Apabila anda makan beras putih, adakah anda tahu berapakah jumlah kalori satu senduk nasi, kalori nasi putih 2 senduk, kalori nasi putih 2 senduk dan seterusnya?
Ramai individu yang berdiet akan cuba mengelakkan nasi kerana memikirkan berkenaan kalori nasi putih yang tinggi.
Persoalannya, adakah jumlah kalorinya benar-benar tinggi sehingga boleh menyebabkan gemuk?
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.
Berapakah kalori satu senduk nasi putih?
Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh United States Department of Agriculture National, kalori satu senduk nasi (186 gram) yang telah dimasak dan diperkaya mempunyai 242 kalori.
Selain itu, ia mempunyai kandungan karbohidrat sebanyak 53.2 gram dan protein sebanyak 4.43 gram.
Jumlah lemak dan serat dalam nasi putih pula agak sedikit iaitu sekitar 0.56 gram bagi jumlah serat dan 0.39 gram lemak. Ini adalah jumlah kalori dan kandungan nutrisi bagi satu cawan nasi putih.
Bagaimana pula dengan satu senduk nasi putih? Adakah kalori satu senduk nasi putih masih lagi tinggi?
Bagi sekitar 75 gram, kalori satu senduk nasi lebih kurang sebanyak 100 kalori.
Namun, jika nasi tersebut dimasak dengan tambahan bahan-bahan lain seperti santan, krim, minyak atau susu, jumlah kalori nasi yang dimilikinya akan berubah dan bertambah tinggi.
Sebagai contoh, 100 gram nasi yang telah goreng akan memberikan anda 193 kalori dan jumlah ini jauh lebih tinggi berbanding nasi putih biasa.
Untuk membakar 100 kalori yang telah diambil, anda memerlukan sekurang-kurangnya 10 minit aktiviti berlari atau 15 minit berbasikal.
Kalori satu senduk nasi menggemukkan?
Ramai yang akan mengelakkan makan nasi putih apabila sedang berada dalam fasa diet atau menguruskan badan.
Ini kerana, mereka menganggap bahawa beras putih merupakan makanan yang tinggi kalori.
Ramai yang bimbang jika kalori satu senduk nasi boleh menggemukkan mereka. Namun, adakah nasi boleh buat kita gemuk?
Sebenarnya, seseorang itu masih boleh makan beras putih seperti biasa walaupun sedang berdiet.
Paling penting ialah mengawal jumlah nasi yang diambil setiap kali anda makan.
Jumlah hidangan yang disarankan bagi setiap hidangan ialah sekitar ¼ pinggan atau suku pinggan anda.
Bagi individu dewasa yang memerlukan 2,000 kalori setiap hari, 100 kalori satu senduk nasi merupakan jumlah yang ideal dengan keperluan tenaga tubuh.
Ini kebaikan makan nasi putih
Walaupun ramai yang mengatakan nasi putih menggemukkan, tetapi nasi putih sebenarnya boleh menjadi sebahagian daripada diet pemakanan yang seimbang.
Antara kelebihan yang boleh anda dapat apabila memakan nasi putih ialah:
#1. Menyokong kekuatan tulang, saraf dan juga otot
Setiap hari, tubuh badan kita memerlukan sekitar 420 mg magnesium, dan nasi boleh membantu memenuhi keperluan ini.
Ini kerana nasi putih mengandungi kandungan magnesium yang agak tinggi.
Magnesium ialah komponen struktur tulang yang membantu dalam tindak balas enzim yang terlibat dalam sintesis DNA dan protein.
Ia juga diperlukan untuk tujuan pengaliran saraf dan pengecutan otot yang betul.
Magnesium juga membantu dalam memberikan anda tidur yang lebih berkualiti.
#2. Memberikan tenaga pantas
Benarkah nasi putih itu memang boleh membuat anda mengantuk dan menggemukkan?
Ini kerana, nasi putih memiliki jumlah tinggi karbohidrat dan kurang serat.
Disebabkan ia lebih mudah dihadam, maka proses penyerapan tenaga akan menjadi lebih pantas.
#3. Nasi putih mudah dihadam
Walaupun kalorinya nasi ini agak tinggi, tetapi ia merupakan antara jenis makanan yang mudah dihadam oleh perut.
Berbanding sayuran hijau atau daging, nasi putih lebih mudah dihadam dan tidak memerlukan masa yang lama untuk dicerna.
Oleh itu, nasi putih lebih mudah untuk diberikan kepada mereka yang sedang sakit berbanding jenis makanan lain.
#4. Nasi putih tiada gluten
Bagi individu yang mempunyai alahan terhadap gluten, nasi putih merupakan pilihan makanan yang selamat buat mereka.
Memandangkan beras putih sangat mudah untuk dijadikan tepung, mi atau roti, tidak hairan ia boleh menjadi alternatif yang sangat murah dan fleksibel kepada pesakit seliak atau mereka yang alah kepada gluten.
#5. Meningkatkan kesihatan usus besar
Nasi putih yang telah dimasak dan disejukkan mempunyai kandungan kanji degil yang lebih tinggi.
Kajian menyatakan bahawa, kanji degil ini boleh merangsang pembentukan asid lemak yang membantu mengekalkan kesihatan usus besar.
Asid lemak ini juga membantu mengurangkan risiko kanser kolorektal.
[embed-health-tool-bmr]