Ibu-ibu pasti akan stres jika sinki tersumbat sewaktu sedang leka memasak di dapur. Ini kerana, sinki dapur yang tersumbat boleh mengganggu kelancaran aktiviti memasak lebih-lebih lagi ketika menyediakan sarapan pagi sebelum pergi bekerja.
Ibu-ibu pasti akan stres jika sinki tersumbat sewaktu sedang leka memasak di dapur. Ini kerana, sinki dapur yang tersumbat boleh mengganggu kelancaran aktiviti memasak lebih-lebih lagi ketika menyediakan sarapan pagi sebelum pergi bekerja.

Apa cara terbaik yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalah sinki ini? Ikuti 6 tip di bawah ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Habit Sihat, anda boleh klik di sini.
Ada enam teknik yang boleh anda cuba sekiranya sinki dapur tersumbat lagi.
Anda boleh lihat enam teknik tersebut di bawah ini:
Anda mungkin hanya mempunyai penyedut habuk atau vakum kering yang sesuai untuk kegunaan dalam rumah sahaja.
Namun, jika anda mempunyai vakum yang juga boleh digunakan dalam keadaan basah, ia lebih baik.
Ini kerana vakum ini boleh digunakan untuk membersihkan sinki yang tersumbat.
Caranya ialah:
Cara kedua yang boleh anda lakukan adalah dengan menggunakan air panas yang mendidih.
Ikuti langkah di bawah ini:

Mungkin ibu-ibu di luar sana sudah mengetahui teknik yang satu ini.
Ia merupakan antara cara biasa atau klasik yang digunakan untuk menyelesaikan masalah tersumbat pada sinki dapur.
Malah, cara ini juga lebih lembut berbanding penggunaan bahan kimia yang lain.
Langkah-langkahnya ialah:

Jika empat cara di atas masih tidak berkesan, anda boleh mencuba dengan menggunakan alat yang disebut plumber snake.
Ia merupakan sejenis kabel yang digunakan untuk menyingkirkan segala sisa dan gris yang mendap dalam paip saluran sinki.
Caranya ialah:
Pam air juga boleh digunakan untuk melancarkan paip sinki yang tersumbat.
Cara terbaik untuk menggunakan pam ini ialah seperti berikut:

Cara paling mudah untuk mencegah sinki dapur daripada tersumbat adalah dengan mengelakkan sebarang perkara yang boleh menyebabkan ia berlaku.
Antaranya ialah:
Paip saluran air perlu diservis secara berkala untuk mengelakkan masalah sinki tersumbat air bertakung.
Oleh itu, cuba lakukan enam teknik di atas ini untuk mengatasi masalah sinki yang tersumbat. Selamat mencuba!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
How to unclog a drain. https://davidsuzuki.org/living-green/how-to-unclog-a-drain/. Accessed on October 4, 2022.
Natural Home Remedies for Clogged Drains. https://utopia.org/guide/natural-home-remedies-for-clogged-drains/. Accessed on October 4, 2022.
What’s Causing Your Clogged Drain and How Do You Safely Unclog Your Drain?. https://centralplumbing.org/unclog-drain-safely/. Accessed on October 4, 2022.
Things You Should Never Flush. https://www.safehome.org/resources/down-the-drain-guide/. Accessed on October 4, 2022.
Why Chemical Drain Cleaning Is Bad for Your Plumbing. https://www.americanplumbingservices.org/blog/2017/june/why-chemical-drain-cleaning-is-bad-for-your-plum/. Accessed on October 4, 2022.
Versi Terbaru
05/07/2024
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman
Diperbaharui oleh: Annes Nadia