backup og meta

Risau Nak Makan Nasi Sebab Ada Diabetes? Ini 2 Jenis Beras Yang Baik Untuk Kawal Gula Darah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 25/07/2023

    Risau Nak Makan Nasi Sebab Ada Diabetes? Ini 2 Jenis Beras Yang Baik Untuk Kawal Gula Darah

    Kita selalu melihat penghidap diabetes akan menitikberatkan soal pemilihan makanan. Bagaimana pula dengan beras? Adakah terdapat beras putih untuk diabetes? Atau golongan ini hanya boleh makan beras perang

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.

    Beras makanan ruji

    Sebagai makanan ruji, beras sentiasa menjadi hidangan pilihan dan digemari hampir kebanyakan individu di Malaysia. Ia boleh dibuat nasi lemak, nasi tomato dan pelbagai hidangan masakan lain.

    Kebanyakan individu memakan nasi sebagai sumber utama karbohidrat dan tenaga.

    Bagi sesetengah individu dengan masalah kesihatan, menikmati beras mungkin menjadi satu perkara yang membimbangkan kerana dikhuatiri memberikan kesan negatif terhadap kesihatan.

    Namun sebenarnya, pemilihan beras yang mempunyai kandungan indeks glisemik (GI) yang rendah, telah terbukti bukan punca penyakit kardiovaskular dan diabetes.

    Beras, selain berfungsi dalam membekalkan tenaga, ia juga mampu mencegah obesiti kerana ia tidak mengandungi lemak jahat dan kolesterol.

    Bahkan, kandungan sodium yang rendah membantu mengawal tekanan darah bagi penghidap penyakit darah tinggi.

    Di samping itu, beras turut menawarkan fungsi lain seperti dapat memperbaiki pergerakan usus, menstabilkan paras gula dalam darah dan memperlahankan proses penuaan.

    Beras juga merupakan antara sumber yang dapat membekalkan vitamin B1 yang penting kepada badan manusia.

    beras putih untuk diabetes

    Penghidap diabetes

    Mempunyai kencing manis pastinya akan membuatkan anda menjadi lebih berhati-hati dan berwaspada dalam aspek pengambilan makanan.

    Ini dilakukan bagi memastikan paras gula dalam darah akan sentiasa terkawal sekali gus menghindari risiko diabetes menjadi lebih kronik. Antara jenis makanan yang perlu dikawal pengambilannya adalah beras.

    Sesetengah penghidap diabetes akan memilih untuk menghindari beras.

    Tetapi, tentunya ini perkara yang sukar untuk dilakukan bagi individu yang kerap atau sudah terbiasa mengambil nasi setiap hari. 

    Usah bimbang! Sebenarnya, terdapat pilihan beras putih untuk diabetes yang sihat untuk individu yang menghidap kencing manis.

    Jadi sudah tiada kerisauan lagi untuk anda mengambil beras putih untuk diabates (nasi) sebagai makanan ruji harian anda, seperti biasa.

    Selain beras perang, boleh ke ambil beras putih untuk diabetes?

    Jenis beras untuk kencing manis merupakan satu perkara penting yang perlu diambil kira. Ini kerana sesetengah jenis beras mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah berbanding jenis beras lain.

    Keadaan ini dapat mengelakkan gangguan kepada faktor berat badan serta paras gula dalam darah anda.

    Baca juga:

    Terdapat dua jenis beras dengan indeks glisemik agak rendah dan selamat untuk diambil oleh individu yang menghidap diabetes, iaitu:

    #1. Beras Basmati

    Beras basmati salah satu jenis beras putih untuk diabetes yang paling sihat buat penghidap masalah kesihatan ini.

    Ia kerana beras basmati mempunyai indeks glisemik sekitar 43-60, termasuk dalam kategori indeks glisemik rendah hingga sederhana.

    Jadi, beras putih untuk diabetes jenis ini lebih selamat untuk membantu mengawal kadar gula dalam darah.

    Sekitar 100 gram beras basmati putih dimasak mengandungi 150 kalori, 3 gram protein dan 35 gram karbohidrat.

    Sementara itu, 100 gram beras basmati perang mengandungi 162 kalori, 1.5 gram lemak, 3.8 gram protein, 33.8 gram karbohidrat dan 3 gram serat.

    Kehadiran serat dalam makanan yang dimakan dapat menjadikan kadar gula darah anda lebih terkawal.

    #2. Beras perang

    Kajian dari Harvard Health Publishing menyatakan beras perang mengandungi indeks glisemik dalam jumlah 50, dikira sebagai kategori rendah. 

    beras putih untuk diabetes

    Oleh itu, beras putih untuk diabetes ini dianggap sebagai sejenis beras untuk kencing manis yang selamat diambil.

    Bukan sahaja indeks glisemik rendah, kandungan serat dalam beras perang juga agak banyak berbanding beras putih.

    Ini menjadikan beras perang sebagai makanan yang tidak akan mempengaruhi paras gula darah.

    Keadaan ini adalah kerana serat yang terkandung di dalamnya boleh menghalang pembebasan glukosa (gula) ke dalam darah.

    Kawal saiz hidangan jika ambil beras putih untuk diabetes

    Walaupun beras basmati dan beras perang boleh menjadi pilihan sihat beras untuk kencing manis, anda masih perlu beri perhatian kepada saiz hidangan.

    Ini kerana kedua-dua beras ini masih berada dalam kumpulan karbohidrat yang boleh menjejaskan tahap gula darah, walaupun tidak seburuk beras putih.

    Pertimbangkan juga bahagian makan makanan lain yang mengandungi karbohidrat, seperti roti, kentang, mi, pasta, dan lain-lain. Sekiranya telah makan nasi, anda harus menyingkirkan makanan lain yang mengandungi karbohidrat.

    Pastikan pengambilan beras dalam diet pemakanan harian anda diiringi oleh banyak sumber makanan sayuran dan protein tanpa tepung, seperti ikan, ayam, tofu, tempe, atau daging.

    Dalam masa yang sama, pastikan juga anda mengawal pengambilan gula tambahan serta makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. 

    Pilihlah produk makanan bebas kandungan gula atau gantikan pengambilan gula dengan pemanis khas untuk penghidap diabetes yang rendah kalori dan tidak mempunyai kandungan gula.

    beras putih untuk diabetes

    Kesimpulan 

    Sebagai individu yang mempunyai masalah kesihatan diabetes, anda tidak perlu menjadikan ia sebagai alasan untuk mengelak daripada menjadikan beras sebagai hidangan ruji harian.

    Perkara yang perlu dilakukan adalah untuk mengawal saiz hidangan beras yang diambil, melakukan senaman serta menjaga aspek kesihatan secara keseluruhan. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 25/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan