backup og meta

Azam Tahun Baru Nak Kuruskan Badan? Haa... Ini Ada 5 Diet Terbaik Boleh Anda Cuba, Pasti BERKESAN!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 28/04/2023

    Azam Tahun Baru Nak Kuruskan Badan? Haa... Ini Ada 5 Diet Terbaik Boleh Anda Cuba, Pasti BERKESAN!

    Sama ada untuk menjaga kesihatan atau sekadar untuk memperolehi bentuk badan menarik, berdiet merupakan antaranya. Jom ketahui jenis-jenis diet terbaik yang boleh dicuba!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

    Jenis-jenis diet pilihan pakar

    Anda ingin berdiet? Tetapi anda tidak tahu diet apakah yang sesuai untuk anda cuba? Jangan risau, Hello Doktor ada jawapannya. 

    Selama tiga tahun berturut-turut, diet Mediterranean telah dinobatkan sebagai pelan diet yang terbaik bagi kesihatan secara keseluruhan. 

    Ini kerana, menurut US News & World Report’s, diet Mediterranean dikatakan dapat membantu mengurangkan risiko diabetes dan demensia. Malahan ia juga merupakan diet yang mudah untuk diikuti dan terbaik bagi individu yang mempunyai penyakit kencing manis.

    Hanya diet Mediterranean sahaja yang boleh diamalkan?

    Bertenang, berikut disenaraikan jenis diet terbaik yang boleh anda cuba dan amalkan. Mungkin azam tahun ini untuk anda menguruskan badan akan tercapai.

    jenis-jenis diet

    Jenis diet terbaik untuk dicuba

    Berikut antara jenis diet untuk menurunkan berat badan:

    1. Diet Mediterranean

    Dalam diet Mediterranian ini, ia menggabungkan tabiat pemakanan penduduk dari negara yang bersempadan dengan Laut Mediterranean, seperti Sepanyol, Perancis, Itali dan Greece. 

    Diet jenis ini digambarkan sebagai corak pemakanan berbanding diet yang berstruktur.

    Pengambilan produk tenusu seperti susu, keju dan yogurt dibenarkan tetapi dalam kuantiti yang sederhana. 

    2. Diet HMR Program, salah satu jenis-jenis diet terbaik

    Diet Health Management Resources (HMR) adalah pelan diet berkalori rendah. Ia menggalakkan pengambilan makanan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam kuantiti yang banyak. 

    Individu yang ingin mencuba diet ini disarankan untuk menggantikan makanan kepada jenis makanan berkalori rendah, kepelbagaian bijirin dan snek bar bernutrisi.

    Dengan gabungan sayuran dan buah-buahan bersama penggantian makanan saranan HMR, ia akan membuatkan anda mendapatkan hidangan makanan berkhasiat.

    Amalan pemakanan ini juga dikatakan dapat membuatkan anda berasa lebih kenyang. 

    Terdapat dua variasi HMR:

    • Penyelesaian sihat (Healthy Solution) – dilakukan sendiri di rumah
    • Bebas membuat keputusan (Decision-Free) – di bawah seliaan pakar pemakanan

    Selain itu, mereka yang ingin melakukan diet HMR digalakkan untuk melakukan aktiviti fizikal, walaupun sekadar berjalan untuk tempoh 10 hingga 20 minit setiap hari.

    Baca juga:

    3. Diet DASH

    DASH adalah daripada perkataan Dietary Approaches to Stop Hypertension (Pendekatan Pemakanan untuk Menghentikan Hipertensi) turut tersenarai sebagai antara jenis-jenis diet terbaik.

    Ia direka sebagai pelan diet pemakanan sepanjang hayat terbaik bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan diabetes.

    Ia dipercayai dapat membantu mencegah atau mengurangkan tekanan darah tinggi (hipertensi).

    Diet ini menggalakkan pengurangan pengambilan garam dan memakan lebih sayur-sayuran, buah-buahan serta makanan tenusu rendah lemak.

    Selain itu, diet ini juga menyarankan pengambilan secara sederhana bagi bijirin, ikan, ayam dan kekacang.

    Individu yang ingin mencuba diet ini perlu mengehadkan pengambilan makanan tinggi lemak tepu seperti daging merah dan produk tenusu tinggi lemak serta minuman manis.

    Diet standard DASH mencadangkan pengambilan garam yang tidak melebihi 2,300 miligram (mg) setiap hari.

    Tetapi bagi individu dengan masalah kesihatan tertentu, dinasihatkan untuk tidak mengambil garam lebih daripada 1,500 mg sehari.

    Diet DASH yang disyorkan oleh American Heart Association dan National Heart, Lung, and Blood Institute, juga menyarankan amalan senaman sekurang-kurangnya 150 minit untuk aktiviti berintensiti sederhana seminggu, seperti berjalan kaki pantas selama 30 minit, lima hari seminggu. 

    jenis-jenis diet

    Jenis-jenis diet terbaik #4. Diet Ornish

    Diet ini dicipta oleh seorang profesor perubatan di University of California di San Francisco, Dr Dean Ornish, pada awal tahun 1990-an.

    Ia direka untuk individu vegan mencapai pelbagai matlamat seperti kehilangan berat badan bagi menurunkan tekanan darah serta mengatasi masalah berkaitan penyakit jantung. 

    Dalam diet ini, ia mengkategorikan makanan kepada lima kumpulan; dari ‘paling sihat’ (kumpulan satu) kepada ‘kurang sihat’ (kumpulan lima).

    Hanya 10% kalori boleh datang dari lemak dan individu yang mengamalkan diet ini perlu mengawal pengambilan lemak pada tahap yang minimum.

    Manakala pengambilan makanan berkolesterol dan karbohidrat diproses serta produk berasaskan haiwan adalah dilarang sama sekali. 

    Makanan serat tinggi, seperti kentang, dan karbohidrat kompleks, seperti kacang, adalah digalakkan dalam diet ini.

    Walaupun ia adalah diet vegetarian, tetapi ia tidak vegan kerana individu yang mengamalkan diet Ornish dibenarkan memakan putih telur dan satu cawan susu tanpa lemak atau yogurt setiap hari.

    5. Jenis-jenis diet terbaik: Diet Flexitarian

    Flexitarian adalah kombinasi perkataan fleksibel dan vegetarian. Ia pertama kali dicipta oleh ahli diet bertauliah, Dawn Jackson Blatner pada tahun 2009.

    Diet ini menggalakkan individu yang ingin mencubanya untuk menjadi vegetarian pada kebanyakan masa.

    Tetapi jika anda menginginkan untuk memakan daging, anda boleh mengambilnya.

    jenis-jenis diet

    Ia adalah berkisarkan pengiraan kalori. Bagi pengambilan sarapan adalah sekitar 300 kalori, makan tengah hari adalah 400 kalori dan makan malam adalah kira-kira 500 kalori.

    Individu yang mengamalkannya boleh mempunyai dua makanan snek ringan dengan setiap satu sekitar 150 kalori bagi jumlah kalori harian sebanyak 1,500 kalori.

    Kesimpulan 

    Ini bermaksud selain daripada diet intermittent fasting, diet rendah karbo atau diet ADF, anda turut mempunyai jenis-jenis diet lain yang boleh anda cuba.

    Tetapi perkara paling utama, pastikan pilihan diet anda adalah yang terbaik dan bersesuaian dengan tahap kesihatan anda. Jadi selamat berdiet! 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 28/04/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan