home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Nak Tambah Otot, Patut Makan Telur Mentah Atau Telur Rebus? Mana Lebih Berkhasiat?

Nak Tambah Otot, Patut Makan Telur Mentah Atau Telur Rebus? Mana Lebih Berkhasiat?

Telur merupakan makanan yang versatil dan boleh dihidangkan dengan pelbagai cara. Tanpa telur, tidak kiralah telur rebus atau goreng, makan nasi pun rasa tidak lengkap!

Makanan yang menjadi kegemaran ramai ini juga merupakan satu bahan penting di dalam hidangan melayu.

Contohnya, telur rebus selalunya dipotong kecil dan dimakan bersama nasi lemak. Laksa jika dimakan tanpa telur rebus juga rasa kosong dan tidak lengkap.

Telur goreng pula menjadi kegemaran rakyat Malaysia sebagai lauk tengah hari. Selain itu, telur separuh masak juga dimakan sebagai sarapan pagi dan kadangkala sebelum tidur sebagai makan malam ataupun supper.

Nampak tak betapa rakyat Malaysia suka makan telur! Makanan bersaiz kecil namun penuh nutrisi ini sebenarnya mempunyai banyak kebaikan.

Anda nak tahu lebih lanjut? Jom baca kupasan kami di bawah.

Telur makanan yang sihat dan menyelerakan

kebaikan telur

Telur merupakan salah satu makanan yang sihat dan boleh menjadi sumber protein yang baik.

Selain itu, sebiji telur juga mempunyai pelbagai vitamin seperti vitamin A, B2, B12 dan D serta mineral seperti folat dan iodin.

Tahukah anda, berapa banyak telur yang anda boleh makan sehari? Tidak ada sebarang rekomendasi mengenai jumlah maksima telur yang boleh dimakan.

Malah, ada kajian yang membuktikan bahawa anda boleh makan 7 biji telur seminggu tanpa mengalami apa-apa peningkatan risiko sakit jantung!

Namun, anda perlulah masak telur tersebut dengan betul.

Sebagai contoh, anda boleh rebus telur tersebut ataupun buat telur hancur tanpa sebarang garam. Untuk pengetahuan anda, telur yang digoreng mempunyai 50% lebih lemak daripada asal.

Jika anda merupakan pengguna tegar media sosial dan rajin bersenam di gimnasium, anda pasti pernah mendengar mengenai kebaikan memakan telur mentah.

Menurut mereka, telur mentah boleh bantu ahli bina badan untuk membina lebih banyak otot.

Oleh sebab itu, ada yang menambah sebutir dua telur mentah ke dalam minuman ataupun smoothies, sebagai booster yang boleh bantu mereka membina lebih banyak otot dalam masa yang singkat.

Namun, adakah semua kenyataan ini benar? Adakah telur mentah lebih baik daripada telur rebus?

Selamatkah makan telur mentah?

telur rebus

Sebelum kami mengupas lebih lanjut mengenai kebaikan telur mentah, satu soalan yang sering ditanya oleh orang ramai ialah selamatkah jika memilih untuk makan telur mentah?

Jawapannya ialah ya. Telur mentah selamat dimakan jika anda tahu dan faham mengenai risikonya. Setiap telur mempunyai risiko yang rendah untuk mengandungi sejenis bakteria yang dikenali sebagai salmonella.

Risiko ini ada pada semua telur tidak kiralah apa jua gred ataupun tempat asal telur tersebut.

Walau bagaimanapun, disebabkan oleh peningkatan dalam kawalan keselamatan makanan kini, semua orang boleh memakan telur ayam mentah tanpa perlu risau mengenai salmonella.

Jika anda pilih untuk makan telur mentah, pastikan anda:

  1. Simpan telur tersebut di dalam kawasan yang sejuk dan kering seperti di dalam peti ais.
  2. Cuci dan lap tempat memasak dengan baik dan basuh tangan anda sebelum memegang telur.
  3. Pastikan anda tidak makan telur yang sudah melepasi tarikh akhir
  4. Jangan makan telur yang pecah atau retak

Masak atau rebus telur merupakan cara yang terbaik dan paling selamat jika anda masih risau tentang keracunan makanan.

Telur yang dimasak mempunyai kandungan protein yang lebih baik

telur rebus

Jika anda inginkan badan yang berotot, anda sebenarnya boleh makan telur rebus. Malah, telur rebus sebenarnya mempunyai lebih banyak protein berbanding telur mentah!

Makan atau minum telur mentah tidak mempunyai sebarang kebaikan tambahan berbanding telur rebus atau telur separuh masak.

Proses memasak telur membantu untuk menguraikan protein supaya ia lebih mudah untuk dicerna dan diserap oleh badan.

Tambah lagi, protein dalam telur mentah hanya diserap sebanyak 50-60% sahaja berbanding 90% protein yang terdapat dalam telur rebus.

Bukan itu sahaja, telur mempunyai sejenis vitamin larut air yang bagus untuk pertumbuhan rambut dan kuku.

Manfaat ini tidak dapat dinikmati oleh mereka yang makan telur mentah kerana wujudnya sejenis protein yang bernama avidin.

Avidin dalam telur mentah akan mengelakkan biotin daripada diserap sepenuhnya oleh badan. Telur yang dimasak tidak mempunyai avidin kerana protein ini telah terurai selepas dimasak.

Jadi, bolehkah anda makan telur mentah?

Kesimpulannya, telur mentah selamat untuk dimakan. Walau bagaimapaun, ada beberapa sebab anda mungkin tidak perlukannya.

Telur mentah mempunyai nutrisi yang sama dengan telur yang telah dimasak. Namun, nutrisi ini tidak dapat diserap oleh badan sebaik nutrisi yang terkandung di dalam telur rebus.

Kanak-kanak, wanita mengandung dan mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah dinasihatkan untuk mengelak daripada makan telur mentah.

Penyakit yang disebabkan oleh bakteria salmonella boleh membawa maut. Mereka yang terkena keracunan makanan akibat salmonella selalunya akan mengalami simptom seperti cirit-birit, muntah, demam dan sakit perut.

Selalunya, simptom akan muncul 6 jam setelah individu tersebut terdedah dengan makanan yang mengandungi bakteria ini. Malah, penyakit ini boleh berlarutan selama 4 -7 hari.

Pastikan anda berjumpa dengan doktor jika mengalami cirit-birit selama 2 hari ataupun lebih.

Mereka yang jatuh sakit akibat salmonella mungkin akan alami simptom berkali-kali sehari dan akhirnya perlu dimasukkan ke hospital.

health-tool-icon

Kalkulator BMR

Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Australian Eggs. n.d. CAN YOU EAT RAW EGGS? Accessed November 5, 2020. https://www.australianeggs.org.au/facts-and-tips/eating-raw-eggs/.
  2. CDC. 2020. Salmonella and Eggs. July 21. Accessed November 5, 2020. https://www.cdc.gov/foodsafety/communication/salmonella-and-eggs.html.
  3. Mayo Clinic. 2020. Eggs: Are they good or bad for my cholesterol? January 9. Accessed November 5, 2020. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-cholesterol/expert-answers/cholesterol/faq-20058468.
  4. NHS. 2018. The healthy way to eat eggs. January 16. Accessed November 5, 2020. https://www.nhs.uk/live-well/eat-well/eggs-nutrition/.
  5. Shine 365. 2018. Smashing egg myths: Raw eggs build more muscle. August 10. Accessed November 5, 2020. https://shine365.marshfieldclinic.org/wellness/raw-eggs/.
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Fatin Zahra Disemak pada 27/11/2020
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x