Ini kerana untuk melakukan senaman cakar rimau, individu itu tidak perlu banyak bergerak, jadi hanya mengeluarkan sedikit sahaja peluh. Dalam pada itu, anda boleh melakukannya sambil duduk.
Di bawah adalah tatacara untuk lelaki melakukan senaman harimau, mengikut turutan yang betul:
- Duduk di dalam posisi bersila.
- Julurkan sebelah kaki dan tangan yang sama ke hadapan.
- Tarik nafas dengan dalam dan perlahan.
- Pusingkan badan ke arah bertentangan dengan kaki dan tangan yang terjulur.
- Tahan posisi ini dengan kaki dan tangan tadi terjulur sejauh yang mungkin.
- Hembus nafas dengan tenang dan perlahan.
- Ulang turutan di atas dengan beralih ke kaki dan tangan sebelah lain pula.
Senang sahaja bukan? Apa yang lebih menarik adalah senaman harimau tidak memakan terlalu banyak usaha dan masa untuk dilakukan. Ia boleh dijayakan ketika anda sedang duduk-duduk sahaja di rumah.
Dalam pada itu, ada juga variasi senaman tradisional lain yang dipercayai mampu mendatangkan manfaat sama. Contohnya senaman padi bukit, nafas pertapa, rentak urutan, tarik sepadan, tepis jengking, lenjang gajah, matahari naik dan lain-lain yang mungkin juga bagus.

Benarkah senaman ini amat bagus untuk lelaki?
Seperti mana ayat di dalam tajuk artikel, senaman cakar harimau ini dipercayai amat bagus untuk lelaki terutama mereka yang sedang menghadapi masalah dengan alat sulit dan tenaga batin.
Sebenarnya, kita semua kena tahu setiap jenis senaman itu akan menyihatkan tubuh badan dalam segenap aspek kehidupan, bukan pada seksualiti sahaja. Jadi, kami boleh katakan ini senaman yang bagus.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen