#4. Memberikan kulit yang cantik
Sifat bawang putih yang antibakteria serta antioksidan ini bukan sahaja boleh membunuh bakteria penyebab keracunan makanan, malahan bakteria punca jerawat juga.
Oleh itu, anda mungkin boleh guna ia dengan meletakkan pada kawasan jerawat pada kulit. Namun sila berhati-hati kerana ia boleh merengsakan kulit jika digunakan secara berlebihan.
#5. Bermanfaat untuk kemampuan seksual lelaki
Mungkin ramai yang sudah tahu bahawa pengambilan bawang putih memang bagus untuk kesihatan seksual buat insan yang bergelar lelaki.
Namun, untuk wanita masih belum ditemukan kesahihannya.
Ia boleh membantu melancarkan perjalanan darah dalam tubuh badan termasuklah pada zakar. Jadi, ia tentu sahaja sangat penting dalam usaha mengelakkan masalah mati pucuk dan libido rendah.
Adakah terdapat manfaat bawang putih untuk wanita?

Baiklah, sekarang kita sudah tahu bahawa sayuran ini memang mempunyai banyak kelebihannya terhadap kesihatan tubuh badan serta kemampuan seksual lelaki.
Namun bagaimana pula dengan dakwaan yang mengatakan ia mampu meningkatkan libido wanita?
Jawapannya adalah ya, ada kemungkinan bahawa ia juga boleh terjadi.
Ini kerana bawang putih adalah salah satu daripada makanan yang mempunyai efek afrodisiak – bagus untuk kesihatan seksual individu tidak kira lelaki atau wanita.
Selain itu, ia juga kaya dengan kandungan estrogen yang sangat penting dalam membina libido seorang wanita. Jadi, bawang putih berpotensi tinggi meningkatkan libido seorang wanita!
Dalam erti kata yang lebih mudah, memang wujud manfaat bawang putih untuk wanita. Namun, kajian lanjutan masih perlu dijalankan untuk benar-benar tahu kesahihannya.