backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Pasangan Suka 'Main Belakang'? AWAS Ia Boleh Menyebabkan Banyak Risiko Buruk!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada seminggu lalu

    Pasangan Suka 'Main Belakang'? AWAS Ia Boleh Menyebabkan Banyak Risiko Buruk!

    Menurut tinjauan terkini, 90% daripada lelaki yang yang menjalinkan hubungan seks dengan lelaki dan sekitar 5% hingga 10% daripada wanita yang aktif secara seksual mengaku menikmati seks anal reseptif atau seks main belakang!

    Lazimnya, seks anal merujuk kepada aktiviti yang terdiri daripada tindakan memasukan zakar ke dalam anus atau dubur.

    Walau bagaimanapun, seks ini mempunyai risiko kesihatannya sendiri kerana lubang anus kaya dengan hujung-hujung saraf yang sangat sensitif.

    Untuk segelintir penerima seks jenis ini, bahagian anus atau dubur mereka, merupakan bahagian yang mudah terangsang khususnya daripada rangsangan seksual. Malahan, ianya boleh memberikan kemutan yang ketat kepada zakar.

    Walaupun sesetengah berpendapat seks anal adalah sesuatu yang memuaskan, amalan ini merupakan perkara yang dilarang semasa bersetubuh kerana mempunyai kesan buruknya yang memerlukan langkah-langkah berjaga yang khusus.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Adakah seks anal atau main belakang selamat?

    Terdapat banyak kesan main belakang dan ianya merupakan bentuk hubungan kelamin yang paling berbahaya berdasarkan beberapa sebab seperti:

    1. Lubang anus tidak mempunyai pelincir semula jadi seperti yang ada liang faraj

    Kesan main belakang dari tusukan zakar boleh menyebabkan kerosakan tisu-tisu sekeliling lubang anus sekaligus membenarkan bakteria dan virus untuk memasuki salur darah. Ini boleh menyebabkan penyebaran jangkitan khususnya HIV.

    Kajian menunjukkan risiko pendedahan terhadap HIV daripada pasangan yang positif adalah 30 kali ganda lebih tinggi berbanding pendedahan melalui seks faraj. Menggunakan pelincir dalam sesetengah kes boleh membantu namun ianya tidak menjamin pencegahan kerosakan atau kekoyakan tisu.

    2. Tisu-tisu dalaman anus tidak dilindungi

    Tisu luaran badan mempunyai lapisan sel-sel mati yang membentuk lapisan perlindungan daripada bakteria-bakteria berbahaya. Tisu-tisu dalaman anus tidak mempunyai lapisan perlindungan ini, menyebabkan ianya cenderung untuk cedera atau koyak, mendapat jangkitan sekali gus membuatkan anda sakit dubur selepas bersama.

    3. Main belakang – Anus dicipta untuk menahan tinja

    Otot-otot seakan cincin yang dipanggil sebagai sfinkter anus mengemut selepas kita membuang air besar dan menutup lubang anus.

    Apabila otot ini menjadi tegang atau keras, tusukan zakar boleh menjadi sesuatu yang tidak selesa, menyakitkan dan sukar.

    Si penerima tusukan akan mendapati sfinkter anal mereka akan beransur-ansur menjadi lemah dan longgar akibat seks yang kerap, menyebabkan fungsi utama menahan tinja itu menjadi sukar dan bermasalah.

    Walau bagaimanapun, senaman kegel membantu mengetatkan sfinkter ini dan mampu mencegah masalah sfinkter longgar.

    4. Main belakang – Lubang anus adalah kawasan yang padat dengan bakteria.

    seks anal
    Keburukan seks anal.

    Walaupun anda berdua tidak dijangkiti penyakit jangkitan kelamin, bakteria dalam kawasan anus boleh menjangkiti pasangan yang memberi tusukan.

    Mencampuri seks anal dan seks melalu faraj dalam satu sesi akan mengakibatkan:

    • Pemindahan bakteria ke salur faraj
    • Membawa kepada jangkitan faraj
    • Menyebabkan jangkitan saluran kencing

    Risiko-risiko lain main belakang 

    Seks anal atau main belakang berupaya untuk membawa kepada pelbagai risiko lain. Mengamalkan seks oral selepas seks anal meletakkan kedua-dua pasangan kepada risiko kesihatan seperti hepatitis, HPV dan pelbagai jangkitan lain.

    Walaupun kecederaan serius disebabkan seks anal bukanlah sesuatu yang lazim berlaku, namun ia tetap boleh berlaku. Pendarahan selepas seks anal boleh disebabkan oleh buasir atau koyak atau sesuatu yang lebih serius.

    Ini adalah masalah serius yang memerlukan perhatian doktor serta merta. Rawatan merangkumi kemasukan ke dalam wad untuk beberapa ketika, pembedahan dan antibiotik untuk mengelakkan jangkitan.

    Bagaimana untuk melindungi diri daripada kesan main belakang?

    manfaat kondom
    Kelebihan kondom ketika seks.

    Satu-satunya cara untuk mengelakkan anda sepenuhnya daripada risiko-risiko seks anal adalah dengan tidak melakukannya. Sekiranya tiada cara lain, penting dan perlu bagi anda untuk menggunakan kondom bagi melindungi satu sama lain daripada penyebaran penyakit dan jangkitan.

    Ini adalah beberapa tips yang boleh diamalkan untuk mengelakkan risiko seks dubur:

    Jangan masukkan zakar ke dalam mulut atau faraj setelah ianya dimasukkan ke dalam anus melainkan pasangan tersebut memakai kondom baru.

    Pelincir membantu untuk mengurangkan risiko koyakan tisu dan sakit dubur selepas bersama. Gunakan kondom latex, sentiasa guna pelincir berasaskan air.

    Cuba untuk bertenang dan regangkan lubang anus atau dubur anda supaya risiko kecederaan dalaman anus atau koyakan dapat dikurangkan apabila rusukan zakar mengambil tempat. Mencuba mandi dengan air suam sebelum seks atau baring meniarap membantu untuk memudahkan tusukan.

    manfaat kondom
    8 mitos kondom tidak boleh dipercayai.

    Kesimpulan

    Berhenti lakukan seks jenis ini jika anda tidak selesa.
    Sekiranya anda terus mengalami pendarahan selepas seks atau anda mengenalpasti kewujudan luka dan benjolan sekitar kawasan dubur/anus atau apa-apa perkara yang luar biasa terkeluar daripadanya, berjumpa doktor anda dengan cepat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada seminggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan