Pakar Kongsi 4 Sebab MESTI Elak Makan Lewat Malam, Rupanya Ada Kaitan Dengan Jantung?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Ramai individu yang sedang gigih berusaha untuk menurunkan berat badan. Antara pantang larang yang diamalkan adalah jangan makan malam atau lebih tepat lagi, lewat malam.

Ya, petua yang diamalkan oleh golongan ini wajar juga dipraktikkan oleh setiap individu.

Ini kerana ia bukan sahaja boleh membantu mengawal berat badan malah mengurangkan risiko kesihatan yang lain.

Buat anda yang belum tahu, makan berat pada lewat malam mungkin boleh mendatangkan pelbagai risiko kesihatan.

Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih mendalam lagi!

Kenapa pakar kata jangan makan malam?

Sebenarnya, bukan hanya individu yang memasang impian untuk kurus sahaja yang kata jangan makan malam terutamanya lewat malam.

Malahan golongan pakar juga turut menyatakan perkara yang sama.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Perelman School of Medicine di University of Pennsylvania, didapati makan lewat malam boleh mendatangkan pelbagai kesan negatif terhadap kesihatan.

Berikut merupakan 4 risiko kesihatan yang boleh berlaku jika makan berat pada lewat malam:

orang gemuk, gula

#1. Pertambahan berat badan

Inilah puncanya mereka yang sedang berdiet untuk kurus tidak mahu untuk makan malam.

Menurut kajian, telah dibuktikan secara saintifik bahawa individu yang gemar makan lewat malam akan mempunyai berat badan yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak mengambilnya. Kenapa?

Ini kerana perbuatan ini hanya akan menyebabkan tubuh badan individu hilang atau kurang keupayaan untuk membakar lemak selain menyimpan lebih banyak karbohidrat.

Dalam pada itu, pengkaji turut menyatakan bahawa individu yang gemar makan pada waktu siang akan berasa kenyang lebih lama ekoran pengeluaran hormon lantas mengurangkan potensi makan lewat malam.

Ini menunjukkan cara yang paling terbaik untuk elak makan pada lewat malam adalah makan pada siang hari!

#2. Asid refluks

Untuk pengetahuan anda, bukan bayi sahaja yang boleh mengalami refluks. Malahan, orang dewasa juga boleh mengalami asid refluks jika makan pada sekitar waktu masuk tidur.

Selain itu, makan berat pada lewat malam juga boleh menyebabkan ketidakhadaman, pedih ulu hati serta tidak nyenyak tidur.

Jadi, sila elak makan 1 jam sebelum meletakkan kepala di bantal.

Bukan itu sahaja, elakkan juga pengambilan minuman berkarbonat, beralkohol dan berkafein 2 ke 3 jam sebelum tidur.

Ini kerana ia juga adalah salah satu pencetus asid refluks.

Stres Beri Kesan Kepada Selera Makan

#3. Meningkatkan risiko diabetes

Tahukah anda ada kaitan di antara makan lewat malam dengan risiko diabetes menjadi lebih tinggi?

Menurut kajian dari Amerika Syarikat, makan berat pada lewat malam boleh meningkatkan risiko diabetes. Ini kerana ia boleh meninggikan kadar insulin, glukosa, kolesterol serta triglyceride.

Peningkatan kadar glukosa dan insulin adalah punca utama terjadinya pradiabetes. Lama-kelamaan, ia akan menjadi lebih teruk dan akhirnya berubah kepada diabetes.

Kolesterol dan triglyceride yang bertambah pula adalah disebabkan oleh lemak pada saluran darah yang akan meningkatkan risiko diabetes dan beberapa lagi penyakit kronik yang lain.

#4. Meningkatkan risiko penyakit jantung

Buat anda yang belum tahu, makan pada lewat malam boleh menjejaskan tekanan darah pada tubuh badan anda.

Ini kerana tekanan darah manusia akan turun 10% pada waktu malam untuk membenarkan tubuh badan berehat.

Namun pengambilan makanan sebelum masuk tidur hanya membuat ia kekal aktif.

Kesannya, tekanan darah anda tetap berada pada kadar yang sama walaupun ketika sedang tidur lantas meningkatkan risiko pelbagai jenis penyakit jantung.

Oleh itu, cuba ikut pesan pakar yang menyatakan jangan makan malam terutamanya lewat malam.

Sebaliknya, anda mungkin boleh gantikan hidangan berat kepada snek untuk hilangkan lapar?

Selain itu, cuba alihkan perhatian anda terhadap makanan dengan melakukan aktiviti seperti menonton televisyen, melayari internet, bermain telefon pintar atau permainan video.

Ia sudah tentu buat anda lupa untuk makan lewat malam lagi! Selamat mencuba!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Stres! Tiap Kali DATANG BULAN Mesti Berat Badan Naik, Ini Faktor Wanita Gemuk Ketika Period

Apabila menimbang berat badan hari-hari biasa hasilnya normal sahaja, tetapi ketika 'datang bulan', angka terus naik! Pernahkah anda mengalami situasi ini?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 06/01/2021 . 3 minit bacaan

Siapa Yang Tak Nak Kulit Cantik Kan? Sebab Itu Kena Cuba 5 Diet Yang Penuh Manfaat Ini!

Jangan tak tahu, ada diet untuk kulit cantik khas jika anda berhasrat menjaga kecantikan kulit. Jom klik artikel ini untuk tahu 5 jenis diet tersebut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan Sihat 31/12/2020 . 3 minit bacaan

Info Lengkap Mengenai Obesiti: Punca, Komplikasi Dan Langkah Pencegahan

Obesiti boleh dikategorikan sebagai penyakit kronik yang kini didiagnosis dalam kalangan 650 juta orang dewasa di seluruh dunia. Ini kesannya...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Obesiti, Pusat Kesihatan 30/12/2020 . 4 minit bacaan

Maklumat Aritmia Jantung Yang Anda Wajib Tahu: Jenis, Diagnosis & Rawatan

Aritmia jantung adalah keadaan kesihatan yang melibatkan degupan jantung tidak normal (atau sekata), sama ada ia berdegup terlalu perlahan atau laju...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kesihatan Jantung, Pusat Kesihatan 24/12/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kalori per hari untuk diet

Psssttt.. Ini Rahsia Nak Kurus! Jaga Pengambilan KALORI Harian, Ikut Cara Ini Pasti Jadi

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 14/01/2021 . 3 minit bacaan
kolesterol lemak

Apa Itu Kolesterol? Ini Maklumat Mengenainya Yang Wajib Anda Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 11/01/2021 . 3 minit bacaan
makanan diet eat clean

Azam Tahun Baharu Nak Fit & Langsing? Jom Mulakan Diet Eat Clean Hari Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan
manfaat diet mediterranean

WOW! Percaya Atau Tidak, Ada Satu Jenis Diet Yang Boleh Bantu Kita Lawan Depresi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan