Ingin kurus tetapi perlu ke skip lunch atau ada menu makanan diet tengah hari yang sesuai? Usah gusar, Hello Doktor boleh membantu anda.
Teruskan membaca artikel ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.
Makanan tengahari diet
Pelan pemakanan yang membantu menguruskan berat badan melibatkan pelbagai makanan sihat. Tambahkan pelbagai warna pada pinggan dan anggap ia seolah-olah anda sedang ‘memakan pelangi’.
Sayuran hijau gelap, berdaun, oren dan tomato, bahkan herba segar – sarat dengan vitamin, serat dan mineral.
Pemakanan yang sihat adalah:
- Menekankan pengambilan buah-buahan, sayuran, bijirin penuh dan susu serta produk susu tanpa lemak atau rendah lemak
- Memasukkan pelbagai makanan protein seperti makanan laut, daging tanpa lemak dan ayam, telur, kacang seperti kacang pis, produk soya, kekacang dan bijian
- Rendah lemak tepu, lemak trans, kolesterol, garam dan gula tambahan
- Kekal dalam keperluan kalori harian
Menu makanan diet tengah hari
Makanan tengah hari seimbang termasuk sayuran, sumber protein tanpa lemak dan makanan lain yang meningkatkan tahap kesihatan boleh membantu mengurangkan berat.
Ini 5 makanan tengahari diet sihat untuk turunkan berat:
Tuna-stuffed avocado
Bahan-bahan:
- ½ cawan yogurt Greek kosong tanpa lemak
- ½ cawan saderi – dipotong dadu
- 2 sudu besar parsli – dicincang
- 1 sudu besar jus limau nipis
- 2 sudu teh mayones
- 1 sudu teh mustard Dijon
- ⅛ sudu teh garam
- ⅛ sudu teh lada hitam – dikisar
- 5 auns tuna dalam tin – ditoskan air
- 2 biji avokado
- Daun kucai – dicincang untuk hiasan
Cara-cara penyediaan makanan tengahari diet:
- Satukan yogurt, saderi, parsli, jus limau nipis, mayones, mustard, garam dan lada dalam mangkuk – gaul sebati. Masukkan tuna dan gaul rata.
- Belah avokado kepada 2 – potongan memanjang dan keluarkan bijinya.
- Senduk kira-kira 1 sudu besar isi avokado daripada setiap belahan dan masukkan ke dalam mangkuk kecil. Lenyekkan isi buah tersebut dengan garpu dan campurkan ke dalam campuran tuna.
- Isi setiap separuh avokado dengan campuran tuna.
- Hiaskan dengan daun kucai dan sedia untuk dimakan.
Tortilla wrap, menu makanan diet tengah hari
Bahan-bahan:
- Isi ayam – dipotong kecil
- Tomato ceri – dibelah kepada 2
- 2 biji bawang merah kecil – dipotong dadu
- 2 keping daun salad
- 1 sudu kecil mayones
- Chili flakes
- Lada hitam
- Garam
Cara-cara penyediaan:
- Perisakan isi ayam dengan lada hitam dan garam. Kemudian, panggang dalam kuali.
- Gaul ayam yang telah dipanggang bersama mayones, tomato ceri, bawang merah, daun salad dan chili flakes.
- Letakkan atas wrap dan balutkan.
- Panaskan atas kuali untuk seketika dan sedia untuk dinikmati.
Baca juga: