backup og meta

Siapa Kata Orang Berdiet Tak Boleh Makan Malam? Ini 9 Jenis Makanan Yang Sesuai!

Siapa Kata Orang Berdiet Tak Boleh Makan Malam? Ini 9 Jenis Makanan Yang Sesuai!

Bagi yang sedang berdiet, pastinya anda sering runsing dengan diet makan malam anda. Anda mungkin tidak tahu bilakah waktu makan malam yang sesuai bukan?

Malah, ada juga yang terus meninggalkan waktu makan malam mereka dan hanya makan pada waktu siang sahaja.

Adakah cara ini tepat jika mahu menurunkan berat badan? Jom baca artikel!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkan di sini.

Apakah diet makan malam yang sesuai untuk diamalkan?

Anda masih boleh makan malam seperti biasa, namun, anda perlu menentukan jenis makanan yang anda ingin ambil sebagai cara untuk kurus.

Antara diet makan malam yang boleh anda ikuti adalah seperti senarai menu makan malam berikut:

Diet makan malam 1

Teknik diet yang anda boleh amalkan.
Teknik diet yang anda boleh amalkan.

Anda boleh membakar atau memanggang ikan seperti ikan cencaru atau kembong dan hidangkannya bersama air asam.

Selain itu, hidangkan juga segenggam nasi dan sayur brokoli yang telah dikukus atau dicelur dalam air panas. 

Diet makan malam 2

Perapkan potongan dada ayam bersama sos kegemaran anda.

Antara sos yang boleh anda gunakan adalah seperti sos teriyaki atau sos barbeku.

Setelah diperap, panggang potongan ayam tersebut di atas pemanggang sehingga masak.

Hidangkan bersama sayur bayam yang ditumis bersama minyak zaitun dan juga bawang putih.

Hidangkan juga segenggam nasi sekiranya anda mahu.

Diet makan malam 3

Sediakan segenggam nasi sebagai sumber karbohidrat utama.

Kemudian, sediakan kerabu udang atau makanan laut lain yang anda gemari.

Udang perlulah dicelur atau dikukus terlebih dahulu sebelum dijadikan kerabu.

Masukkan lebih banyak sayuran untuk menyedapkan lagi hidangan kerabu anda.

Tambahkan sedikit sos ikan bagi menaikkan rasa kerabu udang anda.

Diet untuk kurus 4

Roti untuk makan malam.
Roti untuk makan malam.

Panggang roti di atas kuali atau menggunakan alat pemanggang.

Sekiranya boleh, gunakan pilihan jenis roti yang lebih sihat seperti roti bijirin penuh.

Kemudian, sediakan sup cendawan untuk dimakan bersama roti tersebut.

Kurangkan penggunaan gula dan garam semasa menyediakan sup cendawan tersebut agar ia lebih sihat.

[embed-health-tool-pregnancy-weight-gain]

Diet untuk kurus 5

Anda juga boleh mencuba menu berasaskan daging bagi makan malam anda.

Sebelum memasak daging, pastikan anda membuang segala lemak tepu yang terdapat pada daging tersebut.

Ini untuk menjadikan hidangan anda lebih sihat dan bebas daripada lemak jahat yang boleh menjejaskan jantung anda.

Kemudian, perapkan daging tersebut menggunakan sos yang sesuai dengan selera anda.

Panggang daging sehingga masak dan hidangkan bersama segenggam nasi.

Tambahkan salad sebagai pelengkap hidangan makan malam anda.

Diet untuk kurus 6

Anda juga boleh mempelbagaikan menu makan malam melayu anda dengan mencuba memasak sup.

Masak sup ayam yang ditambah dengan kentang dan juga lobak merah untuk khasiat yang lebih baik.

Elakkan penggunaan minyak semasa menyediakan sup untuk menjadikan sup anda lebih sihat.

Selain itu, kurangkan juga penggunaan garam dan juga gula.

Hidangkan bersama segenggam nasi dan juga ulam-ulaman.

Diet untuk kurus 7

Ada sesetengah individu yang lebih gemar kepada hidangan makan malam yang ringkas dan mudah untuk disediakan.

Jika anda juga gemar kepada makan malam yang ringkas, anda boleh memakan oat pada waktu malam.

Untuk menjadikan oat anda lebih enak, campurkan hirisan buah-buahan seperti pisang dan juga susu ke dalam hidangan oat anda.

Dengan cara ini, ia bukan sahaja menjadikan oat anda lebih enak tetapi juga lebih sihat. 

Persoalannya, adakah anda masih boleh makan malam walaupun ketika sedang berdiet?

Ya, tidak ada masalah untuk makan malam di saat berdiet namun anda perlu berwaspada dengan menu yang dimakan! Perkara paling penting, elakkan makan dengan berlebihan sehingga mengganggu kualiti tidur anda ya?

Diet makan malam 8

Sandwic untuk makan malam.
Sandwic untuk makan malam.

Anda juga boleh menyediakan menu makan malam simple iaitu telur sandwic yang ringkas jika tidak mahu memasak hidangan yang berat.

Rebus beberapa biji telur mengikut kehendak anda.

Kemudian, lenyekkannya bersama sedikit mayonis dan juga lada hitam.

Sapukan telur lenyek tersebut ke atas roti dan tambahkan sedikit daun salad.

Hidangan ini juga bukan sahaja sedap tetapi juga menjimatkan masa untuk menyediakannya. 

Diet makan malam 9

Selain daripada dibakar atau dipanggang, ikan juga merupakan sumber protein yang enak jika dibuat sup.

Untuk membuat sup ikan, anda disarankan untuk menggunakan jenis ikan bersaiz besar seperti ikan merah atau ikan siakap.

Ini kerana rasanya lebih enak dan mudah untuk dimasak.

Elakkan penggunaan minyak masak dan kurangkan penggunaan gula dan juga garam semasa menyediakan sup.

Hidangkan bersama segenggam nasi atau anda boleh menikmati sup tersebut begitu sahaja. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Best food to eat at night.https://www.lifehack.org/909195/best-food-to-eat-at-night. Accessed 26 March 2021.
  2. The best food to eat at night. https://intekaiacademy.org/the-best-foods-to-eat-at-night/Accessed 26 March 2021.
  3. Food and drink promote good night sleep. https://www.sleepfoundation.org/nutrition/food-and-drink-promote-good-nights-sleep. Accessed 26 March 2021.
  4. How to stop eating at night.https://www.consumerreports.org/healthy-eating/how-to-stop-eating-at-night-a1040149435. Accessed 26 March 2021.
  5. Diabetes. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/diabetes/expert-answers/diabetes/faq-20058372. Accessed 26 March 2021.

Versi Terbaru

14/10/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Siti Fatihah


Artikel Berkaitan

Pernah Dengar Mengenai Intermittent Fasting? Inilah Cara Diet Puasa, Bagi Badan Kurus

Nak Kurus Tapi Tak Tahu Mahu Makan Apa? Ini Dia Contoh Menu Diet 7 Hari!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 2 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan