backup og meta

Serat Dalam Badan Penting Untuk Cegah Masalah Usus! (Sembelit & Cirit-birit)

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 23/11/2021

    Serat Dalam Badan Penting Untuk Cegah Masalah Usus! (Sembelit & Cirit-birit)

    Keperluan serat dalam badan sebenarnya berfungsi sebagai pengawal usus dan berkesan bagi membantu masalah sembelit atau cirit-birit.

    Serat yang larut boleh membantu menyerap cecair yang berlebihan dalam usus dan dengan itu bertindak untuk mengeraskan najis yang cair seperti kesan span.

    Keperluan serat dalam badan

    Wanita sepatutnya mendapat 25 gram dan lelaki 38 gram.

    Menambahkan serat ke dalam pemakanan anda secara perlahan-lahan untuk mengelakkan kekejangan dan kekembungan.

    Lakukan dalam tempoh 2 atau 3 minggu dan minum banyak air.

    Mulakan dengan menambah 7 gram serat untuk diet harian dan tingkatkan setiap minggu sehingga mencapai jumlah yang disarankan.

    keperluan serat dalam badan

    Untuk mencapai sasaran harian keperluan serat dalam badan, seorang wanita boleh makan:

    • Cawan oat (4 gram) dan pir (4 gram) untuk sarapan pagi
    • Epal besar untuk snek/kudapan (4.5 gram)
    • Salad dibuat dengan 3 cawan salad romaine (3 gram), 1/4 cawan saderi cincang (2 gram) dan tomato kecil (1.4 gram) dengan makan tengah hari
    • Setengah cawan bayam yang dimasak (7 gram) sebagai hidangan sampingan dengan makan malam

    Seorang lelaki boleh mencapai sasaran itu dengan menambahkan tiga buah ara kering (10.5 gram) dan keladi bakar saiz sederhana (6.8 gram) untuk makan malamnya.

    Jenis keperluan serat

    Terdapat dua jenis keperluan serat dalam badan iaitu larut dan tidak larut.

    Jenis serat yang anda harus ambil bergantung kepada keadaan yang anda alami.

    Serat larut membantu cirit-birit dengan menyerap air dan menambahkan pembentukan kepada najis.

    Serat yang tidak larut, yang tidak dicerna, boleh membantu sembelit tetapi membuat cirit-birit lebih teruk.

    Serat larut juga membantu mengurangkan kolesterol dan mengawal gula darah anda.

    keperluan serat dalam badan

    Makanan mempunyai jenis yang larut:

    • Oat
    • Kekacang
    • Ubi keledek
    • Epal
    • Mangga
    • Plum
    • Buah beri
    • Kiwi
    • Buah ara

    Makanan mempunyai jenis tidak larut:

    • Kulit buah
    • Kulit kacang
    • Kulit kentang (terutamanya apabila ia rangup, tetapi elakkan kentang goreng, yang tinggi lemak)
    • Produk gandum
    • Beras perang
    • Bijian (seeds)
    • Brokoli
    • Bayam
    • Lobak
    • Timun
    • Saderi
    • Salad
    • Tomato

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 23/11/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan