Mengawal berat badan
Aktiviti fizikal di atas juga membantu anda menurunkan berat badan. Jika anda berlebihan berat badan, kehilangan berat badan walaupun hanya 2 atau 3 kilogram boleh menurunkan tekanan darah anda. Mengekalkan berat badan yang bersesuaian dapat membantu anda mencegah tekanan darah tinggi dan masalah lain yang berkaitan dengan jantung.
Hadkan pengambilan alkohol dan merokok
Alkohol dan rokok memainkan peranan yang besar dalam menyebabkan hipertensi jika anda menyalahgunakannya. Secara purata, wanita dari semua peringkat umur dibolehkan untuk minum satu hidangan alkohol setiap hari, dan untuk lelaki yang berusia kurang daripada 65 tahun, disarankan hanya dua hidangan alkohol dalam sehari. Walau bagaimanapun, anda boleh memilih untuk mengambil wine berbanding liquor kerana wine tidak mengandungi kepekatan alkohol yang tinggi berbanding liquor.
Kurangkan tekanan
Pada masa kini, ramai orang menghadapi tekanan yan disebabkan oleh tekanan kerja, penyakit, keluarga, hubungan, dan sebagainya. Tekanan akan menyumbang secara besar-besaran terhadap kewujudan hipertensi. Untuk mengelakkan tekanan, anda hanya perlu menukar beberapa gaya hidup anda seperti senaman yang teratur, cukup tidur, berlatih bernafas secara lebih dalam dan jauhkan diri daripada sebarang kemarahan. Kurangkan tekanan sebanyak yang anda boleh.
Uji tekanan darah anda dengan kerap
Anda tidak perlu datang ke hospital untuk mengambil ujian untuk mengetahui tahap tekanan darah anda, anda boleh membeli alat pemantau yang boleh digunakan di rumah. Anda dinasihatkan untuk membuat ujian tekanan darah sebanyak dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan pada waktu malam. Sebelum anda membuat ujian, anda tidak boleh merokok, minum kopi, menggunakan titisan mata atau mana-mana aktiviti fizikal yang berat bagi mendapatkan hasil yang tepat.
Secara keseluruhannya, prehipertensi tidak akan menjadi hipertensi jika anda tahu cara untuk mengubah tabiat yang kurang sesuai dengan mengikuti langkah-langkah asas di atas.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen