backup og meta

Ambil Suplemen Sebelum 'Workout' Untuk Tingkat Tenaga, Berkesan Ke?

Ambil Suplemen Sebelum 'Workout' Untuk Tingkat Tenaga, Berkesan Ke?

Bagi mereka yang gemar ke gim, pastinya anda mempunyai rutin pengambilan suplemen seperti suplemen otot sebelum memulakan sesi senaman anda. Namun adakah anda tahu kebaikan dan keburukan suplemen ini?

Adakah ia benar-benar berkesan sebelum senaman anda?

Apakah yang dimaksudkan dengan suplemen sebelum senaman?

Suplemen sebelum senaman biasa disebut sebagai ‘pre-workouts’. Ia merupakan sejenis makanan tambahan atau formula pemakanan yang mempunyai gabungan beberapa bahan.

Ia direka khas untuk meningkatkan tenaga dan juga prestasi anda ketika bersenam.

Biasanya, ia dijual dalam bentuk serbuk dan anda perlu mencampurkannya dengan air terlebih dahulu sebelum diminum.

Ia diminum sebelum seseorang itu memulakan aktiviti senaman atau workout mereka.

Antara contoh suplemen ini ialah seperti suplemen otot. Setiap pengeluar produk suplemen mempunyai formula khas mereka yang tersendiri.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa bahan yang biasa digunakan oleh setiap pengeluar dalam formula suplemen mereka, antaranya seperti asid amino, kafein, kreatin dan beta-alanine.

Kebaikan dan keburukan suplemen: Bahan yang digunakan dalam suplemen

Bersenam untuk sihatkan tubuh badan.
Bersenam untuk sihatkan tubuh badan.

Kebaikan dan keburukan suplemen itu bergantung kepada bahan yang terkandung di dalamnya. Antara jenis bahan yang sering terdapat dalam suplemen-suplemen senaman ini ialah:

#1. Kafein

Kafein sering digunakan dalam makanan tambahan atau suplemen sebelum bersenam untuk meningkatkan tenaga dan fokus.

Perangsang ini boleh meningkatkan kewaspadaan mental, ingatan dan prestasi senaman, serta membantu mengurangkan lemak badan.

Namun, pengambilan berlebihan bahan ini boleh menyebabkan kesan sampingan seperti peningkatan tekanan darah, gangguan tidur dan tekanan.

Perlu diingat, satu hidangan suplemen ini berkemungkinan mengandungi kafein yang menyamai satu atau dua cawan kopi.

Oleh itu, anda mungkin terambil sumber kafein yang berlebihan pada hari tersebut. 

#2. L-Arginine

L-arginine adalah salah satu daripada asid amino yang diperlukan untuk proses sintesis protein.

L-arginine juga penting untuk penghasilan oksida nitrik, iaitu sebatian yang melegakan saluran darah anda untuk aliran darah dan pertukaran oksigen yang lebih baik.

Walau bagaimanapun, hanya terdapat sedikit bukti saintifik untuk menyokong dakwaan bahawa makanan tambahan ini boleh meningkatkan prestasi ketika bersenam.

#3. Taurin

Taurin merupakan salah satu asid amino yang paling banyak terdapat dalam otak, otot, dan tisu organ.

Ia berfungsi sebagai neurotransmiter, menstabilkan membran sel dan mengawal pengangkutan nutrien ke seluruh badan.

Walaupun taurin adalah penting untuk mengekalkan fungsi metabolik, namun terdapat bukti yang bercanggah tentang peranan suplemen ini dalam meningkatkan prestasi senaman.

Menurut penyelidikan yang diterbitkan dalam Journal of Strength and Conditioning, penggunaan gabungan taurin dan kafein sebenarnya boleh mempercepatkan keletihan otot, dan bukan melambatkannya,

Kebaikan dan keburukan suplemen: Adakah suplemen sebelum bersenam ini benar-benar berkesan?

Senaman berintensiti tinggi seperti angkat berat.
Senaman berintensiti tinggi seperti angkat berat.

Untuk makluman anda, makanan tambahan prasenaman meningkatkan prestasi senaman anda hanya dengan mendedahkan anda kepada tahap kafein yang tinggi.

Tiada bukti yang benar-benar jelas bahawa penggunaan gabungan bahan-bahan seperti di atas akan meningkatkan prestasi senaman dengan cara memperbaiki fizikal atau kesihatan anda.

Di samping itu, penyelidikan menunjukkan bahawa produk tersebut bukan sahaja kekurangan bukti saintifik, tetapi juga boleh menyebabkan risiko kesihatan.

Risiko ini menjadi lebih tinggi bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi, masalah irama jantung, diabetes, atau pradiabetes.

Dalam aspek prestasi senaman, kajian menyatakan bahawa suplemen sebelum senaman boleh meningkatkan aliran darah dalam otot, namun hanya ketika anda melakukan senaman berintensiti tinggi sahaja.

Tidak terdapat bukti suplemen sebelum senaman ini boleh memperbaiki komposisi atau kekuatan tubuh.

Sesetengah suplemen yang mengandungi amino asid berangkai didapati boleh meningkatkan proses pemulihan.

Namun, masih tidak jelas sama ada ia juga boleh meningkatkan prestasi senaman atau membina otot anda.

Kesimpulan

Kini anda telah tahu berkenaan kebaikan dan keburukan suplemen berdasarkan kandungan bahan-bahan di dalamnya.

Tip

Tidak dinafikan bahawa suplemen sebelum senaman ini mempunyai kebaikannya yang tersendiri.

Namun, secara umumnya, ia mungkin tidak meningkatkan prestasi senaman anda seperti yang anda jangkakan. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Cappelletti, S., Piacentino, D., Sani, G., & Aromatario, M. (2015). Caffeine: cognitive and physical performance enhancer or psychoactive drug?. Current neuropharmacology, 13(1), 71–88. https://doi.org/10.2174/1570159X13666141210215655. Accessed on January 1, 2022.

Kreider, R. B., Kalman, D. S., Antonio, J., Ziegenfuss, T. N., Wildman, R., Collins, R., Candow, D. G., Kleiner, S. M., Almada, A. L., & Lopez, H. L. (2017). International Society of Sports Nutrition position stand: safety and efficacy of creatine supplementation in exercise, sport, and medicine. Journal of the International Society of Sports Nutrition, 14, 18. https://doi.org/10.1186/s12970-017-0173-z. Accessed on January 1, 2022.

Trexler, E. T., Smith-Ryan, A. E., Stout, J. R., Hoffman, J. R., Wilborn, C. D., Sale, C., Kreider, R. B., Jäger, R., Earnest, C. P., Bannock, L., Campbell, B., Kalman, D., Ziegenfuss, T. N., & Antonio, J. (2015). International society of sports nutrition position stand: Beta-Alanine. Journal of the International Society of Sports Nutrition, 12, 30. https://doi.org/10.1186/s12970-015-0090-y. Accessed on January 1, 2022.

Cholewa, J.M., Wyszczelska-Rokiel, M., Głowacki, R., Jakubowski, H., Matthews, T.D., Wood, R.J., Craig, S.A., & Paolone, V.J. (2013). Effects of betaine on body composition, performance, and homocysteine thiolactone. Journal of the International Society of Sports Nutrition, 10, 39 – 39. Accessed on January 1, 2022.

Jeffries, O., Hill, J., Patterson, S. D., & Waldron, M. (2020). Energy Drink Doses of Caffeine and Taurine Have a Null or Negative Effect on Sprint Performance. Journal of strength and conditioning research, 34(12), 3475–3481. https://doi.org/10.1519/JSC.0000000000002299. Accessed on January 1, 2022.

Does Taking a Pre-workout Actually Work?. https://health.clevelandclinic.org/does-taking-a-pre-workout-actually-work/. Accessed on January 1, 2022.

Versi Terbaru

28/10/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Siapa Kata Pesakit Osteoporosis Tak Boleh Bersenam? Ini Senaman Sesuai Untuk Orang Sakit Tulang!

Peringatan! Tak Boleh Lakukan Senaman Berat Selepas Vaksin COVID-19, Ini Sebabnya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 6 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan