiat ini adalah melalui gula-gula getah.

    Setiap kali anda berasa ingin makan sesuatu yang manis, kunyah gula-gula getah untuk mengatasi rasa mengidam anda itu.

    Gula-gula getah tidak mempunyai kalori yang tinggi, jadi ia adalah kaedah yang baik untuk membantu anda mengatasi rasa mengidam kepada makanan manis. 

    Cara hentikan makan makanan ringan 5: Makan makanan yang baik

    Maksud makanan yang baik ialah makanan keseluruhan atau makanan sihat, bukannya makanan yang telah diproses.

    Makanan yang baik dan sihat akan memberikan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh anda.

    Ini kerana, tubuh yang kekurangan nutrien boleh mencetuskan rasa lapar atau mengidam kepada sesuatu makanan.

    Jika anda masih lagi lapar walaupun setelah mengambil makanan yang sihat, cuba dapatkan snek yang sihat sahaja untuk mengurangkan rasa lapar tersebut.

    Antaranya adalah seperti kekacang dan buah-buahan.

    Cara hentikan pengambilan makanan ringan 6: Kawal stres yang anda alami

    Sesetengah individu akan mengalami peningkatan selera makan ketika mengalami tekanan atau stres.

    Malah, stres yang dialami juga boleh menyebabkan rasa mengidam kepada makanan ringan.

    Oleh itu, bagi mengelakkan anda mengidam makan makanan ringan secara berterusan, uruskan atau kawal stres yang anda alami itu.

    Jika anda tidak tahu cara untuk mengawal stres yang betul, berjumpalah dengan ahli terapi bagi mendapatkan nasihat dan bantuan. 

    Cara hentikan makan makanan ringan 7: Dapatkan tidur yang berkualiti

    makan makanan ringan

    Rasa mengidam juga berkaitan dengan tidur? Ya. Selera makan atau rasa mengidam yang anda alami itu kebanyakannya dipengaruhi oleh keadaan hormon tubuh badan anda.

    Tidur yang tidak berkualiti boleh mengganggu keadaan hormon anda.

    Apabila anda tidak mendapat tidur yang baik, maka ia boleh menyebabkan peningkatan rasa mengidam terhadap makanan.

    Oleh sebab itu, mereka yang kurang tidur lebih cenderung untuk menjadi obes berbanding mereka yang mendapat waktu tidur yang mencukupi.

    Selepas ini, pastikan anda mendapat waktu tidur yang mencukupi iaitu 7 hingga 8 jam sehari bagi orang dewasa.  

    Cara hentikan pengambilan makanan ringan 8: Jauhkan makanan ringan daripada anda

    Salah satu sebab mengapa seseorang itu mudah mengambil makanan ringan adalah kerana makanan tersebut mudah dicapai.

    Ia mungkin ada dalam peti ais atau almari di dapur.

    Setiap kali berasa lapar atau mengidamkan snek, maka ia boleh didapati dengan mudah kerana ia sudah ada di dalam rumah.

    Untuk mengelakkan hal seperti ini, cuba kurangkan atau elakkan pembelian stok snek atau makanan ringan di rumah atau tempat anda bekerja.

    Cara ini juga boleh membantu anda untuk menyekat rasa mengidam kepada makanan ringan. 

    Cara hentikan pengambilan makanan ringan 9: Rancang makanan harian anda

    Anda boleh mencuba untuk merancang hidangan anda setiap hari atau setiap minggu.

    Tentukan apa yang anda perlu makan setiap hari agar anda mendapat nutrien yang mencukupi dan tidak makan secara berlebihan.

    Cara ini juga boleh mengelakkan anda daripada makan makanan ringan dalam selang waktu makan. 

    [health_tool_article id=”94632″]

    Kesimpulan

    Menyekat rasa mengidam terhadap makanan ringan tidaklah sesukar yang disangka.

    Apa yang anda perlukan hanyalah sedikit keazaman dan matlamat agar ia boleh diuruskan dengan baik.

    Ikuti sembilan tip yang dicadangkan ini untuk mengatasi rasa mengidam anda terhadap makanan ringan. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 20/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan