Tip berkaitan produk tenusu
Setiap hidangan susu (sekitar 170 gram) mengandungi 12 gram karbohidrat dan 8 gram protein. Yogurt Greek mempunyai lebih banyak protein berbanding jenis yogurt yang lain, dengan kira-kirn 12 gram. Anda boleh menggunakan maklumat ini untuk merancang diet yang lebih sihat.
Sekiranya anda tidak menggemari susu rendah lemak, anda boleh beransur-ansur menukarnya daripada susu biasa kepada susu dengan 2% lemak dan kemudiannya kepada susu dengan 1% lemak. Anda mungkin mengambil masa untuk terbiasa dengannya.
Anda disarankan untuk minum sekitar 220 gram susu setiap hari.
Sekiranya anda hamil atau menyusukan anak anda, anda disarankan untuk mengambil 4 atau 5 hidangan susu setiap hari.
Susu baik untuk kesihatan anda, tidak kira samada anda mempunyai diabetes ataupun tidak. Tetapi pilihan terbaik bagi mereka yang mempunyai diabetes adalah produk tenusu rendah lemak atau tanpa lemak. Anda boleh berbincang dengan doktor untuk menentukan pilihan yang terbaik untuk anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen