Tidak dinafikan, telur rebus yang masak sepenuhnya sangat sedap. Tetapi, ada di antara kita yang lebih gemarkan telur rebus dengan bahagian kuning yang cair dan berkrim. Rasanya juga sangat sedap, seakan-akan keju cair!
Selalunya, telur ini dimakan bersama ramen, semangkuk salad atau roti bakar. Malah, ia juga boleh dimakan begitu sahaja sebagai snek buat pengalas perut.
Walaupun nampak kompleks, telur rebus jenis ini amat mudah untuk disediakan. Cara rebus telur ini adalah:
- Panaskan air. Pastikan air diisi hanya sebanyak 1 inci. Kemudian, panaskan air hingga mendidih dan perlahankan api.
- Letakkan telur dalam periuk. Set masa selama 7 minit.
- Sediakan satu mangkuk berisi air berais. Apabila jam berbunyi, keluarkan telur daripada air panas dan masukkan ke dalam bekas tersebut untuk menghentikan proses memasak.
Akhir sekali, kupas telur. Anda boleh pecahkan bahagian bawah telur untuk membuang kulitnya dan gunakan sudu kecil untuk mengupas. Tetapi, sudah tentulah cara yang paling mudah adalah kupas menggunakan tangan!
Kini, anda ada banyak cara buat telur rebus yang boleh dipraktikkan di dapur.
Telur rebus merupakan makanan yang sangat berkhasiat. Bagi ibu mengandung, telur rebus selamat dimakan dan sangat bermanfaat dalam menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan.
Lepas ini, bolehlah gunakan cara rebus telur di atas untuk sediakan sarapan pagi!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen