Probiotik bukan sahaja memainkan peranan dalam membantu dalam merawat penyakit-penyakit berkaitan sistem penghadaman malahan mempunyai pengaruh untuk membantu dalam merawat penyakit pada bahagian tubuh badan yang lain seperti:
- Penyakit gigi dan mulut
- Penyakit kulit seperti ekzema
- Infeksi telinga
Namun begitu, anda perlu tahu bahawa pengambilan probiotik bukanlah rawatan utama dalam merawat penyakit-penyakit yang telah dinyatakan. Ini hanyalah sekadar panduan dan langkah pencegahan pertama. Oleh itu, berhubunglah dengan doktor untuk mendapatkan kepastian dan rawatan yang lebih terjamin keberkesanannya.
Apakah sumber utama probiotik?
Probiotik sangat diperlukan oleh anak anda dalam menjamin kesihatan usus dan sistem penghadaman mereka. Probiotik boleh ditemui dalam sumber-sumber yang berbentuk makanan dan minuman seperti berikut:
- Yogurt
- Kefir
- Buttermilk
- Sauerkraut
- Keju
- Tempe
- Jeruk
Anda juga boleh memastikan anak anda mendapatkan probiotik yang mencukupi dengan memberikan mereka suplemen yang berbentuk kapsul, tablet, serbuk atau cecair. Suplemen ini boleh ditemui di farmasi atau mana-mana pusat kesihatan yang telah disahkan. Namun begitu, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum memberikan anak anda suplemen-suplemen ini untuk memastikan suplemen tersebut asli dan selamat untuk diberikan kepada anak anda.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen