Kek Kerepek Coklat Gula-gula Donat Ais krim Bertih jagung Pelbagai jenis snek Cuba anda perhatikan contoh-contoh makanan yang terdapat di atas ini. Dengan sekali imbas sahaja, anda sudah tentu boleh tahu bahawa ia adalah kategori makanan yang kurang menyihatkan, bukan?
Berikut pula adalah beberapa risiko pengambilan makanan ringan:
#1. Melemahkan ingatan
Menurut sebuah kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition pada 2011, individu sihat yang mengambil kategori makanan ini selama 5 hari berturut-turut akan membuat ingatan mereka menjadi lemah. Ini ekoran daripada bahan toksik dalam makanan tersebut yang menyebabkan tindak balas kimia tertentu sekali gus mengakibatkan keradangan pada kawasan hipokampus otak – bahagian otak yang berkaitan dengan memori.
#2. Membuatkan individu sukar untuk belajar
Disebabkan ini, golongan ibu selalu menegah kita dari mengambilnya. Kebanyakan makanan kategori ini mempunyai gula dan lemak yang tinggi. Kedua-dua unsur ini mampu mengganggu aktiviti otak yang dikenali sebagai BDNF, yang membantu dalam proses pembelajaran individu. Selain itu, ia juga penuh kalori. Makan terlalu banyak kalori juga akan merencatkan keupayaan otak untuk belajar sesuatu yang baharu.
#3. Mengurangkan keupayaan mengawal selera makan
Pengambilan lemak trans yang terlalu banyak terdapat dalam makanan digoreng atau diproses a.k.a makanan ringan akan menyebabkan isyarat campuran dihantar ke otak lalu menyebabkannya sukar memproses apa yang anda telah atau sedang makan. Akibatnya, anda akan masih berasa lapar lalu menyebabkan anda makan lebih banyak. Akhirnya, anda mungkin akan mengalami obesiti.
#4. Menyebabkan kemurungan
Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh Universiti Montreal terhadap tikus, pengambilan kategori makanan ini akan menyebabkan simptom penarikan berlaku. Buat anda yang belum tahu, simptom penarikan ini akan mengakibatkan ketidakupayaan menghadapi tekanan jika ia terjadi kepada manusia. Jadi, ia akan membuat anda berasa tertekan lalu berisiko menghadapi kemurungan.
Jadi, anda masih mahu mengambil makanan ringan?
Konklusi
Kesimpulannya, makanan ringan adalah OK untuk dimakan, namun tidak selalu. Tidak kira anda sedang stres atau sedang mengejar tarikh akhir sesuatu pekerjaan, cuba elakkannya. Atau, anda mungkin akan mengalami risiko yang telah kami nyatakan di atas.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen