backup og meta

Nak Makan Nasi Putih Tapi Tak Nak Gemuk? Ikut 3 Tip Ini Elak Obesiti

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/01/2023

    Nak Makan Nasi Putih Tapi Tak Nak Gemuk? Ikut 3 Tip Ini Elak Obesiti

    Apabila individu itu ada masalah berat badan yang berlebihan, maka mereka sudah pasti akan lebih peka dengan makanan yang menyebabkan obesiti termasuk nasi putih.

    Ini kerana ramai yang percaya bahawa nasi putih itu akan meningkatkan berat badan atau dalam bahasa lebih mudah, menggemukkan. Ya, anggapan ini mungkin benar.

    Jadi, benarkah anda tidak boleh ambil nasi putih jika tidak mahu gemuk? Jom terus baca artikel!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

    Nasi putih, makanan yang menyebabkan obesiti?

    Untuk pengetahuan anda semua, memang ada banyak jenis makanan yang menyebabkan obesiti. Nasi putih pula mungkin merupakan yang paling atas di dalam senarai.

    Merupakan makanan ruji masyarakat kita, tidak mustahil untuk kami kata nasi putih biasa itu diambil pada setiap hari bahkan setiap waktu makan tengah hari dan malam.

    Ini kerana ia sangat tinggi kalori, karbohidrat dan protein namun kurang dengan lemak serta serat. Ditambah pula dengan bahan lain, nutrisinya juga boleh berubah.

    makanan yang menyebabkab obesiti

    Menurut United States Department of Agriculture National, 186 gram nasi putih mengandungi:

  • 242 kalori
  • 53.2 gram karbohidrat
  • 4.43 gram protein
  • 0.56 gram serat
  • 0.39 gram lemak
  • Angkara kandungan-kandungan yang wujud di dalam makanan ruji rakyat kita ini, ramai percaya bahawa nasi putih itu akan menggemukkan dan anda mungkin tidak salah.

    Adakah nasi putih itu membahayakan?

    Seperti mana yang kami telah nyatakan di atas tadi, nasi putih itu mungkin akan meningkatkan berat badan individu. Jika ia tidak dikawal, maka boleh terjadi masalah obesiti.

    Nasi adalah salah satu daripada tiga makanan utama di seantero dunia selain gandum dan jagung. Di benua dan negara kita pula, ia sudah seumpama makanan yang wajib.

    Akibatnya, Malaysia juga sudah jadi antara negara paling ramai orang gemuk dengan kira-kira 30% mengalami masalah berat badan berlebihan dan 20% lagi yang obesiti.

    Obesiti pula boleh jadi faktor risiko pelbagai lagi kondisi berbahaya seperti penyakit organ jantung, buah pinggang, diabetes, strok, tekanan darah tinggi dan lain-lain.

    Dalam erti kata lebih mudah, makanan obesiti ini benar akan menggemukkan dan membahayakan!

    makanan yang menyebabkab obesiti

    Anda masih boleh ambil dengan waspada!

    Pun begitu, kami bukan kata yang anda tidak boleh ambil makanan obesiti ini ya! Ia masih boleh diambil namun dengan cara yang betul bergantung pada kualiti dan kuantiti.

    Jika anda masih ingin ambil nasi putih tapi takut akan obesiti, pastikan anda ikut langkah berikut:

    #1. Kawal pengambilan nasi putih

    Perkara paling penting adalah individu perlu kawal pengambilannya. Contohnya, anda mungkin hanya perlu ambil satu sajian hidangan nasi putih dalam masa satu hari.

    Dalam pada itu, ubah suai juga kadar nasi putih yang anda ingin ambil supaya kurang dengan kalori serta aspek lain agar ia tidak jadi makanan yang menyebabkan obesiti.

    #2. Makan dengan ulam

    Setiap kali makan nasi, ramai yang akan ambil ia dengan lauk-pauk seperti ayam, daging atau ikan. Ia mungkin tidak salah asalkan anda tidak lupa untuk tambah ulam.

    Ulam-ulaman seperti brokoli, timun, kubis dan sebagainya tentu sahaja sangat kaya dengan protein, serat dan lemak sihat yang mungkin mampu bantu anda elak obesiti.

    #3. Masak dengan betul

    Mungkin ada banyak cara untuk masak nasi yang boleh anda cuba. Namun, tidak semua cara itu sesuai buat anda yang ingin menjaga berat badan daripada bertambah.

    Contohnya, anda mungkin tidak digalakkan untuk menggoreng nasi. Pilihan yang lebih baik tentu sahaja dengan mengukus, merebus atau membakar agar ia lebih sihat.

    Alternatif jika mahu elak makanan yang menyebabkan obesiti ini

    makanan yang menyebabkab obesiti

    Bagaimana pula jika anda sudah fobia dengan nasi putih tetapi masih mahu ambil salah satu daripada makanan yang menyebabkan obesiti ini? Ada alternatif yang efektif.

    Alternatif tersebut masih berasal daripada keluarga beras. Sebagai contoh, anda mungkin boleh ambil nasi perang yang dipercayai jauh lebih sihat berbanding jenis lain.

    Ini kerana beras perang mengandungi kandungan tambahan seperti vitamin dan mineral serta serat lebih tinggi. Ia sangat sesuai buat anda yang khuatir akan berat badan.

    Dalam pada itu, wujud juga beras dengan warna selain putih seperti emas, ungu, merah dan hitam yang sihat. Saranan kami, anda dapatkan dahulu nasihat daripada doktor dan pakar diet tentangnya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan