backup og meta

Pengganti Nasi Untuk Turunkan Berat, Anda Boleh Cuba Kuskus, Makanan Afrika Utara!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 16/06/2021

    Pengganti Nasi Untuk Turunkan Berat, Anda Boleh Cuba Kuskus, Makanan Afrika Utara!

    Pernahkah anda mendengar sejenis makanan bernama Kuskus atau Couscous? Jika belum pernah, ia adalah makanan dari negara-negara Afrika Utara khususnya Maghribi, Tunisia dan Algeria. Apakah kuskus dan khasiat kuskus secara khusus?

    Apakah kuskus dan khasiat kuskus dari Afrika Utara ini?

    Kuskus adalah sejenis produk bijirin yang diproses daripada tepung durum atau tepung semolina.

    Terdapat beberapa jenis kuskus yang ada di pasaran seperti kuskus Maghribi atau kuskus Lubnan.

    Kuskus Maghribi mempunyai saiz yang paling kecil atau halus dan jenis yang paling mudah untuk didapati.

    Khasiat kuskus dari Afrika Utara yang mungkin tidak pernah anda tahu

    khasiat kuskus

    #1. Kaya dengan selenium

    Salah satu nutrien yang paling penting dalam kuskus ialah selenium.

    Satu cawan atau 157 gram kuskus mengandungi lebih daripada 60% pengambilan yang disyorkan.

    Selenium adalah mineral penting dengan pelbagai manfaat kesihatan. Ia adalah sejenis antioksidan kuat yang membantu badan anda memperbaiki sel yang rosak dan mengurangkan keradangan.

    Ia juga bermanfaat terhadap kesihatan tiroid. Selenium adalah sangat penting untuk fungsi kelenjar tiroid yang betul, melindunginya daripada kerosakan dan menyumbang kepada pengeluaran hormon.

    Selenium dalam kuskus juga dapat membantu menurunkan risiko penyakit jantung dengan mengurangkan keradangan dan tekanan oksidatif di dalam badan anda.

    Fungsi antioksidannya juga dapat membantu mengurangkan pengumpulan plak dan kolesterol jahat pada urat serta dinding arteri.

    #2. Mungkin boleh menurunkan risiko mendapat kanser

    Selenium dalam kuskus juga dapat membantu menurunkan risiko kanser.

    Tinjauan terhadap 69 kajian termasuk lebih daripada 350,000 orang menunjukkan bahawa, darah dengan kadar selenium yang tinggi dapat melindungi seseorang daripada kanser tertentu.

    Beberapa kajian lain pula mengaitkan kekurangan selenium dengan peningkatan risiko kanser prostat secara khusus.

    Selain itu, pengambilan selenium dalam jumlah yang mencukupi, bersama kombinasi dengan vitamin C dan E, telah terbukti dapat mengurangkan risiko barah paru-paru pada perokok.

    #3. Khasiat kuskus: Dapat meningkatkan sistem imun anda

    Selenium dalam kuskus juga dapat meningkatkan daya tahan tubuh anda.

    Antioksidan daripada kuskus ini boleh membantu mengurangkan keradangan dan meningkatkan imuniti dengan menurunkan tekanan oksidatif dalam badan anda.

    Kajian menunjukkan bahawa peningkatan kadar selenium dalam darah boleh meningkatkan tindak balas imun tubuh.

    Selain itu, kekurangan selenium dalam tubuh boleh membahayakan sel imun dan fungsinya.

    Selenium juga berperanan dalam pertumbuhan semula vitamin C dan E, yang membantu meningkatkan fungsi sistem imun anda.

    #4. Sumber protein yang baik daripada tumbuhan

    afrika utara

    Kira-kira 16-20% badan anda terdiri daripada kandungan protein, yang mengandungi asid amino.

    Asid amino terlibat dalam hampir setiap proses metabolik dalam badan anda.

    Oleh sebab itu, adalah penting untuk anda mengambil protein daripada sumber haiwan atau tumbuhan.

    Kuskus adalah contoh sumber protein tumbuhan yang baik, kerana ia menyediakan sebanyak 6 gram protein bagi setiap satu cawan (157 gram).

    Perlu diingat bahawa protein haiwan mengandungi semua asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan anda, menjadikannya jenis protein yang lengkap.

    Protein berasaskan tumbuhan pula hanya mengandungi beberapa asid amino penting dan bukanlah protein yang lengkap, kecuali kacang soya dan juga quinoa.

    Protein daripada tumbuhan amat penting dalam diet vegetarian dan vegan, menjadikan kuskus sebagai pilihan makanan yang optimum untuk golongan vegetarian.

    Walau bagaimanapun, ia mesti digabungkan dengan protein tumbuhan lain untuk memastikan anda mendapat semua asid amino penting.

    Makanan yang tinggi kandungan protein tumbuhan dikaitkan dengan pengurangan risiko strok, kanser dan kematian akibat penyakit jantung.

    #5. Kuskus dari Afrika Utara ini boleh bantu penurunan berat badan

    Jika anda mencari makanan alternatif bagi menggantikan nasi putih ketika berdiet, anda boleh mempertimbangkan pengambilan kuskus ini.

    Kuskus adalah pilihan bijirin yang jauh lebih baik berbanding beras putih atau beras perang.

    Satu cawan kuskus yang telah dimasak mempunyai lebih sedikit kalori dan karbohidrat berbanding daripada beras perang dan putih.

    Terdapat lebih banyak serat dalam kuskus berbanding daripada jumlah serta yang ada pada nasi putih.

    Tetapi serat daripada beras perang adalah lebih banyak daripada beras putih atau kuskus.

    Serat membantu meningkatkan kesihatan pencernaan dan dapat membantu anda berasa kenyang dengan lebih lama setelah makan.

    Manfaat pemakanan ini dapat membantu anda mencapai dan mengekalkan berat badan yang sihat.

    Kuskus memberikan lebih banyak kandungan protein berbanding beras putih dan beras perang.

    Protein boleh membantu anda mencapai dan mengekalkan berat badan yang sihat. Protein juga membantu anda membina dan mengekalkan otot yang kuat. 

    Kesimpulan

    Walaupun ia berasal dari negara Afrika Utara, anda masih boleh mendapatkan kuskus di rak pasar raya berdekatan anda.

    Kebiasaannya, ia boleh didapati di beberapa pasar raya besar yang menjual pelbagai produk dari luar negara.

    Cubalah makan kuskus dari Afrika Utara ini untuk menurunkan berat badan anda tanpa perlu berlapar. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 16/06/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan