Makanan Aik, rasa macam ada beli roti tadi tapi mana pergi pulak? Haaa…situasi ini biasa untuk berlaku. Kadang kala apabila anda bertanyakan sama ada mereka ingin memakan sesuatu dan jawapan yang diterima adalah ‘tidak’. Namun tidak sampai 5 minit, isteri anda mengatakan mereka lapar. Ikutkan aje la kehendak itu kalau tidak mahu isteri moody.
- Curi makan
Haaa…ini satu lagi berkenaan dengan makanan. Jangan memandai-mandai untuk makan makanan yang dibeli dan disimpan oleh isteri anda tanpa mendapatkan kebenaran mereka terlebih dahulu. ‘Tapi’ kalau anda buat jugak, terimalah kalau isteri moody.
- Tidur
Jangan mengada-ngada mengganggu isteri yang sedang lena tidur. Elakkan sama sekali kalau tidak mahu isteri moody. Dalam keadaan isteri sedang hamil, ia adalah normal untuk mereka merasa letih dan tidak bertenaga. Jadi layankan sahaja yer!
Bersabar
Sepanjang tempoh kehamilan ini, sememangnya kesabaran anda sebagai suami akan sentiasa diuji. Jadi, jangan mudah melenting, okay? Banyakkan bersabar dan terima sahajalah kerenah moody isteri anda itu. Lagipun anak yang dikandungkan itu adalah zuriat anda berdua, bukan?
Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen