Kimchi ialah sejenis lauk Korea yang ditapai dan mesra probiotik. Ini bermakna ia boleh membantu bakteria baik dalam usus untuk pencernaan yang lebih lancar. Hidangan ini lazimnya dibuat dengan kubis.
Tahukah anda makanan yang menjadi kegilaan ramai ini mengandungi vitamin C dan karotena yang boleh meningkatkan imun badan? Mengejutkan, bukan?
Hidangan kimchi dan tauhu sangat sesuai jika digabungkan dengan mee segera berperisa pedas, tetapi anda boleh menggantikan paket perisa dengan bahan asli yang lebih sedap!
Cara penyediaan:
- Rebuskan mi segera dan buangkan paket perisa yang sedia ada.
- Hiriskan tauhu menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan ke dalam sup.
- Masukkan bawang putih, minyak bijan dan flek cili mengikut kesukaan anda. Sayur-sayuran seperti lobak merah juga elok ditambahkan ke dalam resipi ini.
- Jika anda ingin menaikkan lagi perisa resipi mee segera ini, tambahkan sedikit jus kimchi ke dalam masakan untuk rasa yang lebih enak!
Sedikit tip untuk anda, tunggu sehingga mi selesai dimasak dan sejukkan dahulu sebelum mencampurkan kimchi.
Hal ini kerana kimchi ialah sejenis makanan probiotik, di mana air yang mendidih akan membunuh bakteria mesra usus dalam kimchi anda.
3. Gabungan telur rebus dan brokoli yang meliurkan!
Peminat mee segera pasti tahu hidangan selalunya lebih baik dengan telur kan? Apa kata kali ini cuba dengan telur rebus pula!
Anda boleh menyediakan hidangan dengan telur rebus sahaja atau memerap telur dengan tamari untuk perisa tambahan yang lagi mantap!
Tamari adalah kicap buatan Jepun yang bebas gluten, kurang masin dan mempunyai rasa tersendiri yang kuat.
Walau apa pun, anda akan mendapat vitamin B daripada telur yang penting untuk sistem saraf.
Rasa tertekan dan gelisah? Hidangan ini terbaik bagi anda kerana brokoli mengandungi jumlah vitamin C yang tinggi, boleh membantu kita mengatasi tekanan dan kegelisahan.
Cara penyediaan:
- Didihkan air di dalam periuk kecil dan masukkan telur. Dua biji telur sekurang-kurangnya memerlukan masa selama lima minit.
- Jika tidak mahu diasingkan, pecahkan telur dan tambahkan ke dalam mee segera anda. Mengacau kuning telur juga boleh memekatkan kuah hidangan tersebut.
- Masukkan separuh sahaja paket perisa dan brokoli. Brokoli tidak perlu dimasak sehingga lembut kerana kerangupannya akan memberi tekstur lain kepada hidangan anda.
Selain merebus telur untuk resepi ini, anda juga boleh menyediakan beberapa biji telur rebus tambahan untuk dijadikan snek sepanjang minggu. Letakkan ia di dalam bekas kedap udara dan simpan selama dua hingga empat hari di dalam peti sejuk.
Resepi mee segera takkan berakhir!
Terdapat banyak lagi cara untuk anda menikmati mee segera tanpa rasa bersalah dari segi nutrisi. Pilihlah bahan-bahan segar dan tidak diproses untuk menambahkan rasa dalam hidangan anda.
Jangan lupa untuk cuba resipi di atas! Kalau sedap, kongsikanlah dengan ahli keluarga dan rakan-rakan anda. Hidangan sedap dan berkhasiat haruslah dikongsi ramai ya!