backup og meta

Tip Mudah Untuk Mengawal Tekanan Darah Tinggi Anda, No. 5 Ramai Tak Tahu Lagi!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada 09/02/2024

    Tip Mudah Untuk Mengawal Tekanan Darah Tinggi Anda, No. 5 Ramai Tak Tahu Lagi!

    Kebanyakan pesakit hipertensi atau tekanan darah tinggi kebiasaannya merawat masalah kesihatan mereka dengan mengambil ubat-ubatan. Namun begitu, tahukah anda sebenarnya terdapat cara kurangkan darah tinggi secara semula jadi yang boleh anda cuba.

    Ya, ia wujud! Dengan mengamalkan 6 petua turunkan darah tinggi cara tradisional ini, anda tidak perlu lagi bergantung dengan ubat-ubatan dari doktor dan farmasi kerana ubat tersebut boleh meninggalkan kesan sampingan kepada anda.

    Kesan sampingan ubat hipertensi boleh menyebabkan anda sakit dada, keletihan, pening kepala, muntah, loya dan sebagainya.

    Jadi, usah bimbang lagi! Teruskan membaca artikel ini kerana kami akan kongsikan kepada anda tanda-tanda darah tinggi dan cara mengatasinya secara semula jadi.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.

    Apa tanda-tanda tekanan darah tinggi?

    Ramai individu terutamanya golongan muda sering menganggap bahawa masalah tekanan darah tinggi merupakan suatu hal yang biasa. Hakikatnya, penyakit ini boleh membawa maut sekiranya ia tidak dirawat dengan segera.

    Malah, ada juga di antara mereka yang tidak menyedari bahawa diri mereka menghidap hipertensi. Jadi, adalah amat penting untuk anda mengenal pasti tanda-tanda tekanan darah tinggi supaya ia boleh dirawat dengan segera.

    Berikut merupakan tanda-tanda lazim tekanan darah tinggi:

  • Sakit kepala
  • Jantung berdebar-debar
  • Hidung berdarah
  • Pun begitu, hipertensi juga dikenali sebagai ‘pembunuh secara senyap’ kerana kadangkala ia juga tidak menunjukkan sebarang simptom seperti yang dinyatakan di atas.

    Menurut World Health Organization, kira-kira 46% orang dewasa yang menghidap hipertensi tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya menghidap penyakit tersebut.

    Jadi, anda dinasihatkan untuk kerap membuat pemeriksaan darah tinggi di hospital atau klinik yang berdekatan bagi mengenal pasti tahap kesihatan anda.

    bacaan tekanan darah
    Cara membaca tekanan darah.

    Bagaimana cara kurangkan darah tinggi di rumah?

    Tekanan darah tinggi sememangnya boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok sekiranya ia tidak dikawal dengan segera.

    Berita baiknya, ada beberapa petua turunkan darah tinggi cara tradisional yang anda boleh cuba tanpa menggunakan ubat-ubatan.

    Sudah semestinya, perubahan gaya hidup memainkan peranan penting untuk merawat masalah tekanan darah tinggi anda.

    Mengawal hipertensi dengan gaya hidup sihat mungkin dapat menghalang, melambatkan atau mengurangkan kebergantungan anda terhadap ubat-ubatan hipertensi.

    Berikut adalah 6 perubahan gaya hidup sihat yang boleh menurunkan tekanan darah tinggi anda:

    #1. Kurangkan garam dalam pemakanan, antara cara kurangkan darah tinggi

    punca tekanan darah tinggi
    Penyebab tekanan darah tinggi.

    Mengurangkan pengambilan garam merupakan salah satu cara turunkan darah tinggi dengan cepat. Pengambilan garam yang berlebihan akan meningkatkan cecair dalam saluran darah anda dan menyebabkan tekanan darah anda juga menjadi lebih tinggi.

    Jadi, elakkan daripada banyak mengambil makanan yang masin seperti ikan masin dan ikan jeruk.

    Anda disyorkan untuk tidak mengambil lebih daripada 1,500 mg (kira-kira satu sudu teh) garam setiap hari. Ini dapat menurunkan tekanan darah anda sebanyak 5 – 6 mm Hg.

    #2. Tambah potassium dalam diet, sebagai cara turunkan darah tinggi dengan cepat

    Potassium dapat turunkan darah tinggi dengan cepat kerana ia membantu buah pinggang anda untuk menyingkirkan kandungan garam (natrium) yang berlebihan.

    Berikut merupakan beberapa jenis makanan yang kaya dengan kandungan potassium:

    Cara kurangkan darah tinggi yang mudah #3. Kekalkan berat badan yang sihat

    Berat badan yang berlebihan akan menyebabkan tekanan darah anda menjadi tinggi. Bahkan, masalah obesiti juga akan menyebabkan pernafasan anda terganggu semasa tidur (sleep apnea).

    Penurunan berat badan merupakan salah satu cara kurangkan darah tinggi yang paling berkesan untuk mengawal tekanan darah anda walaupun anda hanya menurunkan berat badan yang sedikit.

    #4. Cara kurangkan darah tinggi dengan banyakkan bersenam

    cara turunkan darah tinggi
    Kebaikan senaman aerobik.

    Senaman aerobik sangat berkesan dan dapat membantu mengawal tekanan darah anda. Ini kerana, ia memaksa saluran darah anda mengembang dan mengecut, sekali gus menjadikannya lebih fleksibel.

    Dengan bersenam juga, anda dapat meningkatkan aliran darah dan menggalakkan penciptaan saluran darah baru.

    Kajian telah menunjukkan bahawa anda boleh menurunkan tekanan darah sebanyak 5 hingga 8 mm Hg sekiranya anda melakukan senaman aerobik selama 150 minit dalam seminggu.

    #5. Minuman jus sebagai petua turunkan darah tinggi cara tradisional

    Minuman turunkan darah tinggi seperti jus buah-buahan dan sayur-sayuran juga dapat mengurangkan tekanan darah anda. Berikut merupakan jenis jus yang anda boleh cuba dan khasiatnya:

    • Jus epal – Menyihatkan jantung, membantu mengurangkan kolesterol dan keradangan dalam saluran darah
    • Jus delima – Mengandungi banyak nutrien yang tinggi dengan serat, antioksidan dan kalium
    • Jus bit – Kaya dengan nitrat yang membantu melebarkan dan mengendurkan saluran darah

    #6. Elakkan minum minuman berkafein

    Kafein boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah anda dalam waktu yang singkat walaupun anda tidak mempunyai tekanan darah tinggi.

    Ini kerana, kafein menyebabkan kelenjar adrenal anda mengeluarkan lebih banyak adrenalin yang mengakibatkan tekanan darah anda meningkat secara tiba-tiba.

    Gantikan pengambilan kopi, teh atau minuman tenaga anda dengan air kosong kerana ia dapat membantu untuk menormalkan tekanan darah dan mengelakkan anda daripada mengalami dehidrasi.

    Konklusinya, masih belum terlambat untuk anda mencegah masalah hipertensi ini daripada berlarutan. Mulakan dengan mengamalkan cara kurangkan darah tinggi di atas secara konsisten supaya tekanan darah anda dapat dikawal.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada 09/02/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan