backup og meta

Rahsia Rebus Telur Separuh Masak, 100% Macam Dekat Kedai Mamak, Ini Caranya!

Rahsia Rebus Telur Separuh Masak, 100% Macam Dekat Kedai Mamak, Ini Caranya!

Sedapnya kalau boleh makan telur separuh masak! Bayangkan kuning telur yang melekit dah meleleh, bestnya kalau dijadikan inti roti telur separuh masak atau dimakan bersama nasi! Tetapi, apakah cara masak telur separuh masak yang termudah dan pasti menjadi?

Sebenarnya, cara buat telur separuh masak ini senang sahaja… Anda cuma perlukan telur dan air panas – campurkan keduanya dan siap!

Telur merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia sejak dahulu lagi. Ada sebabnya mengapa telur kekal popular dan sering digunakan dalam masakan harian.

Selain rasanya yang sedap, telur rebus merupakan makanan yang kaya dengan protein. Bukan itu sahaja, ia juga merupakan sumber kalsium, vitamin dan banyak lagi nutrisi lain.

Benar, kuning telur mengandungi banyak kolesterol. Malah, sebiji telur yang bersaiz besar mungkin mempunyai 186 mg kolesterol. Banyak bukan!

Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan pengambilan telur tidak akan meningkatkan kadar kolesterol badan. Jadi, anggapan bahawa telur tidak sihat untuk badan adalah sesuatu yang lapuk dan ketinggalan zaman!

Ingin tahu cara masak telur separuh masak? Jom, kami bongkarkan rahsianya!

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Fakta nutrisi

cara masak telur separuh masak
Fakta kolesterol dalam telur.

Sebelum kami terangkan lebih lanjut mengenai cara masak telur separuh masak yang betul, anda perlulah tahu kandungan nutrisi dalam sebiji telur. Antaranya ialah:

  • Kalori: 72
  • Protein: 6.24 gram (g) iaitu 13% daripada nilai harian (DV) anda
  • Karbohidrat: 0.6 g
  • Jumlah lemak: 4.35 g (6% DV)
  • Lemak tepu: 1.6 g (8% DV)
  • Kolesterol: 207 miligram (mg) (69% DV)
  • Natrium: 64.9 mg (3% DV)
  • Vitamin D: 49.5 unit antarabangsa (IU) (6% DV)
  • Vitamin B12: 0.5 mikrogram (mcg) (21% DV)
  • Kalsium: 24.1 mg (2% DV)
  • Zat besi: 0.8 mg (4% DV)
  • Magnesium: 5.7 mg (1% DV)
  • Fosforus: 92.6 mg (7% DV)
  • Kalium: 66.4 mg (1% DV)
  • Zink: 0.6 mg (5% DV)
  • Iodin: 24.7 mcg (16% DV)
  • Selenium: 15.6 mcg (28% DV)

Cara masak telur separuh masak

Hendak tahu cara masak telur separuh masak seperti yang disediakan di kedai mamak? Untuk pengetahuan anda, telur separuh masak yang perfect perlulah dimasak menggunakan teknik yang betul.

Di bawah, kami senaraikan bahan-bahan yang anda perlukan untuk menyediakan telur separuh masak:

Bahan yang diperlukan:

Langkah dan cara masak telur separuh masak

cara masak telur separuh masak
Contoh telur separuh masak di kedai.

Langkah 1: Isikan air dalam periuk. Kemudian, tunggu sehingga air mendidih.

Langkah 2: Pastikan telur berada dalam suhu bilik. Anda juga boleh menggunakan ‘egg pricker’ untuk menebuk telur terlebih dahulu. Alat ini dapat mengurangkan risiko telur retak ketika direbus. Perlahan-lahan, masukkan telur ke dalam air menggunakan sudu.

Langkah 3: Berapa minit untuk masak telur rebus? Tetapkan pemasa selama 4-5 minit untuk pastikan telur dimasak sederhana. Telur yang dimasak begini selalunya mempunyai kuning telur yang cair dan meleleh. Jika anda inginkan kuning telur yang lebih keras, rebus selama 6-7 minit.

Sebagai panduan, anda boleh rujuk masa memasak di bawah untuk mendapatkan telur rebus yang ideal. Pastikan anda mempunyai pemasa ketika merebus telur.

Berapa minit untuk masak telur rebus? Pastikan telur direbus selama 6 minit supaya ia masak sempurna, dengan kuning telur yang masih lagi cair dan melekit. Pastikan anda fokus pada pemasa. Setiap minit ada bezanya tau!

  • 5 minit: Telur baru mula mengeras. Telur kuning dan putih masih cair, membuatkannya sesuai untuk dijadikan pencicah
  • 6 minit: Putih telur keras tetapi kuning telur masih cair
  • 7 minit: Telur hampir mengeras sepenuhnya. Tetapi, kuning telur masih lagi melekit
  • 10 minit: Telur masak sepenuhnya

Langkah 4: Masukkan telur ke dalam air sejuk serta-merta untuk menghentikan proses memasak. Langkah ini juga penting untuk memastikan kulit telur dapat ditanggalkan dengan mudah.

Berapa lama perlu rebus telur?

cara masak telur separuh masak
Kulit telur.

Tempoh memasak bergantung kepada konsistensi kuning telur yang anda inginkan.

Selalunya, masa merebus selama 6 minit sudah cukup. Jika anda rebus lebih lama, telur akan jadi keras seperti telur rebus biasa.

Fakta

Telur dengan bahagian kuning yang masih cair sesuai dimasukkan di dalam salad dan dijadikan inti sandwic.

Tidak ada cara untuk pastikan telur direbus dengan sempurna setiap kali. Saiz telur dan juga suhu yang berbeza menyukarkan kita untuk menganggar masa rebusan yang tepat.

Walau bagaimanapun, selepas beberapa kali cubaan, anda pasti dapat menghasilkan telur yang perfect setiap kali! Selamat mencuba cara buat telur separuh masak!

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 9 Health Benefits of Eating Eggs for Breakfast. https://www.keckmedicine.org/blog/10-healthy-benefits-of-eating-eggs-for-breakfast/. Accessed on September 5, 2022.
  2. Eggs. https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/food-features/eggs/. Accessed on September 5, 2022.
  3. Health Concerns With Eggs. https://www.pcrm.org/good-nutrition/nutrition-information/health-concerns-with-eggs. Accessed on September 5, 2022.
  4. Is it healthy to eat eggs every day? https://www.mayoclinichealthsystem.org/hometown-health/speaking-of-health/is-it-healthy-to-eat-eggs-every-day. Accessed on September 5, 2022.
  5. The Health Benefits of Eggs. https://www.australianeggs.org.au/nutrition/health-benefits. Accessed on September 5, 2022.

Versi Terbaru

13/06/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Nak Kurus Tapi Tak Tahu Mahu Makan Apa? Ini Dia Contoh Menu Diet 7 Hari!

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 13/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan