backup og meta

7 Kondom Popular 2026 Yang Ramai Pasangan Pilih Untuk Lebih Selesa & Nikmat

Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

Memilih kondom yang bagus penting untuk memastikan hubungan seks lebih selesa, selamat dan memuaskan bersama pasangan. 

7 Kondom Popular 2026 Yang Ramai Pasangan Pilih Untuk Lebih Selesa & Nikmat

Kini terdapat pelbagai jenis kondom di pasaran dengan variasi seperti ekstra nipis, berbintik, bertekstur dan lebih tebal mengikut keselesaan individu. Malah mampu memberikan kepuasan maksimum sewaktu hubungan intim.

Dengan pilihan yang sesuai, pengalaman bersama pasangan juga boleh menjadi lebih natural dan menyeronokkan.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

Mengapa perlu guna kondom yang bagus?

  1. Durex Sensation
  2. Okamoto 0.03 Hyaluronic Acid
  3. Nulatex Feel Prolong Extra Thick
  4. WOW Supertank Dotted
  5. Durex Love
  6. Playsafe Forever
  7. Top Feel Male Latex Smooth

Penggunaan kondom bukan sahaja membantu mengurangkan risiko kehamilan yang tidak dirancang, tetapi juga membantu melindungi pasangan daripada jangkitan seksual. 

Selain faktor keselamatan, keselesaan ketika penggunaan juga memainkan peranan penting dalam pengalaman bersama pasangan. 

Sebab itu ramai kini memilih kondom dengan ciri tertentu seperti lebih nipis, berbintik (dotted) atau mempunyai pelincir tambahan untuk meningkatkan keselesaan dan sensasi. 

Dengan pelbagai pilihan kondom yang ada di pasaran, anda kini boleh memilih kondom yang sesuai dengan keperluan dan keinginan seks.

Berikut Hello Doktor senaraikan antara jenama kondom yang bagus  sering menjadi pilihan:

Kondom yang bagus #1. Durex Sensation

Durex Sensation hadir dengan permukaan berbintik yang direka untuk memberikan pengalaman lebih mengujakan ketika bersama pasangan. Teksturnya juga lembut dan mudah digunakan tanpa rasa terlalu tebal.

Selain mempunyai pelincir tambahan, kondom ini sesuai untuk pasangan yang mahukan mencuba kondom berbeza dan mahukan kondom yang dapat meningkatkan sensasi ketika bersama pasangan.

Kondom yang bagus dan tipis #2. Okamoto 0.03 Hyaluronic Acid

Okamoto 0.03 terkenal dengan reka bentuk ultra nipis yang memberikan rasa lebih natural ketika digunakan. Kandungan hyaluronic acid juga membantu memberikan kelembapan tambahan.

Materialnya juga ringan dan fleksibel, sesuai untuk mereka yang tidak gemarkan rasa kondom yang terlalu tebal atau ketat.

#3. Nulatex Feel Prolong Extra Thick, kondom yang bagus untuk mencegah kehamilan

Nulatex Feel Prolong Extra Thick direka dengan lapisan lebih tebal untuk membantu memberikan pengalaman yang lebih terkawal. Ia sesuai untuk mereka yang mengutamakan ketahanan dan keyakinan tambahan.

Selain itu, teksturnya selesa dipakai dan tidak mudah terasa longgar ketika digunakan. Sesuai untuk penggunaan yang lebih santai dan stabil.

#4. Care WOW Supertank Dotted, kondom yang bergerigi

WOW Supertank Dotted tampil dengan tekstur berbintik yang membantu menambahkan sensasi ketika hubungan intim. Rekaan ini juga menjadikan pengalaman terasa lebih menarik dan tidak membosankan.

Selain itu, kondom ini mempunyai pelincir tambahan bagi membantu mengurangkan rasa tidak selesa ketika hubungan intim.

Kondom yang bagus #5. Durex Love

Durex Love sesuai untuk pasangan yang mahukan pilihan ringkas dan praktikal untuk kegunaan harian. Teksturnya ringan dengan pelincir tambahan untuk penggunaan yang lebih smooth.

Selain itu, reka bentuknya tidak terlalu tebal dan membantu memberikan rasa yang lebih natural sepanjang penggunaan.

Kondom yang disukai wanita #6. Playsafe Forever

Playsafe Forever direka untuk penggunaan yang selesa dengan tekstur lembut dan mudah dipakai. Ia sesuai untuk pasangan yang mencari pilihan asas tetapi masih berkualiti.

Selain itu, kondom ini memberikan penggunaan yang lebih lancar tanpa rasa terlalu kering atau tidak selesa.

#7. Top Feel Male Latex Smooth, antara kondom yang sesuai

Top Feel Male Latex Smooth hadir dengan permukaan licin untuk pengalaman yang lebih semula jadi dan ringkas. Ia sesuai untuk mereka yang tidak gemarkan tekstur berbintik atau bergerigi.

Selain mudah digunakan, materialnya juga terasa ringan dan fleksibel untuk penggunaan harian bersama pasangan.

Kesimpulan

Memilih kondom yang bagus bergantung pada keselesaan dan keutamaan setiap pasangan. Dengan pelbagai pilihan di pasaran, anda boleh memilih produk yang paling sesuai untuk pengalaman lebih selesa, selamat dan memuaskan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Condoms. https://my.clevelandclinic.org/health/treatments/9404-condoms. Diakses May 14, 2026.

Condoms. https://www.nhs.uk/contraception/methods-of-contraception/condoms/. Diakses May 14, 2026.

What are the benefits of condoms? https://www.plannedparenthood.org/learn/birth-control/condom/what-are-the-benefits-of-condoms. Diakses May 14, 2026.

Condoms. https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/condoms. Diakses May 14, 2026.

Condoms. https://www.iapac.org/fact-sheet/condoms/. Diakses May 14, 2026.

Versi Terbaru

21/05/2026

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Selalu Guna Air Liur Sebagai Pelincir Seks? Hati-Hati Ia Boleh JEJASKAN Sperma Suami!

Jangan Main Sarung Saja! Ini Cara Betul Pakai Kondom, Baru Seronok & Selamat


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 2 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan