backup og meta

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!

Minuman probiotik sememangnya terkenal kerana kebaikannya terhadap sistem penghadaman tubuh. Tetapi tahukah anda, terdapat banyak lagi manfaat apabila mengamalkan pengambilan susu probiotik setiap hari?

Teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

Bakteria baik vs bakteria jahat

Apabila menyebut perkataan bakteria, biasanya kita akan mengaitkannya dengan sesuatu yang negatif seperti jangkitan atau penyakit berbahaya pada tubuh.

Hakikatnya, terdapat kedua-dua bakteria baik dan jahat dalam tubuh kita khususnya di kawasan perut dan usus. 

Namun, kita perlu mengawal jumlah bakteria jahat ini agar ia tidak memudaratkan kesihatan kita. 

Tetapi, bagaimana untuk mengawal jumlah bakteria jahat dalam tubuh? Caranya mudah! 

Anda hanya perlu mengambil makanan atau minuman yang mengandungi probiotik atau bakteria baik. 

Makanan atau minuman probiotik berfungsi menambahkan jumlah bakteria baik dalam tubuh. 

Ia sekali gus membantu meningkatkan peranan usus dan mengembalikan keseimbangan bakteria dalam perut.

Apakah sebenarnya probiotik ini?

Probiotik adalah sejenis mikroorganisma hidup yang hidup secara semula jadi dalam tubuh manusia.

Ia telah terbukti memberikan pelbagai manfaat kesihatan kepada tubuh badan manusia jika diambil dalam jumlah yang mencukupi 1

Ia berperanan melawan jangkitan dan membantu meningkatkan fungsi tubuh lain.

Probiotik adalah sebahagian daripada mikrobiom, iaitu ‘komuniti’ organisma dalam badan yang memastikan tubuh kita sentiasa berada dalam keadaan baik. 

Setiap komuniti terdiri daripada mikrob. Manakala mikrob pula mengandungi kulat, bakteria dan juga virus. 

Setiap individu pula mempunyai mikrobiom yang berbeza. 

Oleh sebab itu, kita perlu mengambil pelbagai sumber probiotik untuk memberikan manfaat kepada kesejahteraan badan.

Mikrob perlu mempunyai ciri khusus untuk dilabelkan sebagai probiotik, iaitu:

  • Mempunyai manfaat kepada tubuh
  • Bertahan dalam usus selepas dimakan
  • Selamat untuk dimakan

Manfaat minum minuman probiotik

minuman probiotik

Probiotik boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti minuman, makanan dan juga suplemen (pil atau serbuk).

Contohnya, kita boleh dapat probiotik melalui diet seperti tempe, kimchi, miso, tapai, yogurt dan susu kultur

Pengambilan probiotik menerusi minuman seperti susu kultur adalah antara cara yang paling mudah. Namun, pengambilan menerusi makanan yang seimbang setiap hari adalah sesuatu yang penting.

Mengambil minuman yang mengandungi probiotik dalam diet harian boleh memberikan pelbagai kebaikan dalam jangka masa panjang.

Selain membantu mengawal bakteria dalam perut, berikut adalah antara kebaikan utama pengambilan probiotik:

1. Mengatasi masalah kulit

Masalah kulit berjerawat dan kemunculan bintik hitam adalah antara perkara yang paling tidak disukai. Ada kalanya ia sukar untuk ditangani. 

Dengan menjadikan minuman kaya dengan probiotik ini sebagai amalan, ia dapat membantu melawan bakteria punca jerawat selain mengurangkan keradangan kulit 2

2. Kelebihan minuman probiotik: Tingkatkan sistem imun

Kesihatan usus adalah komponen penting dalam meningkatkan kekuatan sistem imun badan.

Ini kerana, 70 hingga 80% daripada sel imun kita berada dalam usus 3

Jika sistem imun menjadi  lemah, anda berisiko terdedah kepada pelbagai penyakit.

Berita baiknya, minuman seperti ini boleh membantu menguatkan sistem ketahanan tubuh. 

Probiotik berperanan dalam melawan keradangan dan kerosakan akibat radikal bebas, di samping meningkatkan penyerapan nutrien 4.

Kesannya, anda mungkin akan kurang mengalami gejala selesema, flu, masalah kulit dan gangguan pencernaan.

3. Mengurangkan risiko alahan atau sensitiviti makanan

minuman probiotik

Pengambilan probiotik juga dapat membantu dalam mengurangkan alahan makanan serta gejala intoleransi laktosa.

Ini dibuktikan melalui kajian yang menyatakan bahawa, bakteria probiotik dalam produk berasaskan susu boleh digunakan bagi mengurangkan gejala-gejala intoleransi laktosa 5.

4. Susu probiotik bantu kawal gejala IBS

Minuman probiotik juga diketahui memberi manfaat kepada penghidap sindrom usus mudah terganggu atau ringkasnya IBS

Ini kerana, kebanyakan minuman ini mengandungi bakteria hidup yang telah diuji secara saintifik dapat membantu mengimbangkan flora usus. 

Bagi pesakit dengan gangguan IBS, minuman seperti ini amat penting kerana ia boleh membantu dalam mengawal simptom seperti kembung dan sakit perut, sembelit, serta cirit-birit 6

Bakteria baik seperti strain Lactobacillus juga berfungsi menguatkan sistem imun tubuh, yang secara tidak langsung membantu mengurangkan keradangan dalam usus 7

5. Minuman probiotik boleh legakan cirit-birit

Probiotik juga boleh membantu mengawal dan melegakan cirit-birit yang anda alami. 

Probiotik terbaik adalah bakteria asid laktik atau lactobacilli kerana ia mampu melawan kuman atau bakteria jahat lain yang menjadi punca cirit-birit 8

Oleh itu, pengambilan produk probiotik seperti susu probiotik sememangnya dapat membantu melegakan keadaan cirit-birit. 

6. Minuman probiotik turut bermanfaat untuk pesakit GERD

minuman probiotik

Minuman probiotik juga mendapat perhatian sebagai cara bagi membantu mengawal penyakit refluks gastroesofagus (GERD)

GERD berlaku apabila asid perut naik ke dalam esofagus, menyebabkan rasa pedih dan ketidakselesaan. 

Probiotik berperanan untuk mengimbangi flora usus selain membantu menguatkan penghalang mukosa dalam perut. Ini sekali gus mengurangkan kejadian refluks asid

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa, probiotik mungkin berperanan dalam mengurangkan simptom GERD seperti loya, sakit perut, dan simptom berkaitan gas 9

Persatuan Probiotik Antarabangsa juga menyatakan bahawa probiotik berpotensi membantu dalam mengurangkan simptom GERD 10

Namun, adalah penting untuk mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu memandangkan setiap individu mungkin memerlukan pendekatan yang berbeza untuk mengurangkan gejala GERD.

Kelebihan lain susu probiotik

Pengambilan makanan & minuman yang kaya dengan bakteria baik boleh menjadi pelengkap dalam rutin kecergasan harian. 

Jika kerap melakukan aktiviti senaman berat, anda mungkin menekan sistem imun dan menjadikan tubuh terdedah kepada jangkitan.

Memandangkan probiotik boleh membantu menguatkan sistem imun, justeru pengambilannya secara tetap boleh memberi manfaat kepada atlet dan mereka yang gemar bersenam.

Probiotik perlu diambil secara rutin

Walaupun ia memberikan banyak kebaikan kepada tubuh, namun tidak bermakna dengan hanya sekali minum ia akan membersihkan sistem usus anda selama seminggu. 

Sebaliknya, ia perlu diambil secara berkala. 

Pengambilan secara rutin boleh membantu meningkatkan keteraturan sistem pencernaan, mengurangkan perut kembung dan memerangi masalah sembelit.

Ambil makanan & minuman probiotik untuk kesejahteraan sepanjang masa

Kebanyakan jangkitan atau penyakit yang kita hadapi biasanya berpunca daripada jumlah bakteria yang tidak seimbang dalam usus. 

Namun dengan mengamalkan makanan dan minuman kaya probiotik ini, ia akan membantu mengawal kuantiti bakteria dalam usus dan meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.

Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai kesesuaian pengambilan probiotik harian, bertanyalah kepada doktor atau pakar pemakanan untuk mendapatkan penerangan yang lebih jelas. 

Dapatkan minuman Yakult sebagai sumber probiotik anda di sini!

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Probiotics – The Gut Friendly Bacteria. https://nutriweb.org.my/probiotics/3-2.html. Diakses pada Julai 27, 2023.
  2. Kober, M. M., & Bowe, W. P. (2015). The effect of probiotics on immune regulation, acne, and photoaging. International journal of women’s dermatology, 1(2), 85–89. https://doi.org/10.1016/j.ijwd.2015.02.001. Diakses pada Julai 27, 2023. 
  3. If you want to boost immunity, look to the gut. https://www.uclahealth.org/news/want-to-boost-immunity-look-to-the-gut#:~:text=70%25%20of%20the%20immune%20system,where%20diverse%20bacteria%20is%20best.&text=You%20likely%20know%20that%20what,diet%20affects%20the%20immune%20system. Diakses pada Julai 27, 2023.
  4. Wang, Y., Wu, Y., Wang, Y., Xu, H., Mei, X., Yu, D., Wang, Y., & Li, W. (2017). Antioxidant Properties of Probiotic Bacteria. Nutrients, 9(5), 521. https://doi.org/10.3390/nu9050521. Diakses pada Julai 27, 2023.
  5. Oak, S. J., & Jha, R. (2019). The effects of probiotics in lactose intolerance: A systematic review. Critical reviews in food science and nutrition, 59(11), 1675–1683. https://doi.org/10.1080/10408398.2018.1425977. Diakses pada Julai 27, 2023.
  6. Satish Kumar, L., Pugalenthi, L. S., Ahmad, M., Reddy, S., Barkhane, Z., & Elmadi, J. (2022). Probiotics in Irritable Bowel Syndrome: A Review of Their Therapeutic Role. Cureus, 14(4), e24240. https://doi.org/10.7759/cureus.24240. Diakses pada Julai 27, 2023.
  7. Plaza-Díaz, J., Ruiz-Ojeda, F. J., Vilchez-Padial, L. M., & Gil, A. (2017). Evidence of the Anti-Inflammatory Effects of Probiotics and Synbiotics in Intestinal Chronic Diseases. Nutrients, 9(6), 555. https://doi.org/10.3390/nu9060555. Diakses pada Julai 27, 2023.
  8. Institute for Quality and Efficiency in Health Care (IQWiG); 2006-. Can probiotics help against diarrhea?. Available from: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK373095/. Diakses pada Julai 27, 2023.
  9. Cheng, J., & Ouwehand, A. C. (2020). Gastroesophageal Reflux Disease and Probiotics: A Systematic Review. Nutrients, 12(1), 132. https://doi.org/10.3390/nu12010132. Diakses pada Julai 27, 2023.
  10. Role for Probiotics in GERD?. https://internationalprobiotics.org/role-for-probiotics-in-gerd/. Diakses pada Julai 27, 2023.

Versi Terbaru

04/12/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Dadih dan Yogurt: Adakah Terdapat Perbezaan?

Kebaikan Probiotik & Prebiotik Terhadap Kanak-Kanak Terutama Yang Lahir Czer!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 04/12/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan