Nak Turunkan Berat Badan? Ikuti Tip Pemakanan Ini…

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/06/2020 . 3 minit bacaan

Penurunan berat badan susah dilakukan? Pelikkan kenapa ada individu makan banyak tapi berat badan tak naik-naik. Perut ada cacing ke apa? Ke mana tah perginya semua nutrisi makanan yang diambil oleh mereka.

Nutrisi makanan untuk hilang berat badan

Walaupun matlamat utama adalah untuk menurunkan berat badan, namun, anda perlu mengambil kira jenis makanan yang dapat memberikan kebaikan kesihatan optimum.

Hakikat penurunan berat badan adalah anda tidak perlu mengambil makanan yang sihat untuk kurus dan jika anda mengambil makanan yang sihat secara berlebihan, anda tetap akan menjadi gemuk.

Fokus anda seharusnya diletakkan kepada kesan penurunan berat badan dalam jangka masa panjang.

Pengiraan kalori mungkin memberikan sedikit sebanyak gambaran mengenai kenaikan atau penurunan berat badan namun ia tidak dapat memberikan gambaran kesihatan yang tepat.

Makanan berkualiti rendah yang mempunyai kandungan gula dan lemak tinggi seperti makanan segera, air bergula, makanan bergoreng dan makanan dengan indeks glisemik tinggi seperti kentang perlu dikurangkan pengambilannya.

Ini akan membantu anda untuk mencapai nilai berat badan lebih ideal.

Jenis nutrisi makanan perlu diambil untuk penurunan berat badan

Jangan risau, Pengarah Perhubungan Saintifik dan Perkembangan Kajian Asia Pasifik di Herbalife Nutrition, Alex Teo, berkongsikan caranya.

Menurut Alex, falsafah yang dipegang oleh syarikat Herbalife Nutrition melibatkan penggunaan suplemen dan makanan yang berkhasiat dalam mencapai tahap kesihatan optimum.

Menurutnya lagi, terdapat 7 elemen penting yang melengkapi gaya pemakanan seimbang.

nutrisi makanan
Alex Teo, Pengarah Perhubungan Saintifik dan Perkembangan Kajian Asia Pasifik di Herbalife Nutrition

Nutrisi makro

  • Protein: Semua jenis sel di dalam badan memerlukan protein. Ia merupakan nutrisi makro penting dalam penciptaan molekul seperti hormon, enzim dan organ otot. Selain daripada fungsi tersebut, makanan mengandungi protein tinggi juga boleh membuatkan anda berasa cepat kenyang. 
  • Karbohidrat: Karbohidrat merupakan satu daripada nutrisi makro penting memandangkan ia adalah sumber tenaga utama sel badan. Jika diambil dalam kuantiti betul, anda tidak akan mengalami sebarang simptom yang sering dikaitkan dengan kekurangan sumber glukosa seperti kelesuan, pening, simptom hipoglisemia dan sebagainya.
  • Lemak: Ramai yang takut dengan makanan berlemak, kan? Mungkin sebab ramai individu terbayangkan lemak badan di saat perkataan lemak digunakan bagi merujuk kepada sumber nutrisi makro. Namun, kedua-duanya tidak sama. Jika diambil pada kuantiti tertentu, anda boleh menggalakkan proses pembakaran lemak badan dalam mencapai berat ideal. 

Nutrisi mikro

  • Serat: Makanan berserat dapat membantu sistem penghadaman dengan menggalakkan pertumbuhan bakteria baik pada laluan pencernaan. Ia juga merupakan nutrisi mikro yang memainkan peranan penting dalam penghindaran kanser kolorektal. 
  • Fitonutrien: Makanan berunsurkan tumbuh-tumbuhan mengandungi pelbagai jenis kompaun semula jadi digelar fitonutrien. Ia merupakan kompaun bertanggungjawab dalam melindungi buah-buahan dan sayur-sayuran daripada proses pengoksidaan. Ia juga boleh memberikan manfaat dalam menghindarkan penyakit dan meningkatkan daya ketahanan tubuh
  • Mineral dan vitamin: Jika anda mengamalkan gaya pemakanan seimbang, kebiasaannya anda akan memperolehi jumlah mineral dan vitamin yang mencukupi. Jika tidak, anda perlu mendapatkannya daripada sumber suplemen.

Peranan protein dalam penurunan berat badan

Jika dibandingkan dengan nutrisi lain, makanan mengandungi protein tinggi boleh membuatkan seseorang individu itu untuk kenyang lebih lama.

Makanan berasaskan protein boleh diambil adalah ikan, ayam, kekacang dan bijirin.

Perkara yang perlu anda tahu adalah tidak semua protein mengandungi asid amino sama. Terdapat 20 jenis asid amino dan perbezaan susunannya boleh mencecah berjuta-juta jenis protein yang mempunyai fungsi spesifik di dalam badan.

nutrisi makanan

Protein, secara amnya, terbahagi kepada 3:

  • Protein lengkap: Didapati dalam sumber makanan seperti telur, bahan tenusu dan daging
  • Protein tidak lengkap: Didapati dalam sumber makanan seperti kekacang dan bijirin   
  • Protein pelengkap: Antara contoh makanan yang mengandungi jenis protein ini termasuk nasi, roti dan mentega kacang

Ada juga jenis sumber protein tumbuh-tumbuhan yang menggunakan air dan tenaga sedikit bagi menghasilkan jumlah yang sama banyak dengan protein yang berteraskan sumber haiwan.

Ia digelar sebagai protein baru (new protein) dan kebanyakan sumber lemak dan karbohidrat telah dibuang. Sebagai contoh, protein soya yang sering digunakan di dalam pelbagai jenis makanan bagi meningkatkan kandungan protein makanan tersebut.

Pengambilan makanan berprotein membantu anda dalam mencapai berat badan ideal dan dalam masa sama, mengekalkan jisim tubuh badan tanpa lemak.

Konklusi

Mudah atau tidak, bagi individu yang mempunyai berat badan berlebihan, pengurangan berat badan perlu digalakkan bagi menghindarkan mereka daripada risiko penyakit obesiti dan penyakit kronik.

Jika anda mengalami masalah atau keliru berkaitan dengan jenis nutrisi yang perlu anda ambil, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat kesihatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Memahami Apa Itu Bulking Dan Cutting

Dalam proses untuk mendapatkan badan yang ideal (lean), seseorang itu perlu melalui dua fasa penting iaitu bulking dan cutting.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 02/07/2020 . 2 minit bacaan

Ibu, Cukup Tak Air Yang Anak Minum Setiap Hari? Ini Panduan Jumlah Air Yang Si Kecil Perlukan

Sebagai ibu, pastinya anda akan sentiasa menyuruh anak minum air. Tapi adakah keperluan air seharian mereka mencukupi? Ini panduan yang boleh membantu anda.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 24/06/2020 . 3 minit bacaan

Ini 5 Makanan Penyebab Kanser Serviks WAJIB Tahu, #3 Paling Digemari Wanita

Barah rahim adalah antara masalah kesihatan yang menjadi musuh kepada wanita. Jom ketahui faktor penyebab kanser serviks, lepas ini boleh elakkan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 03/06/2020 . 3 minit bacaan

Pakar Kongsi 4 Sebab MESTI Elak Makan Lewat Malam, Rupanya Ada Kaitan Dengan Jantung?

Kita selalu dengar nasihat agar jangan makan malam terutamanya lewat malam. Apa sebabnya? Jom klik artikel untuk tahu jawapannya dengan lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 20/05/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

susu protein

Nak Jadi Abang Sado, Boleh Ke Kalau Ambil Suplemen Protein Tapi Tidak Angkat Besi Di Gym?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 11/08/2020 . 3 minit bacaan
diet pritikin

Lupakan Atkins, IF @ Keto, Ada Diet Lebih Berkesan Turunkan Berat Badan, Elak Penyakit Jantung Juga!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 10/08/2020 . 3 minit bacaan
vitamin untuk anak

Tahu Tak, Bukan Semua Suplemen Anak Boleh Makan? Ada Yang Bahaya Buat Teruna & Dara

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 28/07/2020 . 3 minit bacaan
lemak baik untuk diet

Pesakit Diabetes Kena Jaga Makan, Tapi Boleh Ke Jika Ambil Lemak Dalam Diet Harian?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 27/07/2020 . 3 minit bacaan