backup og meta

Suka Makan Kerang Bakar? Ini Khasiatnya Yang Patut Anda Tahu

Suka Makan Kerang Bakar? Ini Khasiatnya Yang Patut Anda Tahu

Pernah terfikir tak apakah khasiat kerang? Adakah ia bagus untuk kesihatan atau sebaliknya? Ingin mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut? Sila ikuti artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

Apa itu kerang?

Sebelum mengetahui mengenai khasiat kerang, berikut penerangan ringkas mengenai haiwan laut ini.

Kerang adalah nama sekumpulan moluska dwicangkerang yang berasal daripada pelbagai keluarga. Ia adalah sejenis makanan laut bercengkerang yang boleh dimakan. Kulitnya berbentuk seakan bulat dan lonjong seperti organ hati dan mempunyai gegaris tetulang di luarnya.

Cengkerangnya mempunyai tiga bukaan iaitu inhalan, ekshalen, dan pedal yang berfungsi mengalirkan air serta membolehkan kakinya keluar. Haiwan laut ini akan menggunakan kakinya untuk mengorek lubang dan makan plankton yang ditemuinya pada proses pengaliran air masuk dan keluar dari cengkerangnya. 

Selain itu, ia juga mempunyai keupayaan untuk melompat dengan membengkokkan lalu meluruskan kakinya. Berbeza dengan kebanyakan haiwan laut dwicangkerang yang lain, kerang adalah hermafrodit (khunsa) dan ia boleh membiak secara sendiri dengan pantas dan banyak.

khasiat kerang

Khasiat kerang darah

Disebabkan masyarakat kita sangat menggemari kerang darah ini, haruslah kita tahu mengenai kandungan nutrisi yang terkandung di dalam haiwan laut ini:

Setiap 100 gram hidangan RDA untuk lelaki RDA untuk perempuan
Vitamin B12 3133% 3133%
Iodin 114% 114%
Zat besi 322% 189%
Selenium 57% 72%
Fosforus 25% 25%
Tembaga 32% 32%
Protein 22% 27%
  • Vitamin B12 sangat penting untuk fungsi normal otak dan sistem saraf, memainkan peranan penting dalam formasi sel darah merah.
  • Iodin biasanya wujud dalam air laut, merupakan kunci utama untuk hormon tiroid, fungsi normal kadar metabolisma dan memastikan sel-sel dalam tubuh badan kekal sihat.
  • Zat besi adalah kunci pembentukan sel darah merah yang membantu membawa oksigen ke segenap pelosok tubuh badan. Paling bahaya, kekurangan pengambilannya boleh menyebabkan anemia.
  • Selenium memainkan peranan penting dalam sistem pertahanan antioksidan tubuh badan, yang akan menghalang kerosakan sel dan tisu.
  • Fosforus membantu membina tulang dan gigi yang kuat, serta membantu mengeluarkan tenaga daripada makanan diambil. Kesemua jenis kerang pula adalah sumber fosforus yang bagus.
  • Tembaga membantu menghasilkan sel darah merah dan sel darah putih yang berfungsi mengeluarkan zat besi untuk membentuk haemoglobin. Ia juga sangat penting untuk pertumbuhan bayi, perkembangan otak, sistem imun dan untuk tulang dan gigi yang kuat.
  • Protein adalah komponen yang penting untuk otot, kulit, tulang dan tubuh badan secara keseluruhannya.

Baca juga:

Khasiat kerang #Kandungan kalori

Kerang sangat rendah kalori, dengan 79 kalori bagi setiap hidangan 100 gram. Ia adalah pilihan yang sangat baik jika anda sedang dalam proses menurunkan berat badan.

Kandungan protein

Kerang sangat tinggi protein, dengan 13.5 gram bagi setiap hidangan 100 gram. Pengambilan protein adalah sangat penting untuk kesihatan anda kerana ia akan menyediakan struktur sel dan tisu tubuh badan anda.

Walaupun protein dikenali sebagai nutrisi untuk penambahan otot, ia juga sebenarnya sangat membantu mengurangkan berat badan.  Diet yang tinggi protein akan membantu mengurangkan berat badan di samoing membantu anda mengekalkan kekuatan tubuh badan semasa berdiet.

khasiat kerang

Kandungan karbohidrat, antara khasiat kerang

Kerang sangat rendah karbohirat, sama seperti kebanyakan makanan laut yang lain dengan 4.7 gram bagi setiap hidangan 100 gram dan ia tidak langsung mempunyai kandungan gula dan serat. Karbohidrat membekalkan tubuh badan anda dengan tenaga untuk melakukan senaman.

Kandungan lemak

Kerang sangat rendah lemak, dengan 0.7 gram bagi setiap hidangan 100 gram. Paling penting, tiada satu pun kandungan lemak di dalamnya adalah lemak tepu, yang akan meningkatkan risiko sakit jantung. 

Risiko makan kerang darah terhadap kesihatan

Walaupun terdapat banyak khasiat kerang, namun mungkin ramai yang belum tahu bahawa ia merupakan salah satu daripada 17 makanan paling berbahaya di dunia. Kerang mengandungi banyak virus dan bakteria seperti hepatitis A, hepatitis E, tifoid dan disentri yang boleh menyebabkan pelbagai komplikasi terhadap kesihatan individu.

Pun begitu, haiwan laut ini sebenarnya masih boleh dinikmati oleh setiap individu. Apa yang penting adalah kebersihannya.

Oleh itu, jika anda sudah memasang niat untuk memakannya, tidak salah asalkan anda membersihkannya terlebih dahulu dan proses memasaknya juga perlu betul kerana ia berbahaya untuk dimakan mentah atau secara kurang masak.

khasiat kerang

Dapatkan khasiat kerang dengan cara selamat

Sekiranya anda memakannya dan mula muncul gejala-gejala alahan seperti gatal-gatal, muntah-muntah, cirit-birit, sukar bernafas, timbul ruam atau bengkak, segera hentikan pengambilannya dan berjumpa dengan doktor untuk mengambil ubat alahan.

Paling penting, ia tidak sama sekali disarankan untuk dimakan mentah kerana risikonya yang sangat tinggi terhadap kesihatan kita. Sebaiknya, anda masak makanan laut itu dengan cara merebusnya dulu sekurang-kurang 5 minit atau merngukusnya sehingga 10 minit.

Selain itu, jangan sesekali makan haiwan laut ini yang cengkerangnya tidak boleh dibuka. Ini sebenarnya menunjukkan bahawa ia telah mati sebelum dimasak lagi. Bukan sahaja rasanya tidak sedap dan baunnya juga busuk. Bahkan akan mengundang pelbagai virus dan bakteria yang akan mengancam kesihatan anda.

Konklusinya, haiwan laut ini masih boleh anda makan asalkan anda memasaknya terlebih dahulu. Jika berlaku sebarang komplikasi kesihatan, segera berjumpa dengan doktor. 

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

 

  1. The Nutritional And Healthy Facts About Shellfish. http://www.shellfish.org.uk/files/Healthy-Eating/32571SAGB%20cockles%20factsheet%20final%20lo-res.pdf. Accessed on July 12, 2019.
  2. Clams. http://www.seafoodhealthfacts.org/description-top-commercial-seafood-items/clams. Accessed on July 12, 2019.
  3. Shellfish Allergy. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/shellfish-allergy/basics/definition/con-20032093. Accessed on July 12, 2019.
  4. Safe Eating of Shellfish. http://www.oregon.gov/oha/PH/HealthyEnvironments/Recreation/Documents/Shellfish-safety.pdf. Accessed on July 12, 2019
  5. Safety of Bivalve Molluscs such as Cockles, Oysters, Clams, Mussels and Scallops. https://www.sfa.gov.sg/food-information/risk-at-a-glance/safety-of-bivalve, Accessed on April 28, 2022

 

 

 

Versi Terbaru

22/08/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Lelaki Nak Subur, Ambil Madu Kelulut! Ada Ke Cara Khusus Untuk Makan?

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/08/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan