backup og meta

Apa Kata Tukar Selera Makan Beras Perang? Ada 8 Khasiat Yang Ramai Tak Tahu

Apa Kata Tukar Selera Makan Beras Perang? Ada 8 Khasiat Yang Ramai Tak Tahu

Ruji di Malaysia adalah beras putih biasa. Tetapi hakikatnya kebaikan beras perang menawarkan pelbagai faedah kesihatan yang baik untuk badan. Jom ketahui lebih lanjut tentangnya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

Kebaikan beras perang vs beras putih

Beras perang adalah bijirin penuh, yang bermaksud ia mengandungi tiga bahagian kernel bijirin:

  • lapisan luar dipenuhi serat dipanggil bran
  • bahagian tengah kaya dengan nutrien dipanggil sebagai germ
  • lapisan tengah berkanji  dipanggil endosperm.

Beras putih adalah bijirin halus, yang bermaksud bahagian bran dan germ telah dikeluarkan, meninggalkan hanya endospora. Proses ini telah menghilangkan banyak serat dan nutrien.

Sesetengah nutrien ini termasuklah vitamin B dan zat besi – ditambah kembali untuk “memperkayakan” nasi putih, tetapi serat tidak ditambah kembali, menurut American Heart Association (AHA).

kebaikan beras perang

Kebaikan beras perang

Manfaat kesihatan beras perang sebahagian besarnya disebabkan ianya bijirin penuh.

Serat beras perang membantu merendahkan paras kolesterol, menggerakkan sisa melalui saluran penghadaman, menggalakkan kekenyangan dan boleh membantu mencegah pembentukan gumpalan darah.

Kebaikan beras perang adalah ia dianggap sebagai makanan rendah “indeks glisemik”. Indeks glisemik (GI) merujuk kepada seberapa cepat dan seberapa banyak makanan menaikkan gula darah seseorang selepas makan.

Penyelidikan sebelum ini menunjukkan terdapatnya hubungan antara diet GI yang tinggi dan diabetes jenis 2. Beberapa fitokimia dan mineral yang terdapat di dalam bijirin penuh mungkin dikaitkan dengan risiko kanser tertentu yang lebih rendah.

Menurut AHA, sebagai sebahagian daripada diet sihat secara keseluruhan, bijirin penuh boleh membantu memperbaiki tahap kolesterol, dan mengurangkan risiko penyakit jantung, strok dan diabetes jenis 2.

Baca juga:

Nutrien berikut didapati dalam bijirin penuh:

  • Vitamin B, terlibat dalam banyak fungsi biologi;
  • Folat (asid folat), vitamin B membantu badan membentuk sel-sel baharu dan boleh mencegah kecacatan kelahiran tertentu;
  • Zat besi, mineral digunakan oleh badan untuk membawa oksigen dalam darah;
  • Magnesium, mineral terlibat dalam lebih daripada 300 fungsi biologi;
  • Selenium, mineral melibatkan sistem imun dan mengawal kelenjar tiroid.

Beras perang bantu turunkan berat badan

Menggantikan bijirin yang lebih halus dengan beras ini boleh membantu anda menurunkan berat badan.

Bijirin halus seperti nasi putih, pasta putih dan roti putih kekurangan serat dan nutrien yang dimiliki oleh bijirin penuh seperti beras jenis ini.

Serat membantu anda berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama, oleh itu dengan memilih makanan yang kaya serat boleh membantu anda mengambil kalori yang lebih sedikit secara keseluruhan.

Malah, kajian menunjukkan bahawa individu yang makan lebih banyak bijirin penuh seperti beras perang mempunyai kurang berat badan berbanding daripada mereka yang makan bijirin penuh dengan kuantiti yang sedikit.

Faedah kesihatan umum 

Berikut manfaat lain yang boleh anda perolehi dengan pengambilan beras bijirin penuh ini:

  • Mengawal diabetes

Bermanfaat untuk pesakit kencing manis dan individu hiperglisemik.

Kebaikan beras perang untuk kencing manis adalah ia mempunyai indeks glisemik rendah yang membantu dalam mengurangkan luka insulin dan membantu dalam penstabilan paras gula dalam badan.

Persatuan Diabetes Amerika juga mengesyorkan memilih beras perang bagi pesakit kencing manis untuk memenuhi keperluan vitamin, serat dan mineral penting dalam diet mereka.

kebaikan beras perang

  • Aktiviti antioksidan

Beras ini kaya dengan antioksidan kuat melindungi daripada kerosakan disebabkan oleh radikal bebas oksigen.

Ia mengandungi enzim antioksidan penting disebut superoxide dismutase yang melindungi sel-sel daripada kerosakan oksidasi semasa pengeluaran tenaga.

  • Kebaikan beras perang – Mencegah obesiti

Berperanan penting dalam mengawal berat badan bagi individu memerangi obesiti. Ia mengandungi mangan membantu mensintesis lemak badan.

Ia juga meningkatkan aktiviti glutathione peroksidase, enzim antioksidan, membantu meningkatkan paras kolesterol HDL pada individu yang obesiti.

  • Kebaikan beras perang – Mengelakkan Alzheimer

Beras ini membantu dalam pencegahan komplikasi neurodegenerative seperti penyakit Alzheimer yang menyumbang kepada banyaknya asid gama-aminobutyric.

Ia mengandungi komponen membantu dalam perencatan enzim berbahaya yang dipanggil prolapi endopeptidase, dikaitkan dengan penyakit Alzheimer. Ia juga bermanfaat untuk gangguan otak lain seperti demensia dan amnesia.

  • Meningkatkan kesihatan jantung 

Beras ini kaya dengan selenium bermanfaat untuk jantung sihat.

Penggunaan bijirin penuh membantu mengurangkan penyumbatan arteri akibat pembentukan plak. Tindakan perlindungan ini mengurangkan risiko gangguan jantung seperti hipertensi tinggi dan penyakit vaskular. 

Kebaikan beras perang: Bebas gluten

kebaikan beras perang

Gluten adalah protein yang terdapat dalam bijirin seperti gandum, barli dan rai (rye).

Kini, ramai individu mengikuti diet bebas gluten untuk pelbagai sebab. Sesetengah individu alergi atau tidak toleran terhadap gluten dan mengalami tindak balas ringan dan teruk seperti sakit perut, cirit-birit, kembung dan muntah. 

Beras pilihan terbaik

Selain daripada faedah kesihatan, perkara terbaik beras ini adalah ianya makanan versatil. Anda boleh memakannya pada bila-bila masa dan memasukkannya ke dalam pelbagai resipi. 

Bijirin penuh kaya dengan khasiat ini bersesuaian dengan banyak ramuan dan boleh dinikmati semasa sarapan, makan tengah hari atau makan malam. Pilihlah alternatif beras jenis ini untuk pilihan sumber karbohidrat lebih baik dan lebih sihat.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 11 Impressive Benefits Of Brown Rice. https://www.organicfacts.net/health-benefits/cereal/brown-rice.html, Accessed May 31, 2018.
  2. White Rice vs. Brown Rice. https://nutritionfacts.org/2019/03/19/white-rice-vs-brown-rice/, Accessed May 31, 2018.
  3. FDA EXPANDS HEALTH CLAIM TO BROWN RICE. https://wholegrainscouncil.org/newsroom/press-releases/fda-expands-health-claim-brown-rice, Accessed May 31, 2018.
  4. Is Brown Rice Healthier Than White Rice? Absolutely. https://plantmedicines.org/is-brown-rice-really-better-than-white-rice-absolutely/, Accessed May 31, 2018.
  5. Brown Rice Benefits. https://www.healthhub.sg/live-healthy/193/brown_rice_paradise, Accessed Nov 20, 2022.

Versi Terbaru

20/11/2022

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Risau Nak Makan Nasi Sebab Ada Diabetes? Ini 2 Jenis Beras Yang Baik Untuk Kawal Gula Darah

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 20/11/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan