Telur bersarang bukanlah satu hidangan yang sukar. Ia sebenarnya amat mudah dan seolah-olah anda membuat telur dadar sahaja.
Namun, teknik memasaknya yang menjadikan ia berbeza dengan telur goreng biasa atau telur dadar. Lihat bahan dan cara membuat sarang telur seperti di bawah ini:
Bahan-bahannya:
Cara-caranya:
- Masukkan minyak masak ke dalam kuali dan panaskan minyak dengan api yang kuat. Pastikan minyak tidak terlalu kecil kerana ia tidak akan membuatkan telur garing dengan cepat seperti yang kita mahu.
- Pecahkan telur ke dalam sebiji mangkuk dan masukkan air masak ke dalam telur tersebut. Kacau telur sehingga menjadi berbuih.
- Setelah minyak betul-betul panas, tuangkan telur ke dalam kuali. Teknik yang perlu anda ingat di sini, tuangkan secara perlahan-lahan bermula daripada kedudukan mangkuk berdekatan kuali dan tarik mangkuk ke atas tinggi-tinggi. Minyak yang panas dengan tuangan telur yang halus akan membuatkan telur terus berbuih dan cepat garing.
- Biarkan seketika sebelum membalikkan telur tersebut.
- Kecilkan sedikit api dapur dan biar telur garing sehingga berwarna kecoklatan.
- Apabila kedua-dua belah telur telah garing dan rangup, angkat dan toskan terlebih dahulu.
- Siap untuk dimakan.
*Elakkan daripada membuat adunan telur yang banyak dalam satu gorengan kerana ia akan menjadikan telur lambat atau tidak garing.
Kurangkan makanan berminyak

Walaupun ia agak sedap, tidak bermakna anda boleh makan telur goreng seperti ini setiap hari.
Ini kerana, kaedah penggorengannya dengan menggunakan minyak yang banyak menjadikan telur ini agak tinggi kalori.
Selain itu, ia juga boleh meningkatkan kolesterol anda.
Oleh itu, makan secara berpada-pada dan hadkan kepada satu keping sarang telur sahaja bagi satu hidangan laksa.
Telur itu sendiri merupakan sumber protein yang baik dan bagus untuk tubuh kita. Namun kaedah memasaknya yang kurang sihat menjadikan pengambilan hidangan telur ini perlu dihadkan.
Selamat mencuba!
Kredit gambar: Vitdaily
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen