Pesakit diabetes tidak boleh mengambil sebarang makanan kerana ada makanan untuk kencing manis khas bagi tujuan mengawal kadar gula darah.
Bagi mereka yang baru sahaja didiagnosis dengan penyakit ini, mungkin anda juga sedang mencari contoh menu makanan untuk kencing manis agar pemakanan harian terkawal.
Jika anda sememangnya ingin mengetahui apakah menu diet diabetes seminggu, sila ikuti artikel ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.
Zat atau nutrisi yang mesti ada dalam menu makanan pesakit diabetes
Kelebihan diet diabetes
Menu diet diabetes seminggu dan senaman dapat membantu pesakit diabetes untuk:
Kekalkan tahap gula dalam darah dalam julat yang sihat.
Turunkan berat atau kekalkan berat badan.
Cegah komplikasi diabetes.
Rasa lebih cergas dan bertenaga.
Pengambilan jenis dan jumlah makanan oleh pesakit diabetes sememangnya perlu dikawal dan diberi perhatian. Ini kerana ia boleh mempengaruhi dan memberi kesan mendadak pada paras gula darah pesakit ini.
Namun, ia tidak bermakna mereka boleh mengabaikan sebarang pengambilan nutrisi penting untuk tubuh mereka.
Berikut adalah jenis dan amaun nutrisi yang perlu diambil oleh seorang pesakit diabetes dalam pemakanan mereka.
#1. Karbohidrat
Walaupun karbohidrat sering dikaitkan dengan peningkatan paras gula darah, namun ia mesti diambil oleh pesakit diabetes. Ini kerana karbo penting sebagai sumber tenaga utama bagi tubuh badan manusia.
Pengambilan karbohidrat bagi pesakit diabetes adalah antara 46 hingga 65% daripada pengambilan kalori keseluruhan harian.
Untuk jenis karbohidrat yang disarankan, pesakit diabetes digalakkan untuk mengambil makanan yang tinggi kandungan serat seperti beras perang dan pengambilannya mestilah tidak kurang daripada 130 gram setiap hari.
#2. Lemak
Bagi kandungan lemak, mereka yang menghidap diabetes disarankan untuk mengambil sebanyak 20 hingga 25% kandungannya daripada keseluruhan jumlah kalori yang diambil.
Elakkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak tepu dan lemak trans seperti daging yang berlemak untuk mencegah risiko penyakit lain seperti penyakit jantung.
#3. Protein
Pesakit diabetes juga perlu mengambil sumber protein bagi menyokong kesihatan sel-sel tubuh. Untuk pesakit diabetes, mereka memerlukan sebanyak 10 hingga 20% protein daripada keseluruhan jumlah kalori yang diambil.
Jenis makanan berprotein yang disarankan ialah seperti ikan, udang, daging tanpa lemak, produk tenusu rendah atau tanpa lemak atau kekacang seperti kacang soya.
#4. Garam
Garam berfungsi mengawal keseimbangan elektrolit selain menyokong fungsi saraf pada tubuh manusia.
Oleh sebab itu, anda mesti mengambil garam dalam makanan tetapi dengan jumlah yang terkawal. Jumlah pengambilan garam yang dicadangkan ialah tidak kurang daripada 2,000 miligram setiap hari.
#5. Serat
Pesakit diabetes digalakkan untuk mengambil jenis makanan yang tinggi dengan kandungan serat seperti beras perang selain daripada sumber buah-buahan, kekacang dan juga sayur-sayuran.
Mereka juga disarankan untuk mengambil sebanyak 20-35 gram serat setiap hari daripada pelbagai sumber makanan.
Makanan yang tinggi serat membantu pesakit diabetes untuk berasa kenyang dengan lebih lama.
Ini adalah contoh menu makanan untuk kencing manis
Kami berikan kepada anda 3 jenis menu diet diabetes seminggu yang berbeza dan merangkumi hidangan untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan juga makan malam.
Bagi penghidap diabetes yang mencari contoh menu makanan untuk diabetes, anda boleh mengikuti menu diet diabetes seminggu yang dicadangkan ini.
Tidak semestinya anda perlu ikut cara hidangan yang dicadangkan ini. Anda boleh mempelbagaikan resepi dan cara masakan mengikut kegemaran anda.
Tetapi pastikan anda mengawal segala penggunaan bahan-bahan sampingan lain dalam lauk anda seperti gula, minyak, garam dan buah yang tidak boleh dimakan oleh pesakit kencing manis.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen