Resepi sandwich telur sedap bersama salad

Kali ini, kita akan cuba sediakan sandwic telur dengan salad sebagai alternatif yang lebih sihat. Sama seperti resipi yang pertama, sandwic telur ini juga sangat mudah untuk disediakan.
Bahan-bahan
- Roti putih
- 2 biji telur
- Mayones.
- Daun bawang, dihiris.
- Serbuk kari.
- Garam dan lada sulah secukup rasa.
- Beberapa helai daun salad
Cara memasak
- Rebus telur. Kemudian, penyekkan dengan garpu. Campurkan mayones, telur, daun bawang, garam, lada sulah dan serbuk kari. Gaul sehingga sebati.
- Bakar roti. Kemudian, letakkan daun salad ke atas roti. Sapukan inti ke atas daun salad dan lapiskannya dengan sehelai daun salad lagi.
- Roti sudah siap! Anda boleh menikmatinya dengan secawan teh atau kopi.
Tip untuk mantapkan lagi resepi sandwich telur

1. Tambah sedikit serbuk kari
Serbuk kari boleh meningkatkan lagi rasa sandwic telur anda dan membuatkannya sedikit pedas, sesuai dengan lidah orang Malaysia. Bukan itu sahaja, ia juga boleh membuatkan warna kuning telur lebih menyerlah.
2. Nak letak mayones atau tidak?
Jika anda tidak sukakan mayones, anda boleh gantikannya dengan hirisan avokado. Namun, anda mungkin perlukan sedikit cuka atau jus lemon untuk pastikan sandwic anda sedikit masam.
Akan tetapi, sudah tentulah kebanyakan orang sukakan mayones! Sandwic telur paling sedap jika dihidangkan bersama inti telur dan mayones yang sangat banyak.
Berapa banyak inti? Ikut suka anda!
Baca juga:
3. Macam mana nak pastikan sandwic tak basah?
Jika anda sukakan inti yang banyak, sandwic telur anda mungkin akan menjadi basah. Jadi, apakah cara yang terbaik untuk mengelakkan sandwic telur yang lembap?
Pertama sekali, pastikan anda buat ‘layering’. Pastikan anda lapiskan sandwic anda dengan salad kemudian letakkan campuran telur dan mayones dan lapiskan sekali lagi dengan salad.
Lapisan salad ini dapat mengelakkan air daripada menyerap masuk ke dalam roti.
4. Boleh sediakan resepi sandwich telur sehari awal
Untuk menjimatkan masa, anda juga boleh sediakan semua bahan sandwic sehari lebih awal.
Kemudian, masukkan ke dalam peti ais. Sebelum pergi kerja, anda boleh sediakan semuanya di bawah 5 minit!
Jadi, apa tunggu lagi! Jom cuba hari ini.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen